10 April 2010

ulangtahun yang ke- 4

 Assalamualaikum..
salam ceria dan happy2 selalu buat semua...


kek ni siap jam 2.30 pagi... liza buat lewat sikit... sebab cintaku nak gi kerja awal... jam 4 pagi dah pergi kerja, jadi dia bawakan sekali kek yang diorder...satu tempat kerja ngan cintaku...

RAHMAT DAN ZURAIDA...
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat... dan dimurahkan rezeki...
kek pilihan kek marble... strawbery dan coklat
berat 1.8kg saiz 8"
nampaknya liza nak kena perbaiki tulisan tu... hehehhehe....
terima kasih daun keladi
nanti boleh order lagi...

salam ceria n happy2 selalu

wassalam..
 i love kekdihatiku


happy birthday...

salam semua....

cheesecake coklat berstarwberry jiran nak buat makan2 dengan wife sahaja... tq for order... sambut birthday berdua je.. mesti romantik kan...

berat 1 kg
nyum...nyum... sedap tu...

09 April 2010

LIZA DAPAT JUGA...


SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
 wah...! siap dapat anugerah lagi...TAHNIAH...TAHNIAH,..hehehheheh.. tak yah susah2 nak bertanding menyanyi, berlakon dan sebagainya... buat blog atau berbisnes di internet pun bleh dapat anugerah macam ni..

ANUGERAH DI ALAM CYBER
thanks pada empunya  http://elynyuni.blogspot.com/  blog ni yang sudi bagi award kat liza... buat pertama kali ku menerimanya... dan terasa begitu dihargai sebab ada juga kawan ku yang sudi memberi award ni... dan untuk semua kengkawan yang melawat blog liza, terima kasih dengan pandangan dan dan kata2 semangat.. sesiapa yang sudi datang blog liza, tinggalkan pesanan di chatbox ok... amboi... panjangnya ucapan.... hehehhehehehh...

DAH DAPAT AWARD NAK BAGI KAT KAWAN2 LAIN PULA...
Sesiapa yang dpt award ni dikehendaki :
1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda)
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award
NI SENARAI BLOGNYA, LIZA PULA NAK BAGI AWARD...

4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award

Thanks a lot...
WASSALAM...
I LUV KEKDIHATIKU

07 April 2010

Ulangtahun yang ke 9

assalamualaikum dan salam ceria buat semua...



 
hari ni 7 April 2010
ulangtahun perkahwinan liza bersama cintaku....
tak ada buat apa2 yang special, cuma buat cheesecake... 
dan kakak ada beri sekuntum bunga ros merah untukku.. 
(beli kat sekolah, macam2 ada dijual)
cintaku suka sangat cheesecake ni.... 
teringat zaman perkenalan dengan cintaku...
hehheehehe.. kenal pun kat internet... 'channel kampung' 
masatu... mana ada facebook...
jodoh pertemuan, ajal maut dah ditentukan Allah SWT
semoga segala rintangan dan dugaan dapat kami tempuhi dan hadapi dengan sebaik mungkin
semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati keluarga yang kami bina selama ini
semoga akan berkekalan hingga ke akhir hayat 
 dan semoga Allah memberi kesejahteraan, kesihatan tubuh badan, kebahagiaan untuk mendidik dan menjaga anak2 dengan sebaik mungkin...
...amin...


untuk makan2 jer...



wassalam
i luv kekdihatiku



06 April 2010

AIRCRAFT... cintaku yang buat...

assalamualaikum dan salam buat kengkawan semua...

hasil kerjasama dari liza dan cintaku... bersemangat betul nak buat kek fondant ni... masa liza bakar kek ni, tak terpikir pun nak buat macam ni, bila digabungkan idea liza dengan idea cintaku yang ada kalanya liza merajuk taknak pakai idea cintaku... tapi cintaku pandai pujuk.. hehhhehe.. sememeh betul liza ni

ni kek dalamnya yang bahagian tapak bawah aircraft tu.... liza guna resepi kek marble, tapi liza buat warna-warni maka jadilah kek pelangi... 

ni ler anak murid ku yang pertama... hehhheheeh.. liza cuma tunjukkan cara macam mana nak buat... jadi bentuk badan aicraft ni cintaku yang tahu dan berpandukan gambar yang diprint... selalu repair aircraft yang betulnya, ni tengah repair aircraft dari fondant pula... bagus... bagus... cintaku yang buat sendiri... fondant pun dicanainya sendiri dan balut pada kek tu...

kek ni liza buat kek coklat moist

ni lah hasilnya... kami mula mendeko kek ni dari jam 11 malam sampai 3.30 pagi,
kena bagi anak2 tidur dulu, baru boleh buat kerja... sebab 2-2 tengah mendeko, nanti takda sapa pula yang nak tengok anak2... barulah kerja berjalan dengan lebih lancar... hehheheh

pandangan dari atas. liza buat macam aircraft ni tengah terbang... ada awan dan juga burung berterbangan... best betul tengok aircraft ni, hasil kerja cintaku...

pandangan dari tepi... liza buat ada pokok, bunga dan rumput... simple je... seronok mendeko dengan fondant

berat kekni selepas dideko lebih kurang 3kg

FAMILY DAY
10 SKN
DIADAKAN PADA 3 DAN 4 APRIL 2010
; )
berminat nak order kek macam ni tapi bentuk lain?
boleh hubungi liza atau nazrol
019-4741805/019-5720120

wassalam
 i luv kekdihatiku

05 April 2010

MY SWEET LITTLE GIRL - Part 1

salam ceria dan assalamualaikum...

PART 1

lupa pula nak masukkan cake ni kat blog.... sebelum ni liza letak kat dalam facebook jer... tak sangka pula ada yang berminat nak order cake macam ni lagi.... yang ni part 1... baru masukkan dalam blog...

...MY SWEET LITLE GIRL....
HAPPY BIRTHDAY.. dapat banyak hadiah...
sambut birthday dengan bear... ada kek lagi..
suka sangat deko cake ni...
jemput minum ye....
senyum selalu....
tq : )

salam satu MALAYSIA...
wassalam
i luv kekdihatiku



MY SWEET LITTLE GIRL - Part 2

assalamualaikum... dan salam ceria buat semua...
MY SWEET LITTLE GIRL... PART 2.... ala2 pinky gitu...

Liza cukup suka kalau buat kek little girl ni....

 di order oleh kenalan di facebook... nak macam little girl sebelum ni... tapi liza buat dekonya tak sama... janji ada litlle girl dan juga pink bear..

 kek kat dalamnya kek coklat moist...

 macam thumbelina pula yang duduk dikelilingi bunga2 besar...

colourfull.... 

 kek ni ditempah oleh nana yang liza kenalinya melalui facebook..
jumaat 8.30malam liza hantar cake dan buat pertama kali jumpa nana...

 tq... nana... ; ) sebab sudi order kek hanya untuk makan2 bersama family.... bulan depan boleh order lagi.... hehhehee....

 wassalam...
i luv kekdihatiku...

01 April 2010

PROMOSI BULAN APRIL...

 SALAM CERIA BUAT SEMUA...

ada sesiapa yang terkena APRIL FOOL ke hari ni?....
dan yang pastinya  
KEKDIHATIKU tak buat APRIL FOOL... 
dan ianya PROMOSI untuk bulan APRIL 2010.
BOLEH BOOKING SEKARANG UNTUK BULAN BERIKUTNYA... bayar deposit untuk booking



RM 150 

BERAT 2.5KG-+
CEPAT-CEPAT...
 istimewa untuk BIRTHDAY GIRL...
 boleh juga dibuat hadiah untuk anak anda... anak kawan anda...adik awek anda...sepupu sepapat atau hadiah buat isteri tersayang... 


WASSALAM...
i love kekdihatiku

 

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE