14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

 panduan, ingatan untuk saya dan keluarga....

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam. Sempena kedatangan tahun Hijrah ini. 
Kami sekeluarga KEKDIHATIKU mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434, semoga pada tahun ini kita mendapat kurniaan rahmat dan nikmat yang berpanjangan daripada Allah SWT dari dunia hingga ke akhirat. Moga kita semua kekal di dalam petunjuk dan hidayahNya, sentiasa di dalam keredhaanNya, dimantapkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, diwaraskan akal fikiran dan kekal dalam peliharaan Allah SWT.... insyaallah.... 
amin....
 
Doa Akhir Tahun dibaca pada akhir waktu Asar,
 atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
 Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.


Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.


Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H
malam ni yer... :)
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.


Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

 Tema Sambutan Ma’al Hijrah 1434H/2012M 

 ‘WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH’

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.
terasa macam nak bernasyid pula....
jom hayati lirik nya.... :)

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

1. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.
4.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
5.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.
6.         Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
7.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  adalah mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap kesederhanaan inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah.  Kebijaksanaan inilah yang amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang akan menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.

 wassalam...
 sumber dari 
http://www.islam.gov.my
http://sitik.wordpress.com
http://liriksemualagu.blogspot.com

23 Oktober 2012

BERI PERHATIAN PADA LINUS...!!!

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
APA KE BENDANYA LINUS TU....?

liza baru jer tau pasal linus melinus ni masa g bawa angah ujian darjah 1 kat sekolah barunya... masa tunggu angah, ibu bapa kena lepak.... opsssss... kena berhimpun kat dewan... dengar segala info2 terkini.... terutamanya nya pasal LINUS n DATA...
baru ku tahu... lembap betoilah ibu ni... huhuhhhu...lepastu dapat surat dari cikgu pra sekolah angah... 29 dan 30.10.2012 angah ada ujian LINUS PRA SEKOLAH.
dah mula dari pra sekolah ker? baru lah tahu... ishhhh... sorry morry yer angah...
tapi masa g dewan pra sekolah takde cerita bab LINUS ni pun...
Bila diingatkan zaman sekolah liza dulu, dok ABC masa darjah 1 tu... tapi sekarang budak2 dah boleh membaca dengan lancar....
DARJAH 1,2 DAN 3...

angah beratur kelas 1, nak g ambik ujian...

dah abih ujian baru bleh naik atas

LINUS
LI (Literasi),  
NU (Numerasi) 
S (Screening – Saringan).
 Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

APA PULA LITERASI?
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI ...
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 
Seperti yang dimaklumkan kat sekolah angah... ujian LINUS akan disaring 3-4 kali dalam tempoh setahun
MAC 2013...
ujian keupayaan membaca dan menulis huruf vokal, konsonan dan suku kata...
APRIL 2013
ujian bertulis dan bina ayat tunggal...
contok macam ada gambar kereta... angah kena buat 3 ayat dari gambar tersebut...
contoh ayat macam ni ler lebih kurang...
1. Ini kereta ayah saya.
2. Kereta ayah saya warna merah.
3. Ayah hantar ke sekolah dengan kereta.
JUN dan SEPTEMBER pun ada ujian.
setiap ujian yang dijalankan untuk melihat keupayaan pelajar mengenal, membaca, dan menulis ayat dengan mudah berdasarkan gambar atau bahan rangsangan... sekiranya angah tak kenal huruf, kelas perhatian lebih akan diberikan... kalau angah dah boleh menulis dan buat ayat dengan bagus, angah akan dinaikkan kelas... kelas yang budak2 terror... lebih kurang macam tulah... setiap kali dapat keputusan, kelas akan dirombak, budak2 akan bertukar2 tukar kelas... ermmmmm..... taktaulah camner nanti keadaannya...
samalah macam ujian NUMERASI... 
baca, tulis dan kira 1-100...
tambah tolak dah kena mula faham
duit pun kena tahu juga.. nak kena ajar angah macam mana nak kira RM dan syiling dah ni...
nanti tak pasal2 dok kelas bawah pula... huhuhuuhuhhu... agak2 okey ke kalau dok sekali ngan pelajar2 yang semua tak reti.... :(

lebih kurang mcm ni ler soalannya...

kat sini data yang cikgu2 LINUS kena update
cerita pasal DATA pula...
APDM (Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid)
bertujuan untuk memusatkan maklumat murid daripada Tahun 1 hingga ke Tingkatan Enam.   Aplikasi ini akan menjadi aplikasi tunggal yang akan menyalurkan maklumat berkaitan murid untuk tujuan operasi atau pengurusan dan pentadbiran. Ini adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk mengintegrasikan semua sistem yang ada di KPM. Sebagai permulaan, pangkalan data asas sistem ini telah diujudkan berdasarkan maklumat daripada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Maklumat Murid (SMM). Oleh itu pihak sekolah hanya perlu mengemaskini maklumat yang minima sahaja kerana kebanyakan maklumat tersebut telah sedia ada di dalam APDM. Selain daripada itu, APDM turut menggunapakai data-data daripada Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) bagi pendaftaran murid ke Tahun 1.  Disamping itu, KPM turut bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi meningkatkan  integriti data.
info KPM 
dapat borang masa daftar anak kat sekolah... dah hantar pun...
semuanya dah online... masuk je nama anak, dah tahu anak tu sekolah mana, gaji mak ayah dia berapa...
ibu bapa isi borang jer lpastu hantar kat sekolah... nanti adalah cikgu2 nya yang masukkan data dalam online... cikgu tu je yg ada password yang bleh buka n masukkan data...
jadi info yang kita berikan tu pastikan yang betul yer... semuanya dihujung jari jer... :) 
cikgu cikgi bleh tahu maklumat ayah dan ibu... :)
:)

hari tu juga sesi pindah memindah barang...
 banyak betoi barang2 umah termasuklah barang2 bakery ku...
chintaku yang uruskan pagi tu... liza bawa angah ke sekolah...
lps balik dari sekolah terus masak memasak untuk diorang yang datang tolong...
terima kasih pada semua....


22 Oktober 2012

DURIAN CREPE - RESEPI NYER


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
...KUIH DADAR DURIAN...
 demam DURIAN CREPE melanda d FB, termasuklah diriku ini... buat PEMINAT yang memang suka sangat dengan RAJA BUAH DURIAN, bleh la rasa macam mana..... rasalah dgn tekak sendiri, ...
Sedap atau tidak perkataan yang begitu subjektif untuk di perkatakan dengan rasa hati...
liza tak pernah buat lagi.... tapi suka google mengoogle resepi...

chintaku tengah mamam DURIAN CREPE, tak bagi tunjuk muka yg tengah khuyuk makan... maluuuuuu..... :)

order 2 set kat kawan bakers area utara AISHAH, kirim suruh bagi kat mertua di PARIT BUNTAR... mak kata pun sedap, tak tahan dah dugaan ni... nak kena cari juga... nak kena rasa n makan nih... liza pun order juga.
dah pernah makan ke korang?.... liza order dengan KAK NOMIE... memang sedap sesangat... order 3 set... 1 set lagi bangun tengah malam makan... nyum..nyum...nyum... tak tahan untuk disimpan keesokan hari nya... simpanlah seketul 2... nanti anak2 dok tanya pula.... kakak n adik makan... angah memang tak makan durian... memang tak sesuailah untuk dia... tapi kalau macaron memang dia suka sangat...
liza jarang mencuba resepi di internet, sebab tak rajin buat bila sesuatu tak jadi nak kena ulang banyak2 kali... kecualilah benda yg betul2 menarik minat giler bagai... cuba juga sampailah menjadi... :)
dengan itu membuat keputusan untuk ke kelas yang sedang hangat diperkatakan... sana sini kelas... pilih yg mana tarikhnya kena dan siapakah yang mengajar kita... semuanya hanya dihujung jari... daftar kelas saja, bayar secara online... jgn lupa email nama, dan detail kelas dan bayaran... siap...
tunggu je tarikh kelas nyer nanti... dan jangan lupa date kelas tu yer.... memanglah mahal yuran kelas yang dianjurkan, tapi rasa berbaloilah, insyaalah... janganlah pula dikata ooooo, hang banyak duit blehla g kelas... liza simpan duit tau... nak g kelas punya pasal...  dah la lama tutup order dari customer yg sangat2 nak order kat kami... hehhehehe... lama2 simpan RM sampai menggunung pun bila dah hari2 tarah, susut juga... jadi bila kita nak sesuatu, insyaallah boleh buat dan simpanlah RM... bukan semua benda FREE yang kita boleh senang2 nak minta n dapat yer... 
kat GOOGLE pun bukan benda FREE, tiap2 bulan bayar bil P1 RM100 lebih tau... :)

 3 set order untuk dirasa.... :) khamis ni order lagi.... yesssszaaaaa....

berbalik pula pasal DURIAN CREPE..... liza ada jumpa resepi kat internet ni untuk liza penuhkan ruang blog liza ni... korang cubalah yer... 
oppppssss....!!! nak habaq mai lagi sekali... resepi yang liza g kelas blajar... minta maap lah yer... tak dapat den nak habaq kat blog liza ni, nanti hingaq kena marah pula dgn persatuan2 perguruan bakers, ye lah org lain pi bayaq yuran blajaq menabung sekupang2 nak pi blajaq..liza senang2 masuk dlm internet resepinya... tak aci lah macam tu kan...
KENA HORMATI ORANG LAIN JUGA... :) HARAP MAKLUM.... liza pun tak g kelas lagi ni...  tapi tak sabaq2 nak cerita pasal DURIAN CREPE...
bulan 11 baru ada masa nak g kelas tu... sama ke tak sama ke resepi tu pun liza taktau lagi...
JANGAN ANGRY BIRD yer... :)

 adik memang suka, tapi dia sedut isi dlam ja... yg luar tu kulitnya liza tolong perabih...

Resepi pula macam2 versi dan ciptaan, tepuk tepung tanya hati mana satu resepi nak pilih bleh buat... Ada yang kata  tepung gandum takda dlm senarai untuk buat crepe ni.. tetapi  menggunakan 5 @  7 jenis tepung seperti tepung custard, tpg honkwee, tepung hongkong, tepung jagung, tepung ubi dan tepung naik sendiri dan tepung gomak... ehhhhh... ado ko? hehehhhhhee
boleh olah resepi yang sedia ade mengikut citarasa anda yang sememangnya bijak2 belaka....
kulitnya kalau buat lagi nipis lagi sedap supaya tak rasa seperti kueh... depalah crita... hehehheh
liza tau makan jer...
SELAMAT MENCUBA....

BOLEH TENGOK RESEPI KAT SINI...

RESEPI KAK ZUE
RESEPI KAK WAN
RESEPI KAK INTAN
RESEPI FB JOM MASAK

CIKGU KELAS YG FEMES AMAUS YG AJAQ KELAS CREPE BLEH TENGOK BLOG KAK INA

WASSALAM... TQ SEMUA....

17 Oktober 2012

LANGSIR OH LANGSIR


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
nak tempah langsuir... opsss... langsir...
tak pernah selama ni tempah langsir..jap2.. flashback balik memori... baru teringat, pernah tempah langsir kat adik bradik kami, kawin ngan org Pakistani, bayaq bulan2.. umah kat Parit Buntar, sliding door depan, tingkap bilik 3... kalau tak silap RM800 kot... warna biru... ku suka biru je tau... sebelum kawin ngan chintaku, kakak2 iparku lah yg tau bab2 langsir... dah kawin ni baru ler chintaku tau bab langsir....
langsirtu chintaku yg mengordernya, liza cuma bgtau nak warna biru... time tu rasanya baru lepas bersalin kat angah kot..tahun2006... dah dok kl 2 thun kot baru abih.... hahahhahaha... punyalah lama nak perabih bayaq hutang.. bukan hutang kain langsir ja, tapi hutang2 lain, tolong bayarkan kat mertua... chintaku yg bayaq... masatu mertua dah berhenti kerja sebab kena strok, so sapa lagi kalau bukan hero sulungnya tolong bayaq... tapi taktaulah kot ada bantuan dari adikbradik lain,
satgi kita ingat chintaku sorang je yg bayaq... hehhehe...
alhamdulillah...
mak doa2kanlah semoga anak mak nazrol ni selalu berjaya di dunia dan akhirat...
amin.. :)
belakang kakak tu yg langsir kaler biru... jumpa yg ni ja... 31.12.2006
berbalik pula alkisah crita langsir....
niat kat hati mula2 nak cari kat JAKEL n tempah sekali....
tapi bila dok servey2 kat google..
baca blog yg cerita pasal langsir...
taip je kat google 
nak tempah langsir
langsir jakel
upah jahit langsir
keluarlah ceritanya nanti...

setelah digugel2... nampak gayanya tak mampu lagi kot nak beli kat situ... yg dah siap mungkinlah murah... murah lah kot masa tu beli time raya, dah la sale... boleh lagi minta diskaun...
dah beli kat mertua haritu utk raya 2012... yg readymade jer...
 laaaaa.... kat blakang amoi cina mana pula sepet mata... adoiiii... awat mata sepet sangat...
kat belakang tulah langsir raya 2012...
untuk umah baru nak masuk ni, liza nak pilih sendiri warna dan design yg berkenan dihati...
time pilih nanti tunggu dan lihatlah berapa jam nak pilih... jadi setelah dikaji selidik dengan RM dikira2... kira kot jari jer... pilihan kain di 
NAGOYA ATAU KAMDAR...
tapi rasa macam nak pegi juga JAKEL.....
google... google lagi....
tanya sama pak gugel.. dibilangnya boleh bikin jahit sekali... upahnya pon enggak mahal dong...
ckp indon lah pula... ada pula terbaca kat blog satu ni, lupa nak ambik nama blog tu...
kalau tempah kat Bandung lagi murah... adooooiaiiiiiii... bila tahun nak pi...
kalau dah pi bukan setakat nak tempah langsir ja... kain baju.. lukisan semua liza nak borong...
mahal ke murah nak kena pi tengok lah dulu kat nagoya... baru tau... heheehhhehehe...
dah pi malam tadi nagoya... lps magrib, 2 jam mana cukup nak pilih... dah tanya kat apek tongkang tu, nak tempah jahit dia kata 3.11.2012 baru siap... lambat tu...
urgent ni nak masuk umah baru, merangkap pakai raya haji..
kata putus diberi....
pilih langsir yg dah siap jahit dpt la 10% diskaun...
 tp yg ni nak gantung kat bilik extra dulu...
apa yg dibeli
kain langsir NAGOYA fabric JACQUARD sewing style pakai yg cangkuk jer...
tingkap 2 panel RM 45.90 X 2 = RM 91.80 10% RM 82.60
 sliding door 3pintu = RM99.90 10% RM 89.00
2 panel tingkap dapur jenis roman blind readymade nyer RM 120.00 20% RM 96.00
rel besi utk sliding door RM 36.00
rel besi utk tingkap RM 18.00 X 2 = RM 36.00
TOTAL RM 340.50
baru untuk bilik extra dan dapur... tunggu dah gantung nanti baru masuk gmbar...
belum tempah lagi utk sliding door ruang tamu...
rasanya nak kena pi JAKEL kot... kat NAGOYA langsung takda yg berkenan dihati...
chintaku dok memilih rail langsir...
rod kayu belum lagi... dah dpt langsir pilihan hati baru boleh pilih rod kayu...
ada juga yg tanya... nape tak jahit sendiri....
adoooooiiii... malas bebenar nak jahit... bertahun lah kot baru siap... yg sebelum ni pun ada juga jahit, tak siap2 lagi... nanti liza cari kain langsir tu... nak snap gmbar tak siap lagi... heheheh... ada juga langsir yg diberi oleh mak2 sedara liza.... :) tq...tq..tq...

LANGSIR YG KU JAHIT SENDIRI
ni gambar langsir yg liza jahit kat umah makcik... tok guru langsir ni... habaq ja nak langsuir mana, semua boleh... :)... langsir yer..... ambik gambar ni nak mms kat chintaku ler, bgtau kata dah siapppppp...
 kakak n 2 org makciknya yg hegeh2.... ngeh...ngeh....ngeh....

Gantung langsir time raya kat umah Parit Buntar... masa ni mengandung kat adik...

 yg langsir biru tu pun buat juga, jahit lurus saja... kat tingkap baru ler buat beropol2 dan beralun2... gambar takdo lah pula... abaikan jer yg bersimpul.... takmo...takmo dah yer nanti kat umah baru buat mcm ni... bersimpul2 langsir ibu... takda ruang nak main bola jaring... latih kakak shoot masuk jer...

ada gaya tak kakak masa ni... :)

kisah mencari langsir ni memang rumit... rumit bagi org pompuan lah kot... ermmmmm...
bawa hero2 ni lagi ler rumit nak pilih... lari sana sini... main nyorok2... ibu terjerit2 dok panggil depa...
hari ni nak g mana pula nak tengok kain yg berkenan dihati... tunggu je lah cerita langsir part 2 pula....
best juga buat kat blog ni... macam diari lah pula....
selamat membaca dgn gumbira....
wassalam



16 Oktober 2012

TEMPAHAN HAMPER - SIME DARBY


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


TEMPAHAN 9 BUAH HAMPER MAKANAN
DARI AZIAN SIME DARBY
DELIVERY KE SWISS HOTEL

46 TAHUN ATM MENANTI

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
11 OKTOBER 2012
"Tahniah buat semua pemain ATM bermain demi negara menyikirkan Singapura...
kami warga Malaysia menyokong ATM "
kata2 semangat dari salah seorang anggota, sapa lagi kalau bukan si diaaaaa... terus taip kat FB...
masa ni ATM lwn Singapore...
penalti 5-4, 2-2 secara agregat selepas masa tambahan...
dengan kemenangan yg ATM dapat hari tu... diorang dapat ler nanti habuannya....
Kolonel Kehormat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sultan Ahmad Shah mengumumkan habuan RM50,000 kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
 syioknyer... menaikkan semangat lagi tu... kalau liza pun nak juga... sapa yg taknak kan... :)
meloncat2 kegembiraan chintaku melayan bola sambil menahan perasaan nak menjerit2 sbb time tu anak2 pun teman ayahnya tengok bola tapi diorang dah tido kat tepi ayahnya......
hehhheheh... liza tak berapa sangat layan bola... adakala syiok tengok, adakala bolehlah...bolehlaaaa... ikut je apa yg chintaku sokong n suka pasukan mana... 
kalau baju bola pun selalu chintaku yg belikan untuk sefamily... :) 
teringat masa dok kat Penang, ada perlawanan bola kami niaga burger kat stadium... time perlawanan mula, chintaku akan masuk dalam stadium tengok... liza dok kat luar jaga gerai... sebelum game habis chintaku dah keluar siapkan burger banyak2 dan air pun siap cedok... 
best la time orang keluar, lapau n dahaga ler... selalu game yg ramai penyokong mesti sold out punyer...

final ni dah plan chintaku nak bawa satu family... hati tu memang nak ikut juga... tapi bila pikir balik nak bawa hero2 dua orang ni... nak tengok bola ke nak tengok depa nanti.... hero2 ni nanti buat kacau ayahnya nak bagi tumpuan 100%... sebab selalunya pergi mana2, hero2 ni yg akan ikut ayahnya, ibunya lenggang kangkung jer... ^_^... sebab tu bila time shopping syiok je... diorang berkepit ngan ayahnya...

20 OKTOBER 2012, FINAL ni buat kat STADIUM SHAH ALAM...
dan pagi tu jugalah liza teman angah kena ambik ujian untuk darjah 1 kat sekolah baru... camner lah angah ni bila jawab exam... harap2 dia buat yg terbaik... 
dan time pagi tu jugalah kami nak angkat mengangkat barang2 semua pindah ke rumah baru... pindah barang part 2 pula, kali ni banyaklah barang2 nak diangkut guna 3tan ATM ler... haritu sewa lori 1 tan jer... 
larat ke chintaku nak g tengok final tu... esoknya tu mesti confirm punya ngan suara serak2... selalu mcm tulah... time tengok bola tak hingat dok bg sokongan.... esok suara rock ler tu... apa2 pun take care yer... isteri2 ATM bagi sokongan kat umah je lah... ^_^

TAHNIAH buat ATM yang dpt ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1966.
lamanya menunggu penantian tu... harap penantian ini dapat memberi semangat yg kuat untuk beroleh kemenangan pula...insyaallah, diorang pasti berusaha...
semoga berjaya buat pasukan ATM...

gambar ni masa anak2 ikut ayah g tengok bola bulan Julai 2011
bab bola selalu ikut ayah diorang, nanti diorang tanya " ayah sokong yang mana?, 
warna putih ke kuning ke biru ke?...
warna baju je diorang tanya... dan yang pasti selalu tanya ayah, Malaysia yang mana???.. 
tetap sokong pasukan Malaysia... 
kami sefamily semua dilahirkan di negeri Perak DR... jadi jawapan ada diminda anda... 
pasukan mana yang kami sokong yer???.... :) 
semoga berjaya, insyaallah...
kalah dan menang adat permainan...
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
WASSALAM...

11 Oktober 2012

KALENDAR CUTI2 MALAYSIA 2013

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Mungkin ramai yang mencari-cari Kalendar Cuti Umum dan Cuti Persekolahan 2013, ataupun liza je yang baru tercari2 hari ni.... ^_^
liza dah jumpa dekat laman web rasmi untuk cuti sekolah...

 liza kongsikan Takwim Cuti Umum Malaysia dan Negeri 2013
Malaysia School Holiday & Malaysia Public Holidays 2013 Calendar.
Untuk makluman tarikh yang dimaksudkan mungkin berubah dari masa ke semasa boleh try tengok kat laman web tu... kot2 lah ada perubahan terjadi...

ni kalendar untuk panduan liza... area SELANGOR...
anak2 korang sekolah ikut kumpulan mana? bleh tengok kat situ dah ada note...

KUMPULAN B


 ni untuk kumpulan A... KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU


DAH BOLEH MERANCANG NAK HOLIDAY KAT MANA TIME CUTI SEKOLAH NANTI...

Liza pun nak kena rancang juga ni...
tapi selalu jer tak terancang... ikut suka hati jer...
kali dah tak boleh mcm tu...
3 orang anak dah sekolah tahun 2013 ni...
time cuti sekolah pun hot order juga...
so kena buat satu date yg khas utk kami sekeluarga bercuti...

CUTI SEKOLAH
CUTI KERJA
CUTI DARI AMBIK TEMPAHAN

TARIKH CUTI NEGERI YG BOLEH CUTI
1 Jan (Tue) TAHUN BARU 2013 All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun) Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
24 Jan (Thu) Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun) Chinese New Year National
11 Feb (Mon) Chinese New Year (2nd Day) National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
15 Apr (Mon) Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri) Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May (Wed) Labour Day National
7 May (Tue) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Fri) Raja Perlis' Birthday Perlis only
24 May (Fri) Vesak Day National
30 May (Thu) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Fri) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Sat) Agong's Birthday National
1 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sun) Hari Gawai Sarawak only
6 Jun (Thu) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun) Georgetown World Heritage City Day Penang only
10 Jul (Wed) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang only
20 Jul (Sat) Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only
26 Jul (Fri) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu) Hari Raya Puasa * National
9 Aug (Fri) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Sat) National Day National
8 Sep (Sun) Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
16 Sep (Mon) Malaysia Day National
5 Oct (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah only
12 Oct (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca only
15 Oct (Tue) Hari Raya Haji * National
16 Oct (Wed) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu) Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
3 Nov (Sun) Deepavali National except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
11 Nov (Mon) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
12 Nov (Tue) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
22 Nov (Fri) Sultan of Johor's Birthday Johor only
10 Dec (Tue) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
11 Dec (Wed) Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 Dec (Wed) Christmas National
* Subject to change



RUJUKAN : Malaysia Directory
semoga segala perancangan dipermudahkan... insyaallah...
kita hanya merancang... hanya Allah yg tahu, Dia yg menentukan segalanya...

jika ada kesilapan, maafkan liza... liza akan cuba perbaiki...
ini adalah untuk rujukan kami... HARAP MAKLUM....

WASSALAM...

10 Oktober 2012

SUNAT BAGI NAMA ANAK YG MENINGGAL DLM KANDUNGAN

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 Sekadar perkongsian bersama untuk saya dan rakan2.. Sunat hukumnya meletakkan nama bagi bayi yang meninggal dalam kandungan (gugur), 3 bulan ke atas... Biarpun sebelum ini ada yang antara kita belum meletakkan nama biarpun dah lama dikebumikan, 
kita boleh bagi nama kepada bayi kita yang “gugur” itu sekarang bila kita dah tahu.

 BOLEH LIHAT LINK DISINI
YOU TUBE
Ini kerana di padang masyar nanti nama anak kita akan dipanggil dengan nama yang diberi oleh kita… 
Kalau kita tak tahu jantina bayi kita yang gugur itu, kita boleh letakkan nama yang boleh di guna pada perempuan atau lelaki... ianya satu keperluan yang patut kita tahu sebagai ibu bapa...
insyaallah...



Allah Ta’ala berfirman kepada Jibril, Alaihis Salaam:  
“Pergilah dan ambillah ayah-ayah mereka dan ibu-ibu mereka dari mana-mana sahaja mereka berada, lalu serahkanlah mereka kepada anak-anak mereka, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah mengampuni dosa-dosa mereka dengan syafaat anak-anak mereka, dan masukkanlah mereka bersama-sama anak-anak mereka masing-masing ke dalam syurga. “

CARANYA :
ayah mengadap KIBLAT
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
 " Aku namakan anakku yg meninggal dalam kandungan dulu 
sebagai (nama anak) bin/binti (nama ayah)."

nama anak liza yang meninggal dalam kandungan ketika 5 bulan lebih tak tahu jantinanya

NUR SYAHMI
maksud nya
cahaya, terpuji, berani
 
IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 
Sunat dituntut untuk melaksanakan aqiqah bagi anak yang dilahirkan dan sudah diberi nama. Untuk anak yang meninggal tidak cukup bulan (mati dalam kandungan) tidak perlu diaqiqahkan kerana anak tersebut memang sudah dijanjikan syurga...

Nabi SAW bersabda: "Sembelihlah aqiqah atas nama si bayi dan cukurlah rambutnya."


Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” 
(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

sumber dari

Halaqah
blogcayalah
korbanaqiqah





TAFSIR AL-QURAN

09 Oktober 2012

DESIGNER n KONTRAKTOR SDN BHD

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
Alhamdulillah, semua kerja dah hampir siap...
kerja2 mengecat dah siap... dah mengecat baru perasan yang umah kat bahagian siling ats dah dimakan dengan seleranya oleh anai2... anak buah chintaku pun dtg tolong mengecat, kasi upah singgit jer... hehehheheh... ye lah tu... mau kena baling ngan tong cat nanti...
 untuk bahagian siling minta bantuan dari ayah chintaku yg datang selama 5 hari untuk tolong buatkan siling rumah, alhamdulillah dah siap, ayah datang naik keretapi ngan bawa kelengkapan mesin potong dan sebagainya, sampai terherot2 ngusung dlm beg, punyerlah berat... nasib baiklah ayah sudi membantu kami. Sejak dulu lagi chintaku pun memang selalu tolong n dpt upah dari ayah buat kerja2 kontrakni. Ayah pun pernah buat sebiji rumah untuk orang yang mengupahnya... tapi sekarang dah buat catering pula kat area Parit Buntar... bleh cari pakndak kalau nak... org2 kat situ, semua kenai pakndak HUD,
dah jadi tukang masak kenduri kendara....
 tanya pada kontraktor lain kalau upah buat siling satu umah berapa... dia bagi bajet RM5-6 ribu, adoooiiii banyak tu nak kena keluar RM, tu yang minta bantuan dari ayah chintaku, beli barang modal untuk buat sendiri lebih kurang RM1 ribu... tak termasuk upah... ada sorang kwn chintaku dtg tolong yg sorang lagi buat wirering... tu pun bagi harga kwn2... :) opssssss harga special dari anak buah kat tempat kerja... :)
 semua siling kat rumah kena buang bagi habis... sebab dah memang tak elok, habis anai2 makan bg sampai tak cukup kenyang... google mencari panduan camner nak hapuskan anai2...Anai2 ni kat dlm perut dia ada organisma mikroskopik (protozoa) yg hidup dlm saluran pencernaan, yg boleh mencerna kayu dgn cepat dan mudah dihadam... nasib baiklah besi pun dia tak belasah...
 jadi sampai mcm nilah... sedap betoi anai2 ni mkn... Anai2 ni sangat penting di alam kita sebab depa boleh hancurkan kayu dan nutrisi kembali ke tanah. Tapi yg jadi masalah nya adalah pada kita... makan tak kena tempatlah pula, habis semuanya belasah...

dapur dah siap... warna hijau...

bilik angah n adik pun dah siap, tinggal lagi nak cat siling jer... warna pink, biru, hijau, purple... hahhhahha.. semua yang extra2 bagi perabih...hahahahhah suka hati jer, semua warna ada, lagipun memang angah n adik ni berebut2 nak warna pink, kuning, hijau biru...nasib baik ada 4 warna jer...

siling kat tandas pun kena buat juga


ni nama nya RAN, korang tau ke nama dia RAN, liza taktau pun, baru tau... hehehhe panggil tangga jelah... RAN ni tinggi sungguh...kena buat pasal bilik kakak nak tukar siling tinggi gilerrrrr, tangga yg 7 step beli pun tak bleh sampai siling lagi, bilik kakak warna pink, yg kat sebelah bawah tu je warna purple.. nanti nak deco buat bunga sakura, tapi bila tu taktau lah lagi... tunggu je lah nanti bila free....

bilik utama biru n purple... memang suka hati jer combine warna.. :)

warna kuning kat bahagian bilik tambahan depan

macam2 warna ada...

suasana ruang tamu yang dikalerkan dgn pink n purple...jadi lagu tu jadi lagu ni kaler dia

siling kapooor ni upah kat orang, pasai taktau buat. kalau tau gerenti bleh buat punyer.
tima kasihlah juga kat anai2 ni, musnah kan siling, kalau tidak takdo lah siling kapur bunga rose, kalau ikutkan nak masuk umah ni, takde langsung dlm senarai nak tukar siling... dah nak tukar semua, baik buat kat ruang tamu elok sikit. tapi yang bajet2 je lah... :)
 cari yang murah2 jer... murah pun harga ribu juga... huhuhuhuhu
 ingatkan rumah ni tak payah ler nak keluar modal banyak sangat... kalau beli umah baru mesti tak banyak kot modal nak repair bagai.. ataupun sama jer... huhuhuhu... tapi apakan daya loan nak beli umah baru tak lepas.... :(



ni ler depan rumah kami... warna biru, tembok tu je tak sempat lagi nak kaler... nampak kan pagar yg herot tu, nak kena angkat kalau nak buka tutup pagar... 
coming soon pagar baru tak siap lagi...

ni kat dinding depan toilet... nampak kotor tak cat lagi. 
depa kata dah repair, tapi dok meleleh lagi ayaiq dari atas... bocor kat bumbung ngan tangki air... nasib baiklah ada kontraktor binaan sdn bhd ni... chintaku lah yg pi panjat tengok n menyimen lah repair apa yg patut... pi tanya tukang nak suruh dia org buat RM700... tuuuuu diiiiiiaaaaaaaaaaaa... takpalah chintaku pi beli barang buat sendiri lebih kurang modal RM100 lebih... tapi sorang je lah panjat bawa naik barang, tanah, pasir, simen dll... liza tolong huluq brg dari bawah je lah... 
alhamdulillah dah siap... tunggu 2-3 hari tengok kalau dah ok baru bleh cat... 
lampu dinding tu tak lawa lansung, kami dah tukaq... hehehehhe

berapa kos bila buat semua ni...???
nanti liza update kat sini yer...
tak sempat lagi nak kira2...
dok cerita sakan, tak perasan dah tengahari, 
nak g ambik angah n kakak kat sekolah...


tq... tq..tq
ni lah kisah rumah baruku... 
ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku...
:)
 

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE