Memaparkan catatan dengan label SEKOLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKOLAH. Papar semua catatan

27 Januari 2015

AIR PENAWAR UTK ANAK2 KU

 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




InsyaAllah, dengan niat yang suci, keyakinan kita kepada Allah dan berkat ayat-ayat al-Quran, mudah-mudahan sangat mustajab.
Insyaallah, mudah-mudahan sebagai jalan ikhtiar, 

jom kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik-baik, khususnya untuk kesihatan, kecerdasan minda dan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin...

Caranya: Baca ayat-ayat di bawah ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.

1. Surah al-Fatihah : 17 X
2. Ayat Kursiy : 17 X
3. Surah al-Ikhlas : 17 X
4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X

5. Ayat-ayat Ruqyah (saya buka you tube)
6. Surah Yassin

Ceramah dlm oasis Kalau dah jodoh...
Ustaz Kazim ada share petua dan doa untuk membantu kita dlm mendidik dan menangani anak-anak bermasalah.

Surah Yasin ayat 82. Ini untuk semua hajat.
Berhenti pada "kun" kemudian doa meminta apa yang dihajati dan sambung dan akhiri dengan "fayakun".



Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. 
tapi anak2 liza, tak bleh la pula.. mesti minum air manis, kena campur2 juga, kalau minum pun air kosong sikit je...
... 
Insyaalah, kita berusaha, Allah jua yang memustajabkannya. 

baca doa dulu sebelum bagi anak-anak minum:

" Ya Allah...aku ibu yang lemah, banyak khilaf dan salah. Aku mohon keampunanMu ya Allah, atas setiap rezeki yang telah ku suap ke dalam mulut anak-anakku hingga menjadi darah daging mereka. Barangkali, ada yang tidak jelas ( syubhah), ada yang kotor, ada yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan dan akal fikiran mereka. Ampnkan aku Ya Allah, aku bermohon agar Engkau sucikan tubuh badan mereka dari segala yang memberi mudarat, berikan mereka kesihatan yang terbaik, kecerdasan dan kefahaman dalam segala urusan agama, kekuatan hafazan dan segala yang terbaik untuk mereka."


Wallahua'lam.

26 Januari 2015

PERSEDIAAN MRSM 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


bagi ibubapa, risau tu tetap ada... alhamdulillah keputusan UPSR kakak 5A... target setakat 3A je...

alhamdulillah.... akhirnya kakak dapat juga tawaran MRSM.... setelah menanti tawaran SBP dan Sekolah Kawalan tak dapat... dapat juga lah tawaran disekolah menengah biasa tapi dalam Kelas Rancangan Khas. dalam kelas tu ada lebih kurang 11 orang sahaja....jauhla sikit dari umah... 

dapat mesej ringkas dari MARA...
esoknya terus buka online... 23.1.2015

kakak kena lapor diri pd 4.2.2015
sekejap je masa berlalu.... persiapan utk kakak kini bermula...
esoknya terus g cari kelengkapan pakaian sekolah..
macam2 warna utk baju sekolahnya, nasib baiklah sekolah menengah baru ni, beli sepasang baju putih dan kain biru... banyak betoi nak kena sediakan pakaian kakak...
Pakaian rasmi...
Pakaian pilihan...
Pakaian sukan...
Pakaian aktiviti koko...
Pakaian pj...
Pakaian outing...




harga baju sekolah pun boleh tahan... baju saja bleh cecah sampai RM30 lebih, tak termasuk kain tudung lagi tu... ada satu kedai kat umah ni harga murah, baju saja RM19.90, tapi dapat rembat baju kaler biru tu je 2 pasang... kakak saiz besar, baju utk tingkatan 1 kena beli saiz tingkatan 3...
hahahhhahaa... saiz mcm ibu nya juga... 

ikut senarai yang diberikan, baju kaler beige... jenuh juga nak mencari, ada kedai melayu yang jual, baju saja dah mahal sepasang pun dkt  RM70... tak dapat den nak nolongnya... sebab nak beli 2 pasang kaler beige ni... dapat beli kat kedai cina Klang... 2 pasang RM109.80... 

lepas ni nak kena buat medical chekup plak... nak g sekolah kakak ambik surat berhenti bagai...
peralatan asrama dan kelengkapan lain semuanya nak kena siapkan dlam minggu ni juga...
ada sesetengahnya kena beli kat sana... 

utk ibubapa yang anaknya masuk MRSM memang kena siapkan RM lah... alhamdulillah nasib baik lah ada order lebih sikit bulan ni... dapat lah belanja utk kakak...

yuran kena bayar siap2... jgn lupa plak nanti...
kat sana nanti baru bayar yuran asrama... lebih kurang RM600...

Duit untuk asrama RM 60/bulan x 12 = RM 600.00 ni murah untuk makanla..

Makanan kering dan air mineral kena juga sediakan... macam kakak ni kuat makan... lapar bila malam... jadi nak kena sediakan biskut, air bagai... 

ibu nak kena sediakan senarai semak utk kakak...
kopi pes je kat http://ululalbabkoputra.blogspot.com

Keperluan Pakaian Sekolah
1.     Pakaian Rasmi Sekolah
2.     Baju kurung & tudung bagi perempuan.
3.     Baju Melayu Putih, samping maktab & songkok hitam.
4.     Pakaian Prep (kelas persediaan petang / malam)
5.     Kasut kulit hitam & stokin
6.     Baju batik (upacara rasmi & outing/balik kampung) (koperasi)
Pakaian Solat
1.     Kain pelikat, baju melayu. Set telekung untuk perempuan.
2.     Kopiah putih atau songkok hitam.
3.     Sejadah.
Pakaian Riadah
1.     T-shirt dan seluar trek. 
2.     Kasut sukan dan stokin yang sesuai.
3.     Alatan sukan berkaitan (eg: raket badminton, but bola, bat pingpong)
Keperluan Asas Asrama
1.     Cadar dan sarung bantal (koperasi).
2.     Selimut
3.     Keperluan diri - baldi, cebok, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi, kain basahan, syampu. 
4.     Pakaian asas: singlet, sapu tangan & pakaian dalam.
5.     Berus dan sabun basuh; penyepit baju dan penyangkut baju.
6.     Kunci mangga  locker, engsel padlock (jika perlu).
7.     Sikat, cermin muka, minyak rambut, bedak,pengepit kuku dan lain2 alat kosmetik.
8.     Jarum & benang.
9.     Seterika dan papan seterika.
10.   Selipar sandal bertali.
11.   Kiwi kasut & berus (kasut kulit hitam).
12.   Permanent marker pen - untuk tulis no. kod dobi pada pakaian (perkhidmatan dobi).
13.   Perhiasan dibenarkan: jam tangan, cermin mata.
14.   Ubat-ubatan yang biasa dimakan (kebenaran doktor bertauliah)
15.   Kole, sudu & stok biskut & minuman 3 in 1.
16.   Duit siling atau kadfon untuk contact rumah.
Keperluan Asas Pembelajaran
1.     Beg sekolah - sebaiknya kalis air.
2.     Kotak alatulis - pen, pensil, pemadam, pembaris, gunting kecil, gam.
3.     Kalkulator saintifik, kotak geometri (mathematical set)
4.     Buku tulis ( dijual di koperasi)
5.     T-shirt & seluar PJK (koperasi)
6.     Planner/ Buku Peraturan Maktab (koperasi)
7.     Water color & berus warna; pensel warna.
8.     Duit belanja
insyaallah jika ada rezeki adik2nya pula...
 ibu dan ayah doakan semoga anak2 semuanya berjaya didunia dan akhirat....
aamin...


07 Oktober 2014

Permohonan Kemasukan Ke SMKA, SABK, & Kelas Aliran Agama 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Anda boleh klik link di bawah untuk terus ke Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://public.moe.gov.my/

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi ruangan teks pemberitahuan dalam portal rasminya memaklumkan bahawa, permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) akan dibuka mulai 8 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014
Permohonan secara online  ini juga terbuka kepada semua calon UPSR 2014 yang ingin memasuki Tingkatan 1 Sekolah Kawalan sesi 2015...


Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2015 KPM
Keputusan akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2014

Singkatan Maksud Sekolah Kawalan Kerajaan
  •     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  •     Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  •     Kelas Aliran Agama (KAA)
  •     Kelas Rancangan Khas (KRK)
ayahnya bersemangat isi borang online... siap nak pegi sekolah terus... saboooo... telefon tanya dulu... diorang minta sijil... tapi tadi kakak bgtau cikgu nya kata ujung tahun baru dpt... ermmmmm camner tu.... 

pilihan pertama kakak....



SEMOGA KAKAK BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN UPSR YANG CEMERLANG
INSYAALLAH...

IBU DAN AYAH SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN ANAK2...


23 Oktober 2012

BERI PERHATIAN PADA LINUS...!!!

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
APA KE BENDANYA LINUS TU....?

liza baru jer tau pasal linus melinus ni masa g bawa angah ujian darjah 1 kat sekolah barunya... masa tunggu angah, ibu bapa kena lepak.... opsssss... kena berhimpun kat dewan... dengar segala info2 terkini.... terutamanya nya pasal LINUS n DATA...
baru ku tahu... lembap betoilah ibu ni... huhuhhhu...lepastu dapat surat dari cikgu pra sekolah angah... 29 dan 30.10.2012 angah ada ujian LINUS PRA SEKOLAH.
dah mula dari pra sekolah ker? baru lah tahu... ishhhh... sorry morry yer angah...
tapi masa g dewan pra sekolah takde cerita bab LINUS ni pun...
Bila diingatkan zaman sekolah liza dulu, dok ABC masa darjah 1 tu... tapi sekarang budak2 dah boleh membaca dengan lancar....
DARJAH 1,2 DAN 3...

angah beratur kelas 1, nak g ambik ujian...

dah abih ujian baru bleh naik atas

LINUS
LI (Literasi),  
NU (Numerasi) 
S (Screening – Saringan).
 Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

APA PULA LITERASI?
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI ...
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 
Seperti yang dimaklumkan kat sekolah angah... ujian LINUS akan disaring 3-4 kali dalam tempoh setahun
MAC 2013...
ujian keupayaan membaca dan menulis huruf vokal, konsonan dan suku kata...
APRIL 2013
ujian bertulis dan bina ayat tunggal...
contok macam ada gambar kereta... angah kena buat 3 ayat dari gambar tersebut...
contoh ayat macam ni ler lebih kurang...
1. Ini kereta ayah saya.
2. Kereta ayah saya warna merah.
3. Ayah hantar ke sekolah dengan kereta.
JUN dan SEPTEMBER pun ada ujian.
setiap ujian yang dijalankan untuk melihat keupayaan pelajar mengenal, membaca, dan menulis ayat dengan mudah berdasarkan gambar atau bahan rangsangan... sekiranya angah tak kenal huruf, kelas perhatian lebih akan diberikan... kalau angah dah boleh menulis dan buat ayat dengan bagus, angah akan dinaikkan kelas... kelas yang budak2 terror... lebih kurang macam tulah... setiap kali dapat keputusan, kelas akan dirombak, budak2 akan bertukar2 tukar kelas... ermmmmm..... taktaulah camner nanti keadaannya...
samalah macam ujian NUMERASI... 
baca, tulis dan kira 1-100...
tambah tolak dah kena mula faham
duit pun kena tahu juga.. nak kena ajar angah macam mana nak kira RM dan syiling dah ni...
nanti tak pasal2 dok kelas bawah pula... huhuhuuhuhhu... agak2 okey ke kalau dok sekali ngan pelajar2 yang semua tak reti.... :(

lebih kurang mcm ni ler soalannya...

kat sini data yang cikgu2 LINUS kena update
cerita pasal DATA pula...
APDM (Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid)
bertujuan untuk memusatkan maklumat murid daripada Tahun 1 hingga ke Tingkatan Enam.   Aplikasi ini akan menjadi aplikasi tunggal yang akan menyalurkan maklumat berkaitan murid untuk tujuan operasi atau pengurusan dan pentadbiran. Ini adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk mengintegrasikan semua sistem yang ada di KPM. Sebagai permulaan, pangkalan data asas sistem ini telah diujudkan berdasarkan maklumat daripada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Maklumat Murid (SMM). Oleh itu pihak sekolah hanya perlu mengemaskini maklumat yang minima sahaja kerana kebanyakan maklumat tersebut telah sedia ada di dalam APDM. Selain daripada itu, APDM turut menggunapakai data-data daripada Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) bagi pendaftaran murid ke Tahun 1.  Disamping itu, KPM turut bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi meningkatkan  integriti data.
info KPM 
dapat borang masa daftar anak kat sekolah... dah hantar pun...
semuanya dah online... masuk je nama anak, dah tahu anak tu sekolah mana, gaji mak ayah dia berapa...
ibu bapa isi borang jer lpastu hantar kat sekolah... nanti adalah cikgu2 nya yang masukkan data dalam online... cikgu tu je yg ada password yang bleh buka n masukkan data...
jadi info yang kita berikan tu pastikan yang betul yer... semuanya dihujung jari jer... :) 
cikgu cikgi bleh tahu maklumat ayah dan ibu... :)
:)

hari tu juga sesi pindah memindah barang...
 banyak betoi barang2 umah termasuklah barang2 bakery ku...
chintaku yang uruskan pagi tu... liza bawa angah ke sekolah...
lps balik dari sekolah terus masak memasak untuk diorang yang datang tolong...
terima kasih pada semua....


11 Oktober 2012

KALENDAR CUTI2 MALAYSIA 2013

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Mungkin ramai yang mencari-cari Kalendar Cuti Umum dan Cuti Persekolahan 2013, ataupun liza je yang baru tercari2 hari ni.... ^_^
liza dah jumpa dekat laman web rasmi untuk cuti sekolah...

 liza kongsikan Takwim Cuti Umum Malaysia dan Negeri 2013
Malaysia School Holiday & Malaysia Public Holidays 2013 Calendar.
Untuk makluman tarikh yang dimaksudkan mungkin berubah dari masa ke semasa boleh try tengok kat laman web tu... kot2 lah ada perubahan terjadi...

ni kalendar untuk panduan liza... area SELANGOR...
anak2 korang sekolah ikut kumpulan mana? bleh tengok kat situ dah ada note...

KUMPULAN B


 ni untuk kumpulan A... KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU


DAH BOLEH MERANCANG NAK HOLIDAY KAT MANA TIME CUTI SEKOLAH NANTI...

Liza pun nak kena rancang juga ni...
tapi selalu jer tak terancang... ikut suka hati jer...
kali dah tak boleh mcm tu...
3 orang anak dah sekolah tahun 2013 ni...
time cuti sekolah pun hot order juga...
so kena buat satu date yg khas utk kami sekeluarga bercuti...

CUTI SEKOLAH
CUTI KERJA
CUTI DARI AMBIK TEMPAHAN

TARIKH CUTI NEGERI YG BOLEH CUTI
1 Jan (Tue) TAHUN BARU 2013 All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun) Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
24 Jan (Thu) Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun) Chinese New Year National
11 Feb (Mon) Chinese New Year (2nd Day) National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
15 Apr (Mon) Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri) Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May (Wed) Labour Day National
7 May (Tue) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Fri) Raja Perlis' Birthday Perlis only
24 May (Fri) Vesak Day National
30 May (Thu) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Fri) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Sat) Agong's Birthday National
1 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sun) Hari Gawai Sarawak only
6 Jun (Thu) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun) Georgetown World Heritage City Day Penang only
10 Jul (Wed) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang only
20 Jul (Sat) Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only
26 Jul (Fri) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu) Hari Raya Puasa * National
9 Aug (Fri) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Sat) National Day National
8 Sep (Sun) Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
16 Sep (Mon) Malaysia Day National
5 Oct (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah only
12 Oct (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca only
15 Oct (Tue) Hari Raya Haji * National
16 Oct (Wed) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu) Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
3 Nov (Sun) Deepavali National except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
11 Nov (Mon) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
12 Nov (Tue) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
22 Nov (Fri) Sultan of Johor's Birthday Johor only
10 Dec (Tue) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
11 Dec (Wed) Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 Dec (Wed) Christmas National
* Subject to change



RUJUKAN : Malaysia Directory
semoga segala perancangan dipermudahkan... insyaallah...
kita hanya merancang... hanya Allah yg tahu, Dia yg menentukan segalanya...

jika ada kesilapan, maafkan liza... liza akan cuba perbaiki...
ini adalah untuk rujukan kami... HARAP MAKLUM....

WASSALAM...

22 Mei 2011

CAKE tadika angah....

assalamualaikum dan salam ceria...

terlupa nak upload satu lagi gambar untuk mothers n teachers day... tadika angah ada buat jamuan untuk mothers day.. liza buatkan kek dan sambut terus skali ngan teachers day...

 BLUEBERRRY CAKE WITH FRESH CREAM

 SAMPAI LICIN ATAU TAK CUKUP... HEHEHE
ADIK SUKA SANGAT...
 CIKGU CIKGI ANGAH N KAKAK

 IBU2 YANG HADIR SAMBUT HARI IBU...
THANX PADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS...

04 Januari 2011

2011 N SCHOOL

SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM...

masih belum terlewat lagi rasanya....liza nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011... :)

3.1.2011
hari pertama angah bersekolah... daftar di KAFA, dekat jer ngan umah... bolehlah untuk permulaan dia mengenali kawan2..... kakak dapat sekolah baru di seksyen 2, Bandar Kinrara... dapat kelas 3Jasmin.... 

bersemangat bangun awal pagi nak ke sekolah... risau jugalah kalau angah tak bleh nak bangun awal pagi, sebab sebelum ni bangun lewat, tidur pun lewat.. tapi malam tu tidur awal... 
semuanya kerana semangat nak sekolah.... kalau ikutkan angah baru 4 tahun bulan 12.2010.... walaupun tahun ni 5 tahun.... 

mula2 g hantar daftar kelas kakak dulu, baru hantar angah kat KAFA.... risau juga kalau angah nangis ke apa ke.... tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik saja.... mula2 mungkinlah segan, tak kenal kawan2 lagi, insyaallah lama2 dah ok... sementara nak dapat kawan baru ni....

hari pertama ke sekolah
peace....

adik demam pun bangun awal nak hantar kakak n angah gi sekolah..

gambar tak dapat nak di betulkan, tengok cam gini lah....
sesi perkenalan angah didalam kelas...

tu ustazah lukiskan minta pelajarnya pun melukis benda yang sama...
ni angah lukis, ada serupa ke...?
kertas angah basah terkena air ...

lepas ambik kakak balik sekolah, bawa adik g klinik kesihatan, adik dah 3 hari demam kena ambik darah check takut kena denggi... tapi alhamdulillah adik demam panas biasa jer.. bagi makan ubat, hari ni dah nampak sihat sikit... sebelum ni ada beli ubat kat farmasi jer....
hari ni adik merap sikit, tapi badan dia dah tak panas ....
adik kena cucuk ambik darah buat ujian...

k, sampai sini cerita tentang sekolah anak2 ku...
dan pada hari kedua, angah nagis taknak ke sekolah pula... punyalah susah nak kejutkan... aduhai.. esok camner lah pula...

wassalam....
i luv kekdihatiku...

24 November 2010

SPM.....STPM

assalamualaikum..... dan salam ceria buat semua....

SPM dan STPM sudah bermula.... 
good luck pd semua yang menduduki peperiksaan AKHIR TAHUN.... 

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE