30 September 2014

SARANG LEBAH JANGAN DI JOLOK



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA



Roti sarang lebah memang top sekarang ni... ada yang buat kelas, sapa yg berminat dan ada cukup RM boleh la cari kelas yang berdekatan dan pelajari teknik untuk membuatnya...
dan sapa yang rajin n taknak keluarkan RM macam saya boleh tanya pak  GOOGLE ...
untuk makluman, saya dah pergi 3 kelas roti... sampai ke Muar, Ipoh dan di Kuala Selangor... 
bila tengok google boleh je buat, insyaallah... namun saya masih lagi perlu belajar... 
tak khatam2 lagi bab roti ni...

dengar crita fenomena Roti Sarang Lebah ni bermula di facebook oleh Lydia Honey. Memang cukup pantas tersebar kesedapan roti ni. Masa baru2 kecoh tu memang liza masih buat taktau jer.. 
Tak terasa pun nak buat roti ni.. 
tapi lepas ada sorang bakers di Parit Buntar ada buat jualan goreng pisang cheese n roti ni, trus je order kat dia n siap delivery dekat umah mertua.. depa kata sedap.. tu yg nak buat sesangat ni...
tak semestinya nak pergi kelas baru bleh menjual kan...
mencuba n buat tester kat kawan2... dah dapat oder... alhamdulillah...

dan silalah hormati bakers homemade ni... 
ada sesetengah bakers yang sudi berkongsi ilmu dan resepi dan ada yang tidak... fikir dengan positif andai mereka tidak berkongsi ilmu... itu tdk bermakna mereka itu sombong atau berlagak... 
hormat- menghormati di antara satu sama lain kan lebih baik... 
org tak bagi kita resepi, google je resepi, insyaallah ada, cuba dan terus mencuba... ada resepi yang menjadi, ada resepi yang kurang menjadi dan langsung tidak... 
usaha tangga kejayaan...
terpulanglah pada pandangan masing2...

saya kongsikan resepi dari pak google...

tak sempat n malas nak buat... order saja...

MINI BUN SARANG LEBAH
resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yis
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam

utk hiasan 
Almond flakes, pumpkin seeds bijan hitam dan butterscotch jika suka

gebuz gebaz rotinya...

Cara2nya:

1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 

3. Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 

5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya

7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 

8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.

9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye).

10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.

11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
atas permintaan customer...
6kg tepung...
SOS BUTTERSCOTCH1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


cara penyediaan sos...

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.

3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, 
sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk besi jangan guna sudu takut malang tak berbau .



Alhamdulillah... saya ada join FREEMARKETPJ haritu... 
ramai yg berkesempatan dapat merasai roti ni
 secara PERCUMA..
ada yg tak pernah lagi merasa n tak pernah pula dengar nama roti ni...
dan ada pula yang....
ooooooooooooo macam ni roti nya....

terima kasih pada pakngah Zasman yang sudi join n tolong kami...


insyaallah jika berkesempatan boleh kami join lagi team FREEMARKETPJ

konsep nya mudah...
bawa apa yg boleh diberi dan 
ambil apa yang perlu....

selain roti kami bawa juga barangan terpakai yang masih elok seperti pakaian, kasut, beg sekolah... 
utk mereka yang memerlukan... alhamdulillah seronok bila dapat membantu pada yang memerlukan...

selamat mencuba resepi ni......


jika berminat tempahan atau pertanyaan

sila sms atau whatssap 
atau terus hubungi 
EN NAZROL 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih semua...

TERIMA KASIH...





29 September 2014

WEDDING CAKE-PELAJAR UIA GOMBAK



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA



TAHNIAH PADA TEAM YANG BERJAYA MANGATUR MAJLIS DAN MEREALISASIKAN PERKAHWINAN PELAJAR UIA DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MENEMPAH KEK DARI KAMI...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA...

SEMOGA KEKAL BERCHINTA HINGGA KE SYURGA...
AAMIN...

2 SET KEK PERKAHWINAN 3 TINGKAT UNTUK 4 PASANGAN PENGANTIN BARU...
ATAS PERMINTAAN TEMPAHAN KEK BERTEMAKAN HIJAU PUCUK PISANG...


 2 SET DEKO BUTTERCREAM DAN 
DIHIASI DENGAN BUNGA PEONY DAN BUNGA ROS...
BUNGA PUN BUAT DARI BUTTERCREAM...
** jika berminat boleh join saya kelas deko wedding cake 3 tier buttercream**
peserta boleh pilih hari setiap hari Sabtu atau Ahad..

25pcs CUPCAKE BUTTERCREAM


jika berminat untuk kelas, tempahan atau pertanyaan

sila sms atau whatssap 
atau terus hubungi 
EN NAZROL 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih semua...

TERIMA KASIH...

NAK MAKAN KEK BUKU




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA




TEMPAHAN SITI

KEK BENTUK BUKU
KEK COKLAT MOIST
BERAT 5 KG

 Tempahan Siti bertemakan gambar tadika Genius Aulad.. 
nak raikan hari lahir anaknya di tadika bersama kawan2...
kalau mcm ni nak makan kek buku boleh saja...
nyum...nyum...
deko dengan buttercream+fondant+piping Jelly..


ayat2 dia pendek jer..
tapi sebab tekap dengan hruf besar....
tak sangka plak pakai fondant penuh muka buku... 
berat tau buku ni... sebab buat saiz besar... saiz A4 lebih kurang nya...
5 kg setelah siap dideko...



jika berminat untuk tempahan atau pertanyaan


sila sms atau whatssap 
atau terus hubungi 
EN NAZROL 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih semua...

TERIMA KASIH...

25 September 2014

PUDING KARAMEL MEMANG SEDAP


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA




Resepi... PUDING KARAMEL...
paling senang, cepat dan mudah...
takpayah nak kacau perlahan2, guna je blender...



Bahan2 untuk karamel

6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air 
Masak dlm loyang saiz 7 " atas api perlahan... sampai kekuningan..
Biarkan sejuk..

Bahan2 untuk puding...


5 biji telur
5 sudu besar gula halus
Masuk semua dan blender dlm seminit.
Kemudian campurkan
400 ml susu cair @ fresh milk
1sudu kecil esen vanilla, blender sekejap dan masukkan ke dlm loyang. Biarkan saja adunan tadi berbuih ... takpo.. takyah tapis pun takpo...

Adunan loyang tadi letakkan dalam tray yg berisi air panas....
Bakar dengan suhu 180 celsius 45 minit....

Dah siap masak... sejukkan pd suhu bilik dan boleh keluarkan dr loyang..
Sejukkan dalm peti ais....
Nyumm.....nyummmm enak dimakan bersama keluarga...



selamat mencuba...

KELAS INSENTIF DEKORASI CUPCAKE KANAK2


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

KELAS INSENTIF DEKORASI CUPCAKE di MERU, KLANG

terima kasih pada ibubapa peserta yang sudi memberi ruang kepada peserta untuk hadir ke kelas untuk belajar membuat cupcake..
 hasil nya boleh bawa pulang untuk ditunjukkan kepada keluarga...




insyaallah jika diberi peluang lagi dan sokongan dari ibubapa kami akan cuba menganjurkan kelas insentif khas utk kanak2 pada masa akan datang. 

Jika ada permintaan dari tadika atau persendirian untuk menganjurkan kelas cupcake ini sila hubungi kami untuk pertanyaan atau maklumat lanjut...


Tel/sms/wa 
En Nazrol 019-5720120

 

 

KELAS KANAK2 DI SHAH ALAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA



ALHAMDULILLAH... 
kelas bersama kanak-kanak 6 hingga 13 tahun telah menunjukkan bakat dan kreativiti dalam mendekorasi cupcake. Kelas ini telah diadakan di SHAH ALAM. Sambutan dari ibu bapa amat menggalakkan.. terima kasih kepada semua pihak terutamanya pada tuan rumah yg menyediakan tempat yang selesa dan makanan yg sedap utk peserta.
 cara membuat bancuhan dan membakar cupcake 


 peserta cilik sedang melepa buttercream pada cupcake
 masa utk menghias... 


peserta telah diajar cara mengadun, membakar cupkek dan cara membuat buttercream untuk hiasan.
peserta diajar cara menggunakan nozzle asas 
untuk menghias cupcake.
setiap peserta membawa pulang cupcake yang dihias sendiri dengan idea dan kreativiti masing2.

lepasni dah bolehlah bantu ibu kat dapur yer...
resepi diberikan... pada ibu2 bolehla mencub.a..


terima kasih pada semua pihak yang terlibat...

PART TIME GUBAH HANTARAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

TEMPAHAN DARI IHSAN
BEKAS SEPERTI SANGKAR LABU, BARANG HANTARAN DISEDIAKAN OLEH CUSTOMER...
SAYA CUMA MENGGUBAHNYA DENGAN BAHAN2 YANG SAYA PILIH MENGIKUT TEMA..


Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).


Sebelum memilih barang-barang hantaran, adat di negeri masing-masing perlu diambil kira juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. contohnya macam di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Beruntung tu... sekali datang je bleh dapat 2 bentuk. kalau di negeri lain pula, cincin merisik mungkin takda..
ermmm... tak juga kot.. sebab sblum ni, kami sebelah Perak, adik lelaki liza bertunang dengan org Kedah bagi juga 2 bentuk cincin... 

UPAH DAN BAHAN DIANTARA RM45-RM80 bergantung pada permintaan customer seperti bakul, jenis2 bunga, riben, bekas kaca dll.
UNTUK UPAH MENGGUBAH SAHAJA RM25 (SEMUA BARANG DISEDIAKAN CUSTOMER)

Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran dan cara2 nak g rombongannya...
apa yg perlu dilakukan ini adalah untuk memudahkan kedua belah pihak nanti..
yelah kan masing2 keluarga mungkin caranya berbeza... 
insyaallah semoga semuanya dipermudahkan...

Teringat pula masa kami bertunang...
takda lah nak ikut berapa hantaran yg nak kena bagi... yg pasti perempuan kena lebey...
tambah2 lagi kedua2 belah pihak kali pertama bakal mendapat menantu...

hantaran dari keluarga dari jiran2... memang meriah...
penuh 1 katil hantaran di susun...
jiran bagi takkan kita nak tolak n letak tepi...
alhamdulillah rezeki..

ni hantaran perkahwinan saya... :) 2001
terima kasih pada jiran2 di KUARTERS POLIS TAMAN DERGA JAYA DI ALOR SETAR...
meriah sangat walaupun majlis tu secara kecil2an...

jika berminat untuk kelas, tempahan atau pertanyaan

sila sms atau whatssap 
atau terus hubungi 
EN NAZROL 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih semua...

TERIMA KASIH...

TEMPAHAN SLICE CAKE


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

TEMPAHAN DARI INA
SLICE CAKE RED VELVET
COKLAT
OREN
BLUEBERRY


ADA PELBAGAI JENIS PERASA yang lain UNTUK SLICE CAKE 
ANTARANYA YANG TERBARU DAN TERKINI: 

SLICE CAKE ALA2 TIRAMISU 
TOPPING N FILLING CREAMCHEESE
RM75 

 SLICE CAKE ALA2 OPERA 

TOPPING N FILLING BUTTERCREAM N COKLAT GANACHE
RM80
OREO SLICE CAKE 
TOPPING N FILLING BUTTERCREAM DAN OREO CRUSH
RM75 
NEOPOLITAN SLICE CAKE (pink, putih dan coklat) ada 3 lapis kek
STRAWBERRY SLICE CAKE
ORANGE SLICE CAKE
KIWI SLICE CAKE  
TOPPING N FILLING BUTTERCREAM
RM70 sahaja....

Saiz kek adalah 12 inci dan akan dipotong menjadi 7x4=28pcs
sesuai untuk mkn ramai2 takyah berebut2 nak potong... slice cake hiasannya sangat simple n buttercreamnya hanya diatas dan di tengah kek nyer 
(dilapisi buttercream@creacheese+ filling perasa kek yg dipilih)


jika berminat untuk kelas, tempahan atau pertanyaan

sila sms atau whatssap 
atau terus hubungi 
EN NAZROL 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih semua...

TERIMA KASIH...

JOM BELAJAR BUAT DAN DEKO KEK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


KELAS BASIC CAKE BERSAMA WAFA...



 hasil yang siap boleh dibawa balik bagi makan kat family atau kawan2...

jika berminat untuk mempelajari 
cara membuat kek dan mendeko dari mula

hubungi 
en nazrol 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com
terima kasih semua...

KEK PERKAHWINAN 3 TINGKAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA



TEMPAHAN DARI FADILAH


TEMA PINK PUTIH

KEK SAIZ 10+8+6 inci






UNTUK KEK SAIZ 8 INCI DESIGN SEPERTI INI JUGA BOLEH DIBUAT SEBAGAI KEK HANTARAN PERTUNANGAN.

jika berminat untuk kelas, tempahan atau pertanyaan


sila sms atau whatssap 
atau terus hubungi 
EN NAZROL 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih semua...

TERIMA KASIH...



i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE