29 Disember 2015

KAMBING BAKAR + NASI 7 BIDADARI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA

Pada yang dok tertanya-tanya tang mana dan dimana... 
Lokasi #nasi7bidadari nie..Mai kami nak habaq..
laksa ikan sekoq pun ada...

lokasi kat Meru, Klang
dekat Taman seri Puteri...

In case kalau sesat jugak. Boleh tel tanya 0195720120

Kami guide hangpa semua. toksah risau naaaa..

insyaallah ... kalau tak da aral melintang

Waktu perniagaan
5ptg-12 malam... abih awai katup awai lah...



KAMBING BAKAR....



GERAI KECIK KAMI DI JALAN KASIM, MERU, KLANG

NASI WANGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAN CERIA


Alhamdulillah.. 
hangpa jgn dok bgtau nasi kami wangi mcm bidadari dah la.. 
Nasi ada 7 jenis... salah satu nasi yg org selalu dok tanya..
#nasilemuni
Nasi ni pemes kat blah utara..
Wangi tau...
#sedapbaqhang...
Mai la try... taktaula tekak org lain2... kot tk kena ngan tekak hangpa.. ada lg 6 jenis nasi dlm 1 pinggan... bleh la mkn #nasidaging.... pekena ngan #kambingbakaq ... kambing tak mkn bleh la pekena #ayamgorengberempah

lokasi Meru,Klang dekat lah juga ngan Masjid Asy Syarif Meru Klang

sesat bleh tel...
019-5720120






DAUN LEMUNI AYAH KAMI POSKAN...
HARI NI PLAK ADIK BARU BALIK KEDAH,,, DIA KUTIP SEKALI NGAN BATANG2 NAK TANAM BLAH CNI....

NASI 7 BIDADARI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA....

Harga berbaloi2 utk masyarakat majmuk Malaysia tanahairku yg prihatin dgn keadaan ekonomi melanda.. Air refill byk kali no hal... dgn syarat minum kat kedai le.

#coffeebesaq pun ada...

'Kenyang dah tentu, siap boleh kongsi plak... silap-silap bleh menambah'..heheeeheee

Hai semua.. mai la menikmati nasi special ni.....
Nikmati menu #nasi7bidadari yang lain dr yg lain... pasti kenikmatan nya terasa dgn selera tekak anda.😊 mabelessssss..

#sedapbaqhang
✔ NASI 7 BIDADARI
✔ KAMBING BAKAR
✔ AYAM GORENG BEREMPAH
Takmau nasi.. #laksaikansekoq pun ado...

Lokasi Meru, Klang.
Jln Kassim, dkt jln restu5, tmn seri puteri

Buka jam 5ptg lebih2 sikit sampai 12mlm.. abiih awai balik awai.. heheheee...

Ni kalo guna GOOGLE MAPS :
Koordinat : 3.133045, 101.433989
nei reading gps
update google meps naaaa.. satgi dia bawak ntah mana hala plak nanti.😊 jenuh nk cari...

CALL :
019-5720120

datang ye~~...
#malaysiafoodchannel
#merufoodchannel
#jalan2carimakan



15 Disember 2015

LAKSA IKAN SEKOQ

LAKSA ..OOOOOO LAKSA.....
KINI DIDATANGI DGN IKAN SEKOQ MENGHIASI ATAS LAKSA ..
EMMMMMMMMMMMMM
SEDAP SEHINGGA TAK TERHINGGA ..

BOLEH berkunjung ke gerai kami 
di Nasi 7 bidadari.
 lokasi jalan kassim meru klang selangor


dibuka dari jam 12 t/hari - 11 mlm
utk tempahan boleh hubungi 
019-5720120

09 Disember 2015

NASI 7 BIDADARI dan KAMBING BAKAR

OPENING DAY

 NASI 7 BIDADARI 

Hari ini menu kami nasi 7 bidadari akan berada dipasaran , hanya akan diperoleh di Jalan kassim Meru Klang sahaja

Menu 
Nasi 7 Bidadari + kambing bakar
Nasi 7 Bidadari + ayam berempah 
  Nasi 7 Bidadari +  Daging masak hitam 

Nasi putih juga disediakan



semua set AIR PERCUMA disediakan  

Untuk tempah boleh tel @ whatsapp 
019-5720120 .

Gerai kami akan dibuka 
12 t/hari sehingga 11 mlm 
INSYAALLAH 
AKAN DIBUKA SEAWAL 11 PAGI

NASI 7 BIDADARI

NASI 7 BIDADAR

Assalamualaikum ..Salam sejahtera 

Alhamdullilah ..sekarang Rn Ideal maju lagi setapak dengan pembukaan kedai makan yang beroperasi di Jalan Kassim Meru Klang .

Menu Utama kami adalah NASI 7 BIDADARI didatangi dengan lauk amat menyelera anda semua



KAMBING BAKAR
AYAM BEREMPAH 
DAGING MASAK HITAM 

  juga disediakan mengikut set menu yang membuka selera 

AIR PERCUMA JUGA DISEDIAKAN.
harga semua set termasuk dengan air percuma yang telah disediakan.

Kami juga menyediakan jika anda hendak minuman aneka perasa coffee yang terbaik..
RN COFFEE BESAQ saiz yang besar .................................

KEDAI KAMI BEROPERASI DARI 
12 T/HARI  HINGGA 11 MLM.

BOLEH CL @ WHATSAPP  UTK TEMPAHAN 
019-5720120

08 September 2015

KUEH KOCI PULUT HITAM

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


lama tak update resepi yang liza dah cuba...
anak2 cukup suka sangat dengan kueh ni.... 
kalau dah malas sangat buat, beli je kat umah liza ni, tapi kena awal pagi lah beli, kalau dtg jam 8 pg memng takdolah...
mcm biasalah gugel cari resepi dan cuba...




Kuih Koci Bersantan
Resepi Dapurmamasya

lebih kurang 20 biji bergantung pada besar yang kita buat lah... 

BAHAN2 UNTUK DOH:-

250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (beli yg dah siap)
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-

1 biji kelapa yg sudah diparut (minta parut putih saja ) g kedai senang… malas nak parut
1 ketul gula Melaka (guna gula merah, masak dan tapis)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

 BAHAN2 LAIN:-

Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya 

2 cawan pati santan + secubit garam + 1sb tepung gandum
kacau santan pekat dalam kuali dgn api perlahan, tambah garam secukup rasa utk rasa lemaknya, santan lagi banyak lagi sodap... nanti nak letak sekali masa bungkus doh.


CARA UNTUK  INTI:-

Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

CARA BUAT DOH:-

Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

CARA MEMBUAT KUEH KOCI:-

Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.

boleh juga rebus dulu doh yang dah di isi dengan inti... mcm dalam gambr atas... rebus sampai terapung macam buat kueh buah melaka tuuuuu... lepastu masukkan dalam santan dan gaul sekejap....
baru bungkus dengan daun pisang dan masukkan dalam santan satu sudu..... lpstu baru kukus sekejap...

Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2 ye…

selamat mencuba....





05 September 2015

CRAFT DECOUPAGE KALIGRAFI.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
CERIA SALAM 1 MALAYSIA  

KAMI SEDIA MENERIMA TEMPAHAN DECOUPAGE KALIGRAFI 
DAN DECOUPAGE HIASAN.
JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI KAMI UTK PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN.
HANDMADE CRAFT



available


available


available

sold
boleh pra order

boleh tukar warna, words n design bunga...

sold
boleh pra order

sold

boleh pra order

sold

boleh pra order

sold
boleh pra order

available
boleh tukar warna, design bunga...


sila sms atau whatssap 
en nazrol 019-5720120 
atau 
emailkan nazroliza@yahoo.com 
terima kasih semua


KELAS ASAS DEKORASI KEK BUTTERCREAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA 


KELAS ASAS KEK (DECO BUTTERCREAM)
MASA : JAM 10 PAGI HINGGA SELESAI
YURAN : RM300 SEORANG
PERALATAN YG PERLU DIBAWA
kain lap, tisu towel, apron
ANDA AKAN PELAJARI :
- cara membuat SEBIJI KEK BUTTER membancuh dan membakar.
- cara membuat buttercream
- teknik memotong kek dan meletakkan filling pada kek
- cara melepa kek dengan buttercream
- mempelajari beberapa jenis nozzle asas untuk mendeko kek
- mendeko kek menggunakan edible image
- peserta akan membawa pulang sebiji kek hasil DEKORASI yang dipelajari...


SEMOGA ILMU YANG DIPELAJARI SEMUANYA BERMANFAAT DISAMPING MENAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN... INSYAALLAH...

jika berminat untuk mempelajari 
cara membuat kek
HUBUNGI
en nazrol 019-5720120
atau emailkan
nazroliza@yahoo.com
terima kasih semua

12 Ogos 2015

Assalamualaikum

Syukur alhamdullilah semua urusan dipermudahkan. Syukur chef kekdihatiku kembali turun ke dapur kekdihatiku bagi memenuhi permintaan semua pelanggan ..
Insyakallah semua tempahan akan disiapkan dlm masa yang ditetapkan.

Doa dari keluarga dan sahabat tercinta semoga diberi kesihatan dan kekuatan bagi memenuhi semua dugaan yang dihadapi dengan hati yang tenang bersama keluarga tercinta.

Nantikan satu lagi produk kraf yang akan ada dipasaran hasil tangan kekdihatiku sendiri. Semoga produk baru kami ini dapat memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menempah produk kraf kami ini.











01 April 2015

SUJI BRUNEI YANG GEBUZZZZ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ



apa khabar semua... harap2 sihat2 dan ceria di Bulan April 2015....
ramai betul yang update status GST...
ermmmm... nak komen apa... dah dijalankan pun... bersuara atau idak... suka atau tidak... 
kena lah layan... 
dah semua pakat naik.... 
apa lagi.... jom raya ni kita pakat2 buat BISKUT sendiri...
pada yg rajin... selamat mrncuba..
pada yang nak tunjuk siap je, kasi RM saja... bleh la cari...
tahun ni tak dpt nak buat biskut raya...
sebabnya insyaallah bulan posa 2015 saya dah due bersalin...

kalau home-made cookies sememangnya agak mahal, sekitar RM 25 - RM 35 per 50 biji, bergantung juga pada bahan2 yang mereka gunakan. Tambah2 lagi sekarang ni harga barang semakin hari semakin naik, ditambah pula dengan GST...

 Kalau bahan2 berkualiti, harga kena mahal sikit lah. Terutama biskut2 yang melibatkan bahan2 seperti biji badam, gajus dan coklat, jenis mentega, butter, pure butterlah... 
jenis hiasan juga mempengaruhi harga. 
Apa2 pun ikutlah budget anda.... 


BAHAN-BAHANNYA :

200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram tepung suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum lebih kurang lebih 370 gram

BAHAN SALUT :-)
3/4 cawan nestum kisar halus + 1/3 cawan susu tepung + 1 camca besar gula aising
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut anggaran tepung 370 gram
  3. boleh buat bentuk bulat2, ambik sedikit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar.
  4. Jangan gentel biskut terlalu besar, ini kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Buat hingga siap. 
  5. tapi liza cuba buat cara tekap... bentuk penerap ikut suka...
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
  7. Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. simpan dalam bekas kedap udara..

SELAMAT MENCUBA.....

26 Mac 2015

TAT NENAS GULUNG

سَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA  
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

rasa mcm nak buat pula tat nenas ni, selalunya tugas anak2lah yg bulat2 kan jem nenas tu... buat awal2 n simpan... senang nanti bila buat doh dah siap terus letak inti dan gulung...





Tat nenas gulung ni memng kesukaan ramai org, termasuklah liza n family... anak2 pun suka...
tahun ni rasanya tak dptlah nak ambik tempahan dengan keadaan yang tengah hamil ni... due insyaallah bulan ramadhan ni... semoga dipermudahkan....aaminnnn....

kalau ikutkan macam2 resepi yg jadi pilihan... pilih je nak yang mana, lepastu cuba....
fist time ceburi bidang bakery ni, g belajar kat Gombak, kelas membuat biskut raya... 
tahun 2009.


Biskut Tart Nenas Gulung


Bahan-bahan
150gm marjerin
100gm pure butter
50gm gula aising, diayak
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
300 g tepung gandum
50gm tepung jagung
1/2 tsp baking powder
  4Tbsp susu tepung - jika suka
jem nanas secukupnya
Glaze
  1biji kuning telur + 1 sudu besar air dan setitik perwarna kuning untuk sapuan
Cara-cara
1. Pukul mentega, pure butter dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pukul sekejap hingga rata.
3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. 

2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pukul sekejap hingga rata.
3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. 
Ambil sedikit doh, letak di dalam acuan 



(boleh je kalau nak guna semua marjerin, selalu cap pelangi dan butter anchor
atau boleh je gunakan buttercup terus)


(picit seperti semperit) dan tekan untuk mendapatkan jaluran. 


 untuk semperit dan tat nenas gulung liza guna acuan ni...

Letak jem (yg sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan gulungkan kemas.
4. Sapu atasnya dengan kuning telur. 

Bakar pada 160C selama 20-25 min atau hingga keemasan. 

setiap tahun liza buat jualan musin raya...
bolehla lpsni cuba buat makan dan buat jualan...
selamat mencuba....
wassalam...

امُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
سَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

NONA MANIS YANG ENAK BANGAT

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA 
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt


Al kisah g makan kenduri jiran sebelah.... ada kueh hijau ni.... sedap bangat... tanya jiran nama apa kueh ni.... waaaaahhhhh... dah dapat tau nama terus je tanya pak gugel..... nak tanya jiran kang... kot dia yang buat... sbb jiran pun bisnes catering.... harap faham lah ye....
misi pertama cari acuan lompang yng kaler merah tu.....

org crita kueh ni asalnya dari Indonesia yaaaa.....
kalau tengok pada resepi lebih kurang mcam tepung pelita... tapi bezanya cuma... tepung pelita tu lembut dan lembik... sebab tu kena ada bekasnya.. daun pisang ataupun ada yg juga buat dalam bekas plastik mcm bekas dadih tu....

Kuih ni pula yang bahagian luar hijau tu rasanya macam kuih kasui, kenyal-kenyal lembut. Yang putih tu santan lebih kurang sama lah rasanya seperti kuih tepung pelita yang bahagian santan juga.. lemak-lemak masin...
nyummmmm....nyummmm....
ada saiz besar saiz kecil lah plak... 
masa beli acuan tu tak perasan...

anak2 suka sangat kueh ni....
enak bangat kueh nya....
liza kongsikan resepinya dicni...
selamat mencuba...
nak tengok resepi asal bleh singgah blog HESTI

 NONA MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan : Hesti's

liza cuba buat 2 adunan...
SUKATAN CAWAN NI BELI KAT KEDAI BAKERY LAH YE... KALAU PAKAI CAWAN MINUM TU TAK PASTILAH PULA...

Bahan A utk kaler hijau
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan kotak
hehehhhhe...campur air sikit nak bagi jd 1 cawan
1 cawan tepung gandum

cara2nya : 
Pukul telur hingga kembang.
  dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, 
kacau sehingga rata. 
cara malas liza.... 
masukkan dlm blender telur tu, blender je dulu.... kalau campur tepung kacau mcmtu je, nanti berketul2... malas nak tapis...
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata atau blender je semua....
Bila dah siap letak tepi.. buat bahan B pula...


Bahan B utk kaler hijau

1/2 cawan santan kotak
 1/2 cawan air pandan... 
ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air.
Kemudian tapis
(kes malas nak kisar lagi... guna esen pandan tambah air je)
hehehehehhehe....
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan 
(kalau dah letak esen pandan takyah lah...)

cara2nya : 

Satukan air pandan dan santan
Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan (optional) dan sedikit pewarna hijau apple. 
Kacau sampai rata dan tidak berketul2...
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, 
ada bunyi blup..blup tak?
sampai kilat dan sedikit pekat....

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B

Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih pula...

 Bahan C kaler putih
1 cawan santan kotak campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan kalau tak cukup...
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula  nak tambah boleh taknak pun boley,
1/2 sudu teh garam

 cara2nya : 

 Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu suam sikit dan masukkan dalam piping bag 
  
 bolehlah panaskan dahulu periuk kukusan hingga airnya mendidih
Balut penutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitik pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, jangan lupa sapu acuan lompang dengan minyak masak.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan penuh acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau

hingga adunan naik penuh cawan lompang

Kukus selama 7 hingga 10 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk keluarga anda.
anak dan suami suka makan sejuk2.. simpan dlm peti ais... makan sebelah malam... nyummm....nyummmm

 SELAMAT MENCUBA...



i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE