08 September 2015

KUEH KOCI PULUT HITAM

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


lama tak update resepi yang liza dah cuba...
anak2 cukup suka sangat dengan kueh ni.... 
kalau dah malas sangat buat, beli je kat umah liza ni, tapi kena awal pagi lah beli, kalau dtg jam 8 pg memng takdolah...
mcm biasalah gugel cari resepi dan cuba...




Kuih Koci Bersantan
Resepi Dapurmamasya

lebih kurang 20 biji bergantung pada besar yang kita buat lah... 

BAHAN2 UNTUK DOH:-

250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (beli yg dah siap)
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-

1 biji kelapa yg sudah diparut (minta parut putih saja ) g kedai senang… malas nak parut
1 ketul gula Melaka (guna gula merah, masak dan tapis)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

 BAHAN2 LAIN:-

Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya 

2 cawan pati santan + secubit garam + 1sb tepung gandum
kacau santan pekat dalam kuali dgn api perlahan, tambah garam secukup rasa utk rasa lemaknya, santan lagi banyak lagi sodap... nanti nak letak sekali masa bungkus doh.


CARA UNTUK  INTI:-

Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

CARA BUAT DOH:-

Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

CARA MEMBUAT KUEH KOCI:-

Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.

boleh juga rebus dulu doh yang dah di isi dengan inti... mcm dalam gambr atas... rebus sampai terapung macam buat kueh buah melaka tuuuuu... lepastu masukkan dalam santan dan gaul sekejap....
baru bungkus dengan daun pisang dan masukkan dalam santan satu sudu..... lpstu baru kukus sekejap...

Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2 ye…

selamat mencuba....





Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE