Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan

11 April 2013

RTM LIVE KALI KEDUA DAN RAKAMAN TV3


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

baru nak bercerita diblog, sebelum ni hanya upload di FB..

Hari Khamis 21 FEB 2013 awal pagi bersiap ke Angkasapuri untuk kali kedua KEKDIHATIKU dijemput bersiaran langsung SELAMAT PAGI MALAYSIA... yg first klik sini... dan pada hari yg sama juga berlangsung siaran rakaman yg dibuat awal di rancangan MALAYSIA HARI INI TV3 seawal jam 7.45 pg kalau tak silap.... tak sempat nak tengok waktu siarannya, masatu dlm kereta bertolak ke RTM... nasib baik lah ada tonton.com... blehla tengok juga...

KEKDIHATIKU on live utk pertama kalinya uniform merah yer...

KEKDIHATIKU on live UNTUK JEMPUTAN KALI KEDUA uniform hitam pula...
terima kasih pada penerbit RTM SELAMAT PAGI MALAYSIA yang sudi jemput kami... untuk bulan Februari NI 2 kali inteprem dlm tv... ALHAMDULILLAH... merasa juga yer,...

sesi rakaman tv3 berlangsung awal 3-4 hari sebelum bersiaran di MALAYSIA HARI INI...


Ambik gambar sendiri masa menonton di tonton.com

wartawan yang intebiu datang ke rumah

ada menunjukkan cara nak buat dan masukkan kek ke dlm balang
  dalam tonton.com boleh tengok cara2 nak isi kek dalam botoi...

salah satu kek balang yang sempat di intepremkan di dlm rancangan MHI
kek balang yg lain2 dah sold out...
terima kasih semua pihak yang terlibat....

rakam sendiri dlm tonton.com
terima kasih pada warga TV3...

21 Mac 2013

REZEKI KEK BALANG - KOSMO

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
baru sempat nak bercerita ceriti di blog tentang tersiarnya kek balang di media cetak... :)
alhamdullillah, semenjak 2 menjak ni, memang rezeki utk kek balang memang amatlah menggalakkan....ramai yg bertanya dan telefon utk tempahan dan tak kurang juga yang hanya nak bertanya utk servey2 sahaja...
terima kasih pada media cetak KOSMO yg sudi membuat rencana n liputan tentang kek balang selepas tersiarnya di RTM.... 

 GAMBAR : ZAKARIA IDRIS DAN FAKHARUDDIN ( PELATIH PERETAK ) / PEMBERITA : SUHANA VELU ( RENCANA KOSMO ) Utusan Melayu (M) Berhad — 


 menunjukan proses masukan krim dalam balang semasa proses membuat kek balang di rumahnya di Taman Seri Puteri, Meru baru-baru ini.Gambar; Ghazali Basri/Pemberita;Suhana Kosmo


 KEK BALANG
GAMBAR : ZAKARIA IDRIS DAN FAKHARUDDIN ( PELATIH PERETAK ) / PEMBERITA : SUHANA VELU ( RENCANA KOSMO ) Utusan Melayu (M) Berhad

 SESI TEMURAMAH KALI PERTAMA pada 24 Jan 2013

 JURUFOTO YG DATANG ambik gambar UTK INTEBIU...

 SUHANA VELU ( RENCANA KOSMO )
YANG MEMBUAT LIPUTAN TENTANG KEK BALANG
TERIMA KASIH SU...
 
Sebenarnya ni kali kedua pd 5 Feb 2013 sesi bergambar utk kek balang...
bukan senang nak ambik gambar produk yang berkualiti... pakar fotografi pun berjam2 juga ambik gambar kek balang ni.... :)

alhamdulillah, akhirnya tersiar juga dalam KOSMO... Jumaat 15 FEB 2013

lepas tersiarnya dalam KOSMO, chintaku terima panggilan tak henti2 dari pagi hingga ke malam... alhadulillah.... mencurah2 rezeki kek balang ni...

06 Februari 2013

PLAN DULU, TAK JADI KIRA LAIN

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


rancang mcm nak gi Bandung tahun ni... buka Airasia jumpa pula tiket yg murah, kalau boleh nak murah lagi... kot dapat RM100 pi balik lagi bagus... :)xcited giler bila dapat murah mcm ni...

time cuti sekolah ni kira bagus jugalah... bleh la satu family g semua... :)
tapi... tapi..... tapi...
nak kena kira bajet jugalah...
mau 5 orang semua...
nak kena plan betoi2 ni.... memanglah tiket murah kan... :) al maklumlah... awal tahun bajet utk buat reno umah dah terlebih bajetlah pula... siap modal butik lagi.... tu pun ada hati nak g jalan2... takkan jalan2 jer... nak lah shopping bagai...singgah sana singgah sini...

takpalah.... sebagai panduan untuk liza... manalah nak tau, simpan RM lebih2 lagi utk g sana hujung2 tahun ke kalau ada promosi lagi... bleh lah menggila bagai shopping tak hinggat langsung...

Kita kira kos ke Jakarta pergi dan balik untuk bulan 3 ni.... aduhai... tak sempat nak kumpul RM ni..
kita kira je lah time mood bagus nak kira.... untuk satu family kami 5 orang sahaja...

takda pasport kena buat dulu lah yer baru bleh booking tiket...
gambar pasport = RM50
PASPORT RM100 untuk 2 tahun = RM500
TIKET AIRASIA PERGI BALIK RM166 = RM830

baru nak pergi dah RM1380
memang murah... huhuuhuuuuu...

kita kira hotel lah pula.... cari kat Agoda.com dan pak google...
mesti berdekatan ngan tempat shopping, penting tu.... HOTEL yang dekat ngan PASAR BARU...

Orange Home's Syariah Famili dengan sarapan (Family room ( 4 adults ) with breakfast)
RM235 PROMOSI RM82 semalam
RM81.61X 6 malam = RM489.63
sarapan disediakan...

HOTEL KENANGAN

280 ribu rupiah sahaja.... RM89.38 kira2 macamtu ler bila tukar ke RM..
RM89.38 X 6 malam = RM536.28


UNIQUE GUESTHOUSE 1
Jl. Ence Ajis No. 34, Kota Bandung, Bandung, Indonesia 40181
harga yang paling murah jumpa ni....
RM34.44X 6 malam = RM206.64
tambah katil utk 6 malam RM84.66
TOTAL RM 291.30

 UNIQUE GUESTHOUSE 2
sama macam harga atasni...


 Pop! Hotel Bandung Festival CTLink
RM76.30 X 6 malam= RM457.80
Tapi takdo tambahan tilam... 
  
YANG MANA SATU PILIHAN KELBU....
 
pilih yang mana ok dan keselesaan tu yang penting.... nanti nak servey lagi.... :) dah jam 3 pagi ni...
tambang teksi atau sewa kereta, makan minum belum dikira lagi.... 
nak ke satu2 tempat tu mesti ada tiket masuknya... :) semua yg kecik2 tu perlu dikira juga....
utk org yang berwang, pasti tak kisah semuanya... nak pergi mana pun tak kisah... 
kami bukan orang berwang... tapi ber RM je... :)
jangan pandang pada harga tiket kapal ja.... ingat bawa anak2... selangkah je berjalan... pasti ada je yang nak dibelinya.. ibu nak ni... ayah nak tu.... nakni naktu.... naktu nakni.... sabar2.... 
nanti ayah kira bajet dulu.... :)
selamat berkira2 yee chintaku.... :) 

31 Januari 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH 2013

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Di kesempatan ini kami RN IDEAL ENT ingin mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH...
2013
 kepada yang bercuti esok selamat bercuti.. yang kena berkerja selamat menjalankan tugas masing2...



Hari Wilayah Persekutuanatau dikenali Hari Wilayah ialah cuti umum di Wilayah Persekutuan, Malaysia. Ia disambut di 3 wilayah ini iaitu  
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada setiap 1 Februari setiap tahun. 
Tarikh ini bersempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974. 
Kuala Lumpur sebelum itu merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.

Tema bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah
'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta untuk sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak pada 2 Februari ini.
 Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, Peruntukan lebih besar dikeluarkan pada tahun ini bertujuan mengajak warga wilayah itu menghayati erti sebenar Hari Wilayah Persekutuan.

Pelbagai acara dan tawaran telah diatur sempena sambutan itu antaranya :

cabutan bertuah untuk orang ramai.

1 Februari, diskaun diberikan untuk bayaran masuk ke Aquaria KLCC, Berjaya Times Square Theme Park, Menara KL, Taman Burung Kuala Lumpur dan tambang bas KL Hop On Hop Off dan bayaran masuk ke Menara KL.

 Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 2 Februari

Kenduri 1Wilayah secara serentak buat kali pertama di kesemua 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 17 Februari

tawaran dan diskaun istimewa antaranya kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan kadar bayaran RM30 bermula 1 Februari hingga 28 Februari.

 Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan DBKL seperti gelanggang sukan, padang bola sepak, kolam renang, skuasy dan gimnasium serta menaiki bot dan kuda di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan Februari.


info dari www.sinarharian.com

20 Januari 2013

RESEPI - RED VELVET DALAM BOTOL

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA...

KEK RED VELVET DALAM BOTOL

RESEPINYA :

Sebelum tu sediakan BUTTERMILK
120g susu cair
2 sudu pewarna merah
1/2 sudu besar cuka makan
cara : campurkan susu cair dan cuka, kacau dan masukkan pewarna makanan dan kacau.

Bahan2 
125g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk koko
kekacang seperti walnut, badam cincang @ buah-an2 kering
 cara : ayak kesemua bahan dan gaulkan kekacang seperti walnut kedalam tepung tadi...

 60g mentega
75g gula halus
1 biji telur
sedikit perasa vailla
cara : 1. mixer semua bahan kemudian baru masukkan telur. mixer/pukul hingga kembang.
2. masukkan bahan tepung yg diayak berselang seli dengan buttermilk sehingga habis kedalam bancuhan mentega tadi.
 3. dalam bekas kecil yg lain masukkan 1/2 sudu teh baking powder dan campurkan dengan 1/2 sudu teh cuka. kacau sehingga buihnya habis dan masukkan kedalam adunan tadi.

masukkan adunan dlm loyang kecil, bakar pada suhu 170c mengikut suhu oven masing2 selama 20 minit sehingga masak.

CREAM CHEESE
125g keju
50g mentega
40g gula ising
cara : mixer/pukul sampai kembang

setelah kek siap dimasak, tunggu sejuk dan boleh deko dan masukkan kek ke dalam botol berselang seli dengan krim keju/cream cheese...

gambar dari regular customer along n syam
suami isteri yg memang suka red velvet...

 




SELAMAT MENCUBA....

KEKDIHATIKU LIVE ON RTM


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 PADA 10.01.13 KEKDIHATIKU telah dijemput oleh RTM dalam segmen SELAMAT PAGI MALAYSIA untuk demo cara menghias kek dalam botol... Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan walaupun saya tak berapa sihat dengan batuk dan sakit tekak.... tapi pagi tu alhamdulillah, Allah swt memberi kesihatan yg baik...
time ni lah nak batuk2... :) malam tu juga minum air asam jawa bercawan2... mengharapkan kesihatan tekak yg baik... pagi tu kalau saya masih juga batuk2 rasanya chintaku lah yg take over live jam 9 pagi tu.... :)


Alhamdulillah, chintaku sentiasa memberi sokongan, semangat dan dorongan....
tq laling... :)

VIDEO DIAMBIL DARI FATIMAH KAWAN LIZA...
THANX KAKNGAH...





 ramai yg SMS minta resepi RED VELVET....
nanti saya akan update dalam masa terdekat insyaallah...
terima kasih diatas sokongan anda semua....

untuk tempahan  
RED VELVET CAKE IN JAR
RM8.00 /JAR
MINIMUM ORDER 4 BOTOL

TELEFON UTK PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN
019-5720120 
TERIMA KASIH 
wassalam...  

23 Oktober 2012

BERI PERHATIAN PADA LINUS...!!!

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
APA KE BENDANYA LINUS TU....?

liza baru jer tau pasal linus melinus ni masa g bawa angah ujian darjah 1 kat sekolah barunya... masa tunggu angah, ibu bapa kena lepak.... opsssss... kena berhimpun kat dewan... dengar segala info2 terkini.... terutamanya nya pasal LINUS n DATA...
baru ku tahu... lembap betoilah ibu ni... huhuhhhu...lepastu dapat surat dari cikgu pra sekolah angah... 29 dan 30.10.2012 angah ada ujian LINUS PRA SEKOLAH.
dah mula dari pra sekolah ker? baru lah tahu... ishhhh... sorry morry yer angah...
tapi masa g dewan pra sekolah takde cerita bab LINUS ni pun...
Bila diingatkan zaman sekolah liza dulu, dok ABC masa darjah 1 tu... tapi sekarang budak2 dah boleh membaca dengan lancar....
DARJAH 1,2 DAN 3...

angah beratur kelas 1, nak g ambik ujian...

dah abih ujian baru bleh naik atas

LINUS
LI (Literasi),  
NU (Numerasi) 
S (Screening – Saringan).
 Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

APA PULA LITERASI?
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI ...
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 
Seperti yang dimaklumkan kat sekolah angah... ujian LINUS akan disaring 3-4 kali dalam tempoh setahun
MAC 2013...
ujian keupayaan membaca dan menulis huruf vokal, konsonan dan suku kata...
APRIL 2013
ujian bertulis dan bina ayat tunggal...
contok macam ada gambar kereta... angah kena buat 3 ayat dari gambar tersebut...
contoh ayat macam ni ler lebih kurang...
1. Ini kereta ayah saya.
2. Kereta ayah saya warna merah.
3. Ayah hantar ke sekolah dengan kereta.
JUN dan SEPTEMBER pun ada ujian.
setiap ujian yang dijalankan untuk melihat keupayaan pelajar mengenal, membaca, dan menulis ayat dengan mudah berdasarkan gambar atau bahan rangsangan... sekiranya angah tak kenal huruf, kelas perhatian lebih akan diberikan... kalau angah dah boleh menulis dan buat ayat dengan bagus, angah akan dinaikkan kelas... kelas yang budak2 terror... lebih kurang macam tulah... setiap kali dapat keputusan, kelas akan dirombak, budak2 akan bertukar2 tukar kelas... ermmmmm..... taktaulah camner nanti keadaannya...
samalah macam ujian NUMERASI... 
baca, tulis dan kira 1-100...
tambah tolak dah kena mula faham
duit pun kena tahu juga.. nak kena ajar angah macam mana nak kira RM dan syiling dah ni...
nanti tak pasal2 dok kelas bawah pula... huhuhuuhuhhu... agak2 okey ke kalau dok sekali ngan pelajar2 yang semua tak reti.... :(

lebih kurang mcm ni ler soalannya...

kat sini data yang cikgu2 LINUS kena update
cerita pasal DATA pula...
APDM (Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid)
bertujuan untuk memusatkan maklumat murid daripada Tahun 1 hingga ke Tingkatan Enam.   Aplikasi ini akan menjadi aplikasi tunggal yang akan menyalurkan maklumat berkaitan murid untuk tujuan operasi atau pengurusan dan pentadbiran. Ini adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk mengintegrasikan semua sistem yang ada di KPM. Sebagai permulaan, pangkalan data asas sistem ini telah diujudkan berdasarkan maklumat daripada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Maklumat Murid (SMM). Oleh itu pihak sekolah hanya perlu mengemaskini maklumat yang minima sahaja kerana kebanyakan maklumat tersebut telah sedia ada di dalam APDM. Selain daripada itu, APDM turut menggunapakai data-data daripada Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) bagi pendaftaran murid ke Tahun 1.  Disamping itu, KPM turut bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi meningkatkan  integriti data.
info KPM 
dapat borang masa daftar anak kat sekolah... dah hantar pun...
semuanya dah online... masuk je nama anak, dah tahu anak tu sekolah mana, gaji mak ayah dia berapa...
ibu bapa isi borang jer lpastu hantar kat sekolah... nanti adalah cikgu2 nya yang masukkan data dalam online... cikgu tu je yg ada password yang bleh buka n masukkan data...
jadi info yang kita berikan tu pastikan yang betul yer... semuanya dihujung jari jer... :) 
cikgu cikgi bleh tahu maklumat ayah dan ibu... :)
:)

hari tu juga sesi pindah memindah barang...
 banyak betoi barang2 umah termasuklah barang2 bakery ku...
chintaku yang uruskan pagi tu... liza bawa angah ke sekolah...
lps balik dari sekolah terus masak memasak untuk diorang yang datang tolong...
terima kasih pada semua....


16 Oktober 2012

46 TAHUN ATM MENANTI

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
11 OKTOBER 2012
"Tahniah buat semua pemain ATM bermain demi negara menyikirkan Singapura...
kami warga Malaysia menyokong ATM "
kata2 semangat dari salah seorang anggota, sapa lagi kalau bukan si diaaaaa... terus taip kat FB...
masa ni ATM lwn Singapore...
penalti 5-4, 2-2 secara agregat selepas masa tambahan...
dengan kemenangan yg ATM dapat hari tu... diorang dapat ler nanti habuannya....
Kolonel Kehormat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sultan Ahmad Shah mengumumkan habuan RM50,000 kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
 syioknyer... menaikkan semangat lagi tu... kalau liza pun nak juga... sapa yg taknak kan... :)
meloncat2 kegembiraan chintaku melayan bola sambil menahan perasaan nak menjerit2 sbb time tu anak2 pun teman ayahnya tengok bola tapi diorang dah tido kat tepi ayahnya......
hehhheheh... liza tak berapa sangat layan bola... adakala syiok tengok, adakala bolehlah...bolehlaaaa... ikut je apa yg chintaku sokong n suka pasukan mana... 
kalau baju bola pun selalu chintaku yg belikan untuk sefamily... :) 
teringat masa dok kat Penang, ada perlawanan bola kami niaga burger kat stadium... time perlawanan mula, chintaku akan masuk dalam stadium tengok... liza dok kat luar jaga gerai... sebelum game habis chintaku dah keluar siapkan burger banyak2 dan air pun siap cedok... 
best la time orang keluar, lapau n dahaga ler... selalu game yg ramai penyokong mesti sold out punyer...

final ni dah plan chintaku nak bawa satu family... hati tu memang nak ikut juga... tapi bila pikir balik nak bawa hero2 dua orang ni... nak tengok bola ke nak tengok depa nanti.... hero2 ni nanti buat kacau ayahnya nak bagi tumpuan 100%... sebab selalunya pergi mana2, hero2 ni yg akan ikut ayahnya, ibunya lenggang kangkung jer... ^_^... sebab tu bila time shopping syiok je... diorang berkepit ngan ayahnya...

20 OKTOBER 2012, FINAL ni buat kat STADIUM SHAH ALAM...
dan pagi tu jugalah liza teman angah kena ambik ujian untuk darjah 1 kat sekolah baru... camner lah angah ni bila jawab exam... harap2 dia buat yg terbaik... 
dan time pagi tu jugalah kami nak angkat mengangkat barang2 semua pindah ke rumah baru... pindah barang part 2 pula, kali ni banyaklah barang2 nak diangkut guna 3tan ATM ler... haritu sewa lori 1 tan jer... 
larat ke chintaku nak g tengok final tu... esoknya tu mesti confirm punya ngan suara serak2... selalu mcm tulah... time tengok bola tak hingat dok bg sokongan.... esok suara rock ler tu... apa2 pun take care yer... isteri2 ATM bagi sokongan kat umah je lah... ^_^

TAHNIAH buat ATM yang dpt ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1966.
lamanya menunggu penantian tu... harap penantian ini dapat memberi semangat yg kuat untuk beroleh kemenangan pula...insyaallah, diorang pasti berusaha...
semoga berjaya buat pasukan ATM...

gambar ni masa anak2 ikut ayah g tengok bola bulan Julai 2011
bab bola selalu ikut ayah diorang, nanti diorang tanya " ayah sokong yang mana?, 
warna putih ke kuning ke biru ke?...
warna baju je diorang tanya... dan yang pasti selalu tanya ayah, Malaysia yang mana???.. 
tetap sokong pasukan Malaysia... 
kami sefamily semua dilahirkan di negeri Perak DR... jadi jawapan ada diminda anda... 
pasukan mana yang kami sokong yer???.... :) 
semoga berjaya, insyaallah...
kalah dan menang adat permainan...
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
WASSALAM...

11 Oktober 2012

KALENDAR CUTI2 MALAYSIA 2013

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Mungkin ramai yang mencari-cari Kalendar Cuti Umum dan Cuti Persekolahan 2013, ataupun liza je yang baru tercari2 hari ni.... ^_^
liza dah jumpa dekat laman web rasmi untuk cuti sekolah...

 liza kongsikan Takwim Cuti Umum Malaysia dan Negeri 2013
Malaysia School Holiday & Malaysia Public Holidays 2013 Calendar.
Untuk makluman tarikh yang dimaksudkan mungkin berubah dari masa ke semasa boleh try tengok kat laman web tu... kot2 lah ada perubahan terjadi...

ni kalendar untuk panduan liza... area SELANGOR...
anak2 korang sekolah ikut kumpulan mana? bleh tengok kat situ dah ada note...

KUMPULAN B


 ni untuk kumpulan A... KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU


DAH BOLEH MERANCANG NAK HOLIDAY KAT MANA TIME CUTI SEKOLAH NANTI...

Liza pun nak kena rancang juga ni...
tapi selalu jer tak terancang... ikut suka hati jer...
kali dah tak boleh mcm tu...
3 orang anak dah sekolah tahun 2013 ni...
time cuti sekolah pun hot order juga...
so kena buat satu date yg khas utk kami sekeluarga bercuti...

CUTI SEKOLAH
CUTI KERJA
CUTI DARI AMBIK TEMPAHAN

TARIKH CUTI NEGERI YG BOLEH CUTI
1 Jan (Tue) TAHUN BARU 2013 All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun) Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
24 Jan (Thu) Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun) Chinese New Year National
11 Feb (Mon) Chinese New Year (2nd Day) National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
15 Apr (Mon) Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri) Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May (Wed) Labour Day National
7 May (Tue) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Fri) Raja Perlis' Birthday Perlis only
24 May (Fri) Vesak Day National
30 May (Thu) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Fri) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Sat) Agong's Birthday National
1 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sun) Hari Gawai Sarawak only
6 Jun (Thu) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun) Georgetown World Heritage City Day Penang only
10 Jul (Wed) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang only
20 Jul (Sat) Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only
26 Jul (Fri) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu) Hari Raya Puasa * National
9 Aug (Fri) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Sat) National Day National
8 Sep (Sun) Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
16 Sep (Mon) Malaysia Day National
5 Oct (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah only
12 Oct (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca only
15 Oct (Tue) Hari Raya Haji * National
16 Oct (Wed) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu) Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
3 Nov (Sun) Deepavali National except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
11 Nov (Mon) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
12 Nov (Tue) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
22 Nov (Fri) Sultan of Johor's Birthday Johor only
10 Dec (Tue) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
11 Dec (Wed) Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 Dec (Wed) Christmas National
* Subject to change



RUJUKAN : Malaysia Directory
semoga segala perancangan dipermudahkan... insyaallah...
kita hanya merancang... hanya Allah yg tahu, Dia yg menentukan segalanya...

jika ada kesilapan, maafkan liza... liza akan cuba perbaiki...
ini adalah untuk rujukan kami... HARAP MAKLUM....

WASSALAM...

10 Oktober 2012

SUNAT BAGI NAMA ANAK YG MENINGGAL DLM KANDUNGAN

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 Sekadar perkongsian bersama untuk saya dan rakan2.. Sunat hukumnya meletakkan nama bagi bayi yang meninggal dalam kandungan (gugur), 3 bulan ke atas... Biarpun sebelum ini ada yang antara kita belum meletakkan nama biarpun dah lama dikebumikan, 
kita boleh bagi nama kepada bayi kita yang “gugur” itu sekarang bila kita dah tahu.

 BOLEH LIHAT LINK DISINI
YOU TUBE
Ini kerana di padang masyar nanti nama anak kita akan dipanggil dengan nama yang diberi oleh kita… 
Kalau kita tak tahu jantina bayi kita yang gugur itu, kita boleh letakkan nama yang boleh di guna pada perempuan atau lelaki... ianya satu keperluan yang patut kita tahu sebagai ibu bapa...
insyaallah...



Allah Ta’ala berfirman kepada Jibril, Alaihis Salaam:  
“Pergilah dan ambillah ayah-ayah mereka dan ibu-ibu mereka dari mana-mana sahaja mereka berada, lalu serahkanlah mereka kepada anak-anak mereka, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah mengampuni dosa-dosa mereka dengan syafaat anak-anak mereka, dan masukkanlah mereka bersama-sama anak-anak mereka masing-masing ke dalam syurga. “

CARANYA :
ayah mengadap KIBLAT
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
 " Aku namakan anakku yg meninggal dalam kandungan dulu 
sebagai (nama anak) bin/binti (nama ayah)."

nama anak liza yang meninggal dalam kandungan ketika 5 bulan lebih tak tahu jantinanya

NUR SYAHMI
maksud nya
cahaya, terpuji, berani
 
IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 
Sunat dituntut untuk melaksanakan aqiqah bagi anak yang dilahirkan dan sudah diberi nama. Untuk anak yang meninggal tidak cukup bulan (mati dalam kandungan) tidak perlu diaqiqahkan kerana anak tersebut memang sudah dijanjikan syurga...

Nabi SAW bersabda: "Sembelihlah aqiqah atas nama si bayi dan cukurlah rambutnya."


Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” 
(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

sumber dari

Halaqah
blogcayalah
korbanaqiqah





TAFSIR AL-QURAN

04 Oktober 2012

SIAP RM JE BLEH TEMPAH YG LAWA2

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

APA YANG LAWANYA...?
NAK TEMPAH PAGAR GRILL LAH PULA....
servey2 harga dan design yang menjadi pilihan dimata ni... kat pintu depan ruang tamu dah ada grill, cuma yang pagar tuan umah tu dah bagi rosak, dah crita pasal anak dia langgar ngan kereta... so orang yg datang nak buat baru tu kami dah tanya harga kat dia...
ribu raban juga nak buat sekali ngan grill yang kat depan bilik tambahan tu...
akhirnya kata sepakat membawa berkat... buat sekali lah kat sliding door tu... buat pagar je lah...
pilihan hati nak design macam ni...
servey kat intenet pattern yang berkenan dimata hati..

 liza berkenan pattern yg macam ada kayu kat belah bawah tu..
taknak bunga design berselerak mcm dlm gmbar ni...

wrought iron wood gate

lebih kurang macam dlm gambar ni juga...
bunga dia kat tengah2... tapi taknak bunga ni...

 lebih kurang macam ni lah terletaknya bunga tu...
antara besi2 tu... tapi taknak bunga ni....
 

terjumpa bunga rose... mcm nilah liza nak.... tapi bila sampai kat umah tu, sampai sana baru perasan, jiran sebelah dah buat design mcm ni bunga rose kuncup, takmo lah sama... alahai nak kena cari bunga rose mekar lah pula... server lagi, lpstu tanya kat org yg nak buat ni, dia kata ada... yeayyyy!!!! 

nak macam ni..... tp bunga mekar lah yer....

 macam ni lah... bunga mekar.... nak yang ni... tp chintaku dah bgtau nak warna gold...
kalau warna merah utk bunga n warna hijau daun, ok juga... sama mcm jiran lah.. tak kisahlah warna apa pun... yg liza tau nak bunga mekar juga... 
bunga rose mekar yang tak kuncup2... dan tak layu :)
gambar kat atas tu adalah utk pelamin

chintaku tempah kat Klang... nanti liza tanya alamat, sebab semua urusan ni chintaku yg buatkan..
liza pilih jer...
harga pun berpatutan, mungkin sebab tolak sekali dgn duit kakak tu yg kena buat lain.. sbb tu jadi murah kot.... :) alang2 nak buat lain pattern biasa jer, baik tambah sikit RM untuk dpt yg ok n cantik mata ku memandang...
kebanyakan gambar ni liza ambik kat blog ni
minta maaf yer tuan umah, tak habaq ambik gambar... tapi saya promosi untuk awaklah yer...
terima kasih yer...
sesiapa yang dok area PAHANG yang berminat nak tempah kat org melayu kita,
bleh tengok blog dia...
atau telefon terus 
cth gambar pun banyak, dah kebanyakan gambar dah siap ngan harga
BENGKEL ABASSA ENTERPRISE
Hp : 012-9812449 / 017-9735306
Office : 09-4221434

En Mohd Sakimi @ Pn Zarida
@ email us at zarida@shahputra.edu.my
 
172 KAMPUNG KETAPANG TENGAH
PEKAN , PAHANG DARUL MAKMUR
 
tak sabar nak tunggu siap...
kalau dah siap nanti liza update, insyaallah... 
Terima kasih

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE