لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
APA KE BENDANYA LINUS TU....?
liza baru jer tau pasal linus melinus ni masa g bawa angah ujian darjah 1 kat sekolah barunya... masa tunggu angah, ibu bapa kena lepak.... opsssss... kena berhimpun kat dewan... dengar segala info2 terkini.... terutamanya nya pasal LINUS n DATA...
baru
ku tahu... lembap betoilah ibu ni... huhuhhhu...lepastu dapat surat
dari cikgu pra sekolah angah... 29 dan 30.10.2012 angah ada ujian LINUS
PRA SEKOLAH.
dah mula dari pra sekolah ker? baru lah tahu... ishhhh... sorry morry yer angah...
tapi masa g dewan pra sekolah takde cerita bab LINUS ni pun...
Bila diingatkan zaman sekolah liza dulu, dok ABC masa darjah 1 tu... tapi sekarang budak2 dah boleh membaca dengan lancar....
DARJAH 1,2 DAN 3...
angah beratur kelas 1, nak g ambik ujian...
dah abih ujian baru bleh naik atas
LINUS
LI (Literasi),
NU (Numerasi)
S (Screening – Saringan).
Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
APA PULA LITERASI?
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan
ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan
komunikasi harian.
NUMERASI ...
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami
idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Seperti yang dimaklumkan kat sekolah angah... ujian LINUS akan disaring 3-4 kali dalam tempoh setahun
MAC 2013...
ujian keupayaan membaca dan menulis huruf vokal, konsonan dan suku kata...
APRIL 2013
ujian bertulis dan bina ayat tunggal...
contok macam ada gambar kereta... angah kena buat 3 ayat dari gambar tersebut...
contoh ayat macam ni ler lebih kurang...
1. Ini kereta ayah saya.
2. Kereta ayah saya warna merah.
3. Ayah hantar ke sekolah dengan kereta.
JUN dan SEPTEMBER pun ada ujian.
setiap ujian yang dijalankan untuk melihat keupayaan pelajar mengenal, membaca, dan menulis ayat dengan mudah berdasarkan gambar atau bahan rangsangan... sekiranya angah tak kenal huruf, kelas perhatian lebih akan diberikan... kalau angah dah boleh menulis dan buat ayat dengan bagus, angah akan dinaikkan kelas... kelas yang budak2 terror... lebih kurang macam tulah... setiap kali dapat keputusan, kelas akan dirombak, budak2 akan bertukar2 tukar kelas... ermmmmm..... taktaulah camner nanti keadaannya...
samalah macam ujian NUMERASI...
baca, tulis dan kira 1-100...
tambah tolak dah kena mula faham
duit pun kena tahu juga.. nak kena ajar angah macam mana nak kira RM dan syiling dah ni...
nanti tak pasal2 dok kelas bawah pula... huhuhuuhuhhu... agak2 okey ke kalau dok sekali ngan pelajar2 yang semua tak reti.... :(
lebih kurang mcm ni ler soalannya...
kat sini data yang cikgu2 LINUS kena update
cerita pasal DATA pula...
APDM (Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid)
bertujuan untuk memusatkan maklumat
murid daripada Tahun 1 hingga ke Tingkatan Enam. Aplikasi ini akan
menjadi aplikasi tunggal yang akan menyalurkan maklumat berkaitan murid
untuk tujuan operasi atau pengurusan dan pentadbiran. Ini adalah
selaras dengan hasrat kementerian untuk mengintegrasikan semua sistem
yang ada di KPM. Sebagai permulaan, pangkalan data asas sistem ini
telah diujudkan berdasarkan maklumat daripada Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS) dan Sistem Maklumat Murid (SMM). Oleh itu pihak sekolah
hanya perlu mengemaskini maklumat yang minima sahaja kerana kebanyakan
maklumat tersebut telah sedia ada di dalam APDM. Selain daripada itu,
APDM turut menggunapakai data-data daripada Sistem Maklumat Prasekolah
Kebangsaan (SMPK) bagi pendaftaran murid ke Tahun 1. Disamping itu,
KPM turut bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi
meningkatkan integriti data.
info KPM
dapat borang masa daftar anak kat sekolah... dah hantar pun...
semuanya dah online... masuk je nama anak, dah tahu anak tu sekolah mana, gaji mak ayah dia berapa...
ibu bapa isi borang jer lpastu hantar kat sekolah... nanti adalah cikgu2 nya yang masukkan data dalam online... cikgu tu je yg ada password yang bleh buka n masukkan data...
jadi info yang kita berikan tu pastikan yang betul yer... semuanya dihujung jari jer... :)
cikgu cikgi bleh tahu maklumat ayah dan ibu... :)
:)
hari tu juga sesi pindah memindah barang...
banyak betoi barang2 umah termasuklah barang2 bakery ku...
chintaku yang uruskan pagi tu... liza bawa angah ke sekolah...
lps balik dari sekolah terus masak memasak untuk diorang yang datang tolong...
terima kasih pada semua....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan