لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
Sebenarnya awal2 lagi dah shopping lampu, mengikut calendar di facebook, liza ambik gambar masatu 6 April 2012, esoknya anniversarry kami... belum lagi tengok umah tu dah shopping lampu dulu, rumah pun belum tukar nama lagi... liza suka lampu yang biasa2 jer untuk letak diruang tamu... tak delah lampu yang terjuntai2 ada kaca2.. berkilau2 batu berlian tu....
sebelum tu servey kat google, intenet kan ada, cari kedai lampu... harga yang murah2... ada terbaca kat blog sapalah... tak ingat pula. dia bgtau kat area puchong (Bandar Puchong Utama – Jln BPU 6) dah jumpa kedai tu.. so liza dah ambik gambar kedai tu... tp kat dalam kedai tu takdelah sangat nak ambik gambar.... bila masuk jer.... memang lampu gantung harganya murah2 belaka.... ikut bajet liza nak cari yang bawah Rm100... kalau yang berkenan tu ada lagi murah, memang liza akan ambik.... lampu hiasan kat sini, harga tak termasuk sekali dengan mentol....
nak cari tapi taktau kat mana kedai ni... tu dlm gambar ada nombor telefon....
No. 33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, Puchong
Selangor, 47100
Selangor, 47100
hari ahad sampai pukul 5ptg
isnin cuti....
macam2 lampu ada kat kedai ni... nak cari lampu gantung, kepala pun mendongak jer, sampai lenguh leher ni... dengan bawa hero 2 orang ni tak reti2 nak dok diam2.... risau pula nanti abih jatuh berderai... bayar yang pecah... lampu apa pun tak bleh beli.....
bila masuk kedai lampu ni, mesti lah rambang mata dengan lampu2 yang ada... nak yang, nak macam ni... lpstu tak jadi pula, nak pesyen lain pula, mana satu yang nak ni... lama juga dok pilih memilih ni
ni pun gambar ambik kat fb liza, gambar yg save kat hard disk computer dah rosak... nasib baiklah ada juga.... save baliklah...
yang gambar kat atas tu angah tengah possing, kat situ ler counter bayaran, nak bayar pun ikut nombor giliran tau.... pekerja pun ramai, yg datang beli lagi lah ramai... customer dtg jer, mesti ada sorang yg akan layan karenah kita.. mau lampu apa... mau mcm mana.....
semua ada...pilih saja yang mana berkenan...
korang tengoklah harganya...
tapi lampu mcm ni liza tak minat... jenis yang ada kaca2 ni...terjuntai2..
yang dapat lampu gantung untuk ruang tamu, dapur dan bilik hero2 ku ini....
lampu bilik angah n adik
ruang tamu
lampu dekat laluan bilik ke dapur
lampu dapur pilihan liza dan chintaku..
sehati sejiwa..
lampu dekat laluan bilik ke dapur
lampu dapur pilihan liza dan chintaku..
sehati sejiwa..
24 SEPTEMBER 2012
lepas dah confirm dapat rumah, kami cari lampu lagi.... mula2 pergi kedai Houses Lighting tu, tapi tutuplah pula... rasanya hari isnin kot dia tutup kedai... lepastu terus g dekat Tesco Puchong... kat situ ada satu kedai harga pun murah juga... tapi lampu yang jenis downlight, lampu dinding n lampu kat tembok2 tu... harga memang dah sekali dengan mentol... kalau kat Houses tu harga tak termasuk ngan mentol, tapi jenis lampu downlight yang bla2 tu mahal sikit jer.... kami dapat cari yang casing yang ada penutup kaca tu dengan harga yang murah siap sekali ada 2 lampu RM15.90... jadi beli case kosong RM6.50... setiap casing letak 1 lampu jer, boleh adjust letak mentol kat tengah...ada 4 lampu downlight kat ruang tamu.....downlight yang jenis kosong takde cermin pun beli juga RM8.90...
lupa nak ambik gambar kedai tu... lampu study kat bilik kaka satu yg murah2 jer beli RM29. warna merah kalau tak silap....
kipas pun beli kat situ juga, beli kipas biasa saja untuk ruang tamu tapi yang warna hitam...
tak minatlah lkipas yang ada lampu2 tu... korang minat blehlah beli... ada juga gerenti motor kipas yang sampai 10 tahun....
Top Ten Lightings Sdn Bhd
No 1-G, Jln Bdr 3,
Pusat Bandar Puchong,
47100 Puchong
No 1-G, Jln Bdr 3,
Pusat Bandar Puchong,
47100 Puchong
03-58824606
selang beberapa hari pi lagi kat Houses Lighting... nak beli lampu gantung lagi satu... lepas buat siling kapur tu, lampu gantung tu seeloknya letak 2, kat tengah2 tu kipas .... shopping lagi sekali lampu, kali ni pilihan chintaku... bagilah peluang nak pilih.. hehhehhe... nanti merajuk pula... opssss... sapa yang merajuk sebenarnya... :)
chintaku berkenan yang ni.. RM99
liza berkenan yang ni... tapi takpalah.. yg lepas2, semuanya liza yang pilih... :) harga pun sama juga
tunggulah kot, alhamdulillah lampu kat ruang tamu dah siap dipasang... sekarang tengah tukar siling baru untuk bilik2 yang dimamah anai2...
tunggu lepas ni pula... nak shopping apa yer... Rm oh RM... banyak nyer keluar RM, laju jer mengalir macam air terjun....