02 Oktober 2012

ALHAMDULILLAH, DAH TUKAR NAMA

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Alhamdulillah, rumah yang kami beli dah pun ditukar hak milik ke atas nama kami berdua... jadi kakak yang jual tu dah tak ada kena mengena dgn kami, sejak berurusan rumah tu, kami memang tak kenal dengan tuan umah ni, segala urusan jual beli diuruskan oleh

PEGUAM
MB HARYADI & COMPANY
... urusan jual beli ni sebenarnya mudah, jika semua urusan kerja dilakukan dengan beretika...yang menjadi lambat dan bermasalah adalah dari pihak insuran yang famous tu, insuran tu ok, agen dialah yang lambat buat kerja, dah report pun masih lagi tak tukar2 orang...  terima kasih pada pihak bank MUAMALAT yang sudi memberi pinjaman pada kami, itupun kakak chintaku yang sudi menjadi gerento baru lah loan boleh lepas, tima kasih nyah, sebelum ni memang susah nak dapat pinjaman dari bank2 lain, almaklumlah komitmen kami ni tinggi juga... 
chintaku sorang jer yang berkerja dan mempunyai slip gaji... kereta pun 2 biji atas nama chintaku, walaupun kereta waja tiap2 bulan ayah liza yang bayar, tapi bank tak ambik tahu hal tu... dan sebiji rumah lagi chintaku dah beli dikampung dan mak ayahnya yang tinggal disitu, jadi bila raya kami akan berkumpul disana...

satu hal pula nak kena bereskan dengan KAK K (singkatan nama utk kakak yg jual umah ni)... sebelum dapat duit hari2 dok mesej n telefon tanya soalan yang sama... bila akak nak dapat duit ni.. hello kak oiiiii,.... assalammualaikum... kami ni bukan beli cash, beli pun guna loan bank, guna lawyer... dah ler 80% je loan tu... nak kena keluar modal lagi... masa jumpa lawyer tu dah bagitahu, dlm tempoh 3-4 bulan baru selesai.. tak paham bahasa rupanya dia ni...
chintaku pula yang kena uruskan, ligan pula insurans, tanya bank, tanya lawyer...

al kisahnya, 12 SEPTEMBER 2012 payment dah keluar, jumpa lawyer... dan ingatan kami pada dia awal seminggu suruh KAK K pindah dan tinggalkan kunci kat lawyer...
bersemangat keesokan harinya g ambik kunci terus nak g tengok umah.. siap beli goreng pisang, kuih muih, air botol, air kotak utk anak2... nak tengok keadaan umah apa yang perlu diperbaiki.. ye lah, bkn umah baru, tapi umah yg dah ada penghuninya...
sampai je depan umah, tengok penuh barang2 lagi, kata ada brg sikit je lagi... sikit ke apa....
sesi luahan perassaan lah... diorang senang je minta maaf, sejak dari bulan 2 kak ooooooiiiiiii..... saya dok sabaq ni... kami bagi tempoh sampai minggu depan Jumaat ni kami nak akk keluar,
siap berjanji dengan akk tu, nanti nak pi potong nama api air, kita pi sekali, takyahlah nanti kami nak buat wirering tergendala pula, nak basuh2 umah lagi..
tapi Jumaat tu pun dia tak pindah lagi, sms minta tempoh sehari, telefon taknak angkat...
masalh betoi ngan akk ni....
sia2 je kena maki ngan chintaku, tak pernah2 dia nak marahkan org tak tentu pasal...
dia sms bagitahu dah g potong nama api dan air...
hampeh betoi.. haritu juga chintaku pi bawa smp masuk balik api air... dah ler tengah dok buat keja nak guna air nak guna api....

segala janji yang dia ckpkan langsung tak berguna....
pintu belakang dah pecah, nasib baik dia dah gantikan...
bab pagar pula, anak dia dah langgar ngan keta, janji nak buat baru... sampai je orang yg dia upah tu kata kak tu suruh repair jer, sorry ye kak... kami nak baru juga... janji tak ditepati langsung.. mcm biasa telefon tak nak angkat.
suruh hantar kunci pendua pun lambat, tu pun dia suruh orang lain yg hantarkan...
nampak mcm takut je nak dtg jumpa kami...
sebelum ni bila tanya umah ni ada masalah tak?... dia kata ok cuma tangki bocor...
ye lah kak ooooiiiii

kami dah masuk umah baru tau....
nak mengecat rumah, baru perasan rupa2 nya rumah ku penuh dengan kaum kerabat anai2...
habis satu siling umah dijamah anai2... kayu gambir tu bila kita ketuk bunyi pun dah kosong... siap boleh ketuk pecah dan habuk kayu jer... nak cari modal utk buat siling pula....

sabar je lah...

tapi alhamdulillah... seronok sangat bila nak masuk rumah ni... semoga segala dugaan dapat kami atasi... semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami... jauhkanlah kami dari hasad dengki, sesungguhnya kami berserah padamu Ya Allah...
RUMAHKU SYURGAKU...



i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE