لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
panduan, ingatan untuk saya dan keluarga....
Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa
hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa
hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar
Islam. Sempena kedatangan tahun Hijrah ini.
Kami sekeluarga KEKDIHATIKU mengambil
kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434, semoga pada
tahun ini kita mendapat kurniaan rahmat dan nikmat yang berpanjangan
daripada Allah SWT dari dunia hingga ke akhirat. Moga kita semua kekal
di dalam petunjuk dan hidayahNya, sentiasa di dalam keredhaanNya,
dimantapkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh
badan, diwaraskan akal fikiran dan kekal dalam peliharaan Allah SWT.... insyaallah....
amin....
Doa Akhir Tahun dibaca pada akhir waktu Asar,
atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H
malam ni yer... :)
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tema Sambutan Ma’al Hijrah 1434H/2012M
‘WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH’
Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba
bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah
pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.
terasa macam nak bernasyid pula....
jom hayati lirik nya.... :)
terasa macam nak bernasyid pula....
jom hayati lirik nya.... :)
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

1. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam
Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan
masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat toleransi beragama
apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling
berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah
mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan
melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
2. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada
prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan
aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini
juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur
masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya
konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
3. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud
sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan
perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama. Ia
juga bukanlah duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan
mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan
berlandaskan ajaran Islam.
4. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga memberikan
gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal
yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya
tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu
tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk
mengorbankan kepentingan individu.
5. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” sentiasa memberi
contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti
kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di
Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan
menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya
ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih
berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat
mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara
untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran
kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia
bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan
keberhasilan negara.
6. Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita
menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah
an-Nisa’ ayat 59:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah
ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih
elok pula kesudahannya.”
7. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” adalah mencontohi
pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW
yang menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh
terbaik sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap
kesederhanaan inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh
Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah. Kebijaksanaan
inilah yang amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang
akan menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara
Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.
wassalam...
sumber dari
http://www.islam.gov.my
http://sitik.wordpress.com
http://liriksemualagu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan