26 September 2013

RESEPI BISKUT LIDAH KUCING


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 Biskut ni dah lama famous amous masa bulan puasa,,, hari ni baru berkesempatan nak cerita... menarik tertarik ngan colourfull cookies ni, terus minta chintaku belikan loyang kat yen... 
saiz yg ada 32pcs ja bleh buat... 
rasanya kalau takda loyang pun mungkin bleh buatkan juga kot......
apa lagi tanya saja kat PAK GOOGLE... resepi biskut ni... 
terus dapat... tapi liza lebih suka intai dari blog kak wan....
resepi ni di ambik dr blog kakwan... TERIMA KASIH K1...
boleh cuba buat sendiri jika rajin... 
jika berminat untuk tempahan pun boley juga...
telefon/sms/wassap en nazrol 
019-5720120 
wassap liza
019-4741805





Biskut Lidah Kucing Pelangi
Olahan dari Resepi Fatmah Bahalwan Indonesia

Bahan-bahan

250g mentega
170g gula kaster
100g putih telur
200g tepung gandum (liza guna tepung red rose)
50g tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu
boleh guna satu bekas saja utk mewarna, takyah basuh banyak2 bekas... 

Loyang lidah kucing - di gris dengan mentega
boleh dari kat kedai bakeri, kat bakeri yen RM13 lebih kurang

Cara-caranya :

1.  tepung gandum di ayak bersama tepung jagung dan emplex dalam satu bekas kering.  Ketepikan

2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.  Masukkan tepung dan kaup balikkan adunan hingga rata.

4.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan. 
 Lebih kurang 125g untuk setiap warna...
 
 5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujung plastik.
 picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
6.  Bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20minit.  
Jangan biarkan adunan dibakar sehingga keperangan.

7.  Sejukkan dahulu baru di simpan di dalam bekas kedap udara. 

dah siap... boleh buat doorgift...

jika berminat untuk tempahan... boley saja...
telefon/sms/wassap en nazrol 
019-5720120 
wassap liza
019-4741805

1 ulasan:

kak gojes berkata...

Fofular sgt cookies ni..mesti sedap. Sy pon nk try buat ni

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE