11 November 2013

RESEPI : SWISS ROLL ZIRAFAH


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

 PAINTING WISS ROLL

sumber dari KAK WAN
RESEPI : SWISS ROLL ZIRAFAH
Bahan A
3 biji putih telur
50gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan B
3 biji kuning telur
15gm gula kaster
60g air
40g minyak masak
75gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan C
8gm serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar dari adunan (yang di ketepikan)****


CARA2 NYA…

1.      Lakarkan corak zirafah pd kertas minyak dan masukkan ke dalam loyang saiz 10 inci.
Nak senang print saja… kertas tu sapu minyak… letak dlm loyang, ambik sekeping lagi kertas minyak, takyah tekap ngan pen dah… terus je piping…

  sumber google
2.      BAHAN A
Pukul semua hingga kembang dan bertanduk. KETEPIKAN…

3.      BAHAN B
Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, tambah esen vanila, air dan minyak.  Pukul sebati dan masukkan tepung, kaup balikkan hingga rata. 
Simpan 2 sudu besar adunan (untuk corak zirafah).

4.      BAHAN A + BAHAN B + BAHAN C = Gaul hingga sebati

5.      Adunan Corak Zirafah
Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk.  Masukkan  2 sudu besar adunan yang di ketepikan tadi di ikuti dengan tepung gandum. Kaup hingga sebati. Gunakan piping bag untuk lakaran corak zirafah…
 
 6.      Bakar pada 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven.

7.      Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah tadi, ratakan

8.      Bakar sekali lagi pada suhu 190C selama 10-14 minit.

9.      Bila kek dah masak, keluarkan dari loyang. Biarkan sejuk dan permukaan corak zirafah berada di atas.  Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak.

10.  Bila nak gulung, terbalikkan coraknya biar dibawah, Tepi kek dipotong dan boleh disapukan dengan jem, buttercream atau frescream…

11.  Gulung dengan perlahan menggunakan kertas minyak.
simpan dalam peti sejuk lebih kurang sejam... siap dihidang..

 selamat mencuba... :)

kalau taknak cuba, bleh saja terus order... :)

untuk tempahan sila hubungi 
019-5720120
email nazroliza@yahoo.com

Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE