20 Januari 2013

TEMPAHAN UTK MAJLIS PERKAHWINAN

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


haritu Su tempah untuk majlis pertunangan adik..
kali ni Su tempah untuk majlis perkahwinan 2 orang adik lelakinya...

beruntung dapat kakak macam Su... yang uruskan segala pesiapan untuk majlis ni agar berlangsung dengan meriah... dapat kejap borak2 dengan su.. memang penat nak uruskan majlis perkahwinan... dari bab makan catering, pelamin, doorgift nak jemput tetamu, kad dan sebagainya...
mau pening kepala juga.... samalah macam liza yg baru2 ni pun uruskan majlis adik kat kedah... tu pun ada juga bantuan dari mak n abah kat sana... alhamdulillah semuanya berlangsung dengan meriah...

kali ni Su tempah macam2 untuk majlis ni, senang kerja, boleh juga untuk badjet adik2 nya... ye lah berlangsung untuk satu hari, sekali naik pelamin 2 pasang pengantin....

 1000pcs tat nenas pelbagai bentuk
 packing 2pcs /box

 1300pcs muffin coklat

3TIER WEDDING CAKE 
TEMA PINK DAN TURQOISE
 alhamdulillah, nasib baik ada bantuan dari mak ayah, adik2, anak2 dan chintaku... diorang tolong packing tat buah dan muffin... sampai tat buah pun kena tolong timbangkan adunan supaya kerja berjalan dengan lancar.... lepas ni bleh lah lagi sub ribu raban utk tat buah... yang lain2 semuanya ok... yang tat buah pelbagai bentuk tu je ambik masa yang lama... 

terima kasih pada su yg sudi tempah kek dan sebagainya...
terima kasih pada adik2, anak2 ku dan chintaku...
:)



RESEPI - RED VELVET DALAM BOTOL

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA...

KEK RED VELVET DALAM BOTOL

RESEPINYA :

Sebelum tu sediakan BUTTERMILK
120g susu cair
2 sudu pewarna merah
1/2 sudu besar cuka makan
cara : campurkan susu cair dan cuka, kacau dan masukkan pewarna makanan dan kacau.

Bahan2 
125g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk koko
kekacang seperti walnut, badam cincang @ buah-an2 kering
 cara : ayak kesemua bahan dan gaulkan kekacang seperti walnut kedalam tepung tadi...

 60g mentega
75g gula halus
1 biji telur
sedikit perasa vailla
cara : 1. mixer semua bahan kemudian baru masukkan telur. mixer/pukul hingga kembang.
2. masukkan bahan tepung yg diayak berselang seli dengan buttermilk sehingga habis kedalam bancuhan mentega tadi.
 3. dalam bekas kecil yg lain masukkan 1/2 sudu teh baking powder dan campurkan dengan 1/2 sudu teh cuka. kacau sehingga buihnya habis dan masukkan kedalam adunan tadi.

masukkan adunan dlm loyang kecil, bakar pada suhu 170c mengikut suhu oven masing2 selama 20 minit sehingga masak.

CREAM CHEESE
125g keju
50g mentega
40g gula ising
cara : mixer/pukul sampai kembang

setelah kek siap dimasak, tunggu sejuk dan boleh deko dan masukkan kek ke dalam botol berselang seli dengan krim keju/cream cheese...

gambar dari regular customer along n syam
suami isteri yg memang suka red velvet...

 




SELAMAT MENCUBA....

KEKDIHATIKU LIVE ON RTM


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 PADA 10.01.13 KEKDIHATIKU telah dijemput oleh RTM dalam segmen SELAMAT PAGI MALAYSIA untuk demo cara menghias kek dalam botol... Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan walaupun saya tak berapa sihat dengan batuk dan sakit tekak.... tapi pagi tu alhamdulillah, Allah swt memberi kesihatan yg baik...
time ni lah nak batuk2... :) malam tu juga minum air asam jawa bercawan2... mengharapkan kesihatan tekak yg baik... pagi tu kalau saya masih juga batuk2 rasanya chintaku lah yg take over live jam 9 pagi tu.... :)


Alhamdulillah, chintaku sentiasa memberi sokongan, semangat dan dorongan....
tq laling... :)

VIDEO DIAMBIL DARI FATIMAH KAWAN LIZA...
THANX KAKNGAH...





 ramai yg SMS minta resepi RED VELVET....
nanti saya akan update dalam masa terdekat insyaallah...
terima kasih diatas sokongan anda semua....

untuk tempahan  
RED VELVET CAKE IN JAR
RM8.00 /JAR
MINIMUM ORDER 4 BOTOL

TELEFON UTK PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN
019-5720120 
TERIMA KASIH 
wassalam...  

16 Januari 2013

TEMPAHAN KEK DARI KAKAK UTK ADIK

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
TEMPAHAN DARI SU
untuk majlis pertunangan adik lelaki...
BERTEMAKAN MERAH PUTIH
SI BURUNG MERAH TENGAH MENCARI SIBURUNG PUTIH... :)


 SU pesan nak bunga banyak2.... :)

 CUPCAKE BOUQUET MERAH DAN PUTIH
 
 3 SET TAT BUAH PELBAGAI BENTUK
TERIMA KASIH SU....

DOORGIFT MUFFIN DAN CUPCAKE ROSES

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
 tempahan dari maziah....
bertemakan pink purple...
tq maziah...
 
 ROSES DARI BUTTERCREAM...
daunnya dari gumpaste
 
 
 700pcs muffin coklat


 terima kasih maziah.... :)
 

CUPCAKE HANTARAN-PURPLE

 لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

TEMPAHAN KALI KETIGA SHIDA..
alhamdulillah, dapat juga gambar ehsan dari shida... alkisah hard disk yg rosak, tak sempat nak upload kat FB... terima kasih yer shida dapat emailkan gmbar cupcake ni...

  CUPCAKE HANTARAN FONDANT....
SEPASANG BURUNG PUN DARI FONDANT....

 TERIMA KASIH SHIDA....

ISTIMEWA BUAT CUCU TERSAYANG

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
 TEMPAHAN DARI KAK SALMAH UNTUK CUCUNYA...
ingatkan tak jumpa patung princess, KAK SALMAH BAGITAHU DIA DAH BELI PATUNG, kami try g cari lagi, baru jumpa... tapi letak jugalah.... terima kasih pada kak salmah sudi tempah kek castle ni... :)
mengikut bajet customer, harap dapat memuaskan hati akk sekeluarga... 

 menggunakan teknik steambuttercream dan hiaskan dengan fondant ....
cake : coklat moist


 
 cupcake fondant...
 
 
terima kasih pada kak salmah...
 
 

11 Januari 2013

RED VELVET DALAM BOTOL

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM CERIA.....


SAH SEHINGGA 31 JANUARI 2013

SAMBUTAN YANG HANGAT... TERIMA KASIH SEMUA...
ISTIMEWA UNTUK SEMUA CUSTOMER KEKDIHATIKU YG MENONTON  

RED VELVET DLM BOTOL RM8.00

KINI HANYA RM6.50 SEBOTOL SAHAJA... 
SAH SEHINGGA 31 JANUARI 2013
MINIMUM ORDER 10 BOTOL UTK HARI2 LAIN...

UNTUK AHAD 12 JAN NI BOLEH BELI SEBOTOL TP SELF PICKUP DI MERU KLANG... 
SEBAB SAYA NAK BUAT BANYAK....
019-5720120 
NAZROL





TERIMA KASIH....

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE