13 Jun 2010

istimewa buat SYIFA...

SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM...

Permintaan dari seorang ayah... hehehe liza ni banyak dapat order dari seseorang yang bergelar ayah, al-maklumlah kat tempat kerja cintaku sememangnya ramai yang berkerja adalah lelaki ...
ayahnya berminat nak order kek untuk anak manjanya ni... SYIFA... namanya pun comel... baru berusia 3 tahun... ayahnya siap pesan nak ada bear atas kek... so liza harap si ayahnya berpuas hati dengan dekoni...
selalu liza buatkan full bear(sekali ngan badannya)... tapi kali ni liza buatkan face nyer saja... liza harap sukalah yer... kononnya nak buat deko lain dari yang selalu liza buatkan... dan yang ni adalah deko liza yang terbaru... walaupun dah ramai yang buat tapi bagi liza alhamdullilah... suka sangat tengok face bear ni.. ada macam POOH tak?(perasaanlah pulok).. hehhehe... liza memang suka POOH...

besar punya face bear atas kek... liza buatkan kek steam buttercream...
cintaku ingatkan buat dari fondant... hehhehehe macam tak caya lah pula bleh buat...
nanti bleh try buat kat wedding cake...
ada sapa2 nak order wedding cake steam buttercream....? 

Ada 3 bear kecil yang hanya tunjukkan muka....
hehhehehehe... suka-suki...
apalah yang di intai nyer...yer





WASSALAM...
I LUV KEKDIHATIKU...

KAU YANG BERNAMA CINTA...

SALAM CERIA BUAT SEMUA....

saja nak letak lirik lagu...
liza suka sangat lirik ni... istimewa buat suami tercinta...
yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan semangat dalam apa jua yang liza lakukan...

Semenjak kau hadir dalam hidupku,
tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku 
tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta, 
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia 
hingga aku terasa indah

Maafkan jika ku tidak sempurna, 
tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa 
kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu, 
merindui dirimu, 
memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta, 
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia 
hingga aku rasa indah

 HACKS
 wassalam....
i luv kekdihatiku..

11 Jun 2010

CUPCAKE FOR BIRTHDAY...

SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM... buat semua...


cupcake kali ni liza buat untuk birthday seseorang insan yang disambutnya untuk kali ke 37... kak aini ke kak ani namanya... yang order... dia nak order 37pcs mengikut umur kawannya ni... mungkin nak buat surprise... diorang kongsi2 RM untuk beli cupcake birthday ni... thanx akak sudi order kat liza... akak ni telefon petang Khamis, nak cupcake pagi Jumaat jam 11pagi.. so liza takda masalah kalau nak order melalui telefon, insyaallah liza buatkan yang terbaik, tapi kalau order fondant last2 minit tak blehlah... kalau buttercream okey lagi... dan dekonya yang simple saja... itu kalau nak order last2 minit... dan jika liza tak ada apa2 nak buat dan tak ada hal... kalau delivery kena cintaku adalah... dekat2 blehla liza hantarkan...


ni gambar yang cintaku ambik... hehhehe tersilap letak ejaan BIRTHDAY pula...

tak perasan pun, masa nak update kat blog baru perasan ejaannya letak salah... cintaku pun tak perasan... tapi awal pagi tadi saja liza pun ambik gambar juga.... kononnya nak buat jugalah susunan sendiri... jadi ni yang liza ambik gambar dari hp liza...
nasib baiklah ada kedai bakery dekat ngan umah, jam 9.30 pagi dah bukalah pula. cintaku pergi beli kotak besar punya untuk letak cc ... jam 10.30 dah sampai kat Bangi, hantar kat tempat kerja ... terima kasih yer akak...

semoga dapat bertemu lagi...
thanx
bai..bai....

wassalam....
i luv kekdihatiku

10 Jun 2010

CAR...

SALAM SEMUA....assalamualaikum...

cintaku kena g kursus selama 4 hari, tak jauh pun kat tempat kerja juga... yang bestnya ada presentation boleh buat apa saja... so cintaku buat presentation tentang MUFFIN... sambil tu promosilah juga... hehehhhhe

kebetulan ada sorang yang datang sekali kursus tu nak order kek untuk anaknya... dia tengok kat kedai kek ada gambar car jenis edible jer... anak dia minat sangat dengan car, so dia nak order kek yang ada bentuk kereta, .... so cintaku bagi idea kat dia car dari fondant... ok juga.. lagipun fondant dah memang ada, senang sikit nak buat....

liza siapkan kek coklat moist saiz 8" dan bentukkan sikit car tu.... adik dah jaga nangis pula, so cintaku yang take over buat car...
customer nak 2 biji car, satu warna merah dan satu lagi warna kuning... untuk anaknya 2 orang hero...


yang ni car kuning memang 100 peratus cintaku yang buat... nasib baiklah cintaku ni pun pakar dalam bentuk membentuk, reka mereka... nak buat ni pun kena berimaginasi juga...

car merah ni liza buat badan jer, tak sempat nak buat yang lain2 sbb adik dah jaga nangislah pula...

dan abang yang order ni tinggal di Subang, dia suka sangat dapat beli kek yang ada kereta untuk anak2nya...
kalau ada rezeki  orderlah lagi... hehehehhe... thanx buat cintaku yang promosi kek ni kat kawan2 nya....

thanx
wassalam...
i luv kekdihatiku....


09 Jun 2010

hantaran PINK dan HIJAU...

salam ceria dan assalamualaikum buat semua....

bertahun-tahun lamanya tak jumpa kawanku ini.... NONIE.... rasanya kami jumpa last sekali masa sekolah FORM 5 di Alor Setar, hampir 13 tahun...  kerana facebook dan KEKDIHATIKU lah kami bertemu semula.... nonie order 2set cupcake hantaran untuk majlis pertunangannya bersama kekasih hati yang yang dicintainya...
walaupun hanya sempat bertemu seketika, rasa happy sangat dapat jumpa kawan lama.... sejak sekolah lagi nonie memang seorang yang bijak pandai dan rajin belajar, dan sehingga kini masih lagi sambung study.... liza doakan semoga kawanku ini berjaya dalam apa jua yang dilakukannya....
majlis pertunangan yang diadakan di Melaka tentu meriahkan.... asalnya orang Kedah tapi sekarang satu family dah pindah Melaka, mungkin sebab tu lah hatinya sudah terikat dengan orang Melaka... hehhehe jangan marah ye nonie...

pilihan tema dari nonie warna pink.....

pilhan dari pihak lelaki tema hijau

disebabkan liza ni terajin sikit... liza buatkan keknya pun mengikut tema....
untuk nonie tentula warna pink perasa strawberry...
dan yang ni tentulah untuk cik abangnyer... liza buat kek marble... perasa oren

 saja nak tambahkan koleksi....
pandangan dari dekat... liza buat bunga rose dan bunga hijau (taktau bunga ni nama apa) dari fondant ni awal sehari...



thanx nonie, liza harap nonie suka....
semoga kekal hingga keakhir hayat... dan tak sabar nak menunggu nasi minyak dari kawanku ini...
bye....
semoga kita dapat bertemu lagi...

i luv kekdihatiku
wassalam...



04 Jun 2010

bawa pi KEDAH... PILLOW CAKE

assalamualaikum dan salam ceria to all...

thanx to Lin dari Kajang yang memberi kepercayaan penuh pada liza kerana sudi tempah kek ni....  tak sabar2 liza nak buat... liza dan cintaku dah pikir nak buat macam mana designnya... almaklumlah first customer minta liza buat pillow cake... yang bestnya lin pun bersemangat hantar email lagi kat liza, siap dengan macam2 gambar nak bagi idea kat liza nak buat macam mana bentuk kek tu... tapi liza ngan cintaku buat design sendiri... dan lin cadangkan nak letak kotak atas kek tu...
dan
 inilah hasilnya....
yang love tu macam ala2 kotak cincin lah... idea dari cintaku...
tapi tak letak cincin pun... letak love... dari coklat warna gold...
 
kalau kek baru je... punyalah banyak gambar yang diambil... taktahu yang mana satu nak letak dalam blog macam sama jer.... bolehlah...

liza suka tengok yang ni... 
tak tahulah macamana boleh tetiba muncul idea ni... dalam design takdepun... tetiba lah pula nak buat... ni atas kad board yang nak letak pillow tu, liza roll fondant putih kat kad board....
thanx pada cintaku yang sudi bagi idea dan menemaniku buat kek ni sampai 3pagi.... penutup love tu cintaku lah yang tolong buatkan masa adik jaga dari tidur dan menyusu... cintaku memang berbakat...


pagi tadi jumpa lin kat kajang... peramah orangnya, kitaorang loghat belah utara.. lin tengok kek tu suka dan kata cantik sangat... alhamdullilah... kek tu lin nak bawa balik Jitra malam ni, semoga lin sekeluarga dan pillow cake selamat dalam perjalanan... kek ni lin nak bagi kat adiknya buat hantaran perkahwinan yang akan diadakan pada Ahad ni... 
SELAMAT PENGANTIN BARU
kalau okey nanti bolehlah tempah lagi ye lin...

thanx a lot...
wassalam

i luv kekdihatiku



31 Mei 2010

bukannya lupa tapi tak ingat...

salam ceria dan assalamualaikum to all...

bukannya lupa tapi tak ingat... macam mana lah pula yea...?... gambar yang lama terlupa nak update kat blog... bukannya banyak sangat, lagipun masa tak mengizinkan... tambahan lagi papa liza kalau mengadap depan komputer,  memang kerja apa pun tak buat, depan komputer main game boleh sampai 3-4 pagi... takpalah... bukan selalu dia datang sini, dan tengah bercuti seminggu nak rehat kan diri... biarkanlah.. asalkan dia happy..

layan gambar ni dulu..
happy birthday buat insan tersayang... liza tak ingat masa bila buat cupcake ni, masa nak update gambar ni liza terdelete kat computer... tadi saja2 tengok dalam handphone ada tersave dalam file picture... alhamdullilah jumpa juga akhirnya... so thanx pada yang sudi order pada liza... nak tema pink yang terang... dan liza cuba gabungkan dengan soft pink dan putih...



 
kek ana muslim, terlupa nak update dalam blog........ hehhehe... kelakar lah pula tengok gambar yang tak berapa menjadi ni... pagi rabu 25.05.10 liza buat untuk kakak dibawa kesekolah.. ada sambutan hari guru... last minit buat, kelam kabut... dan inilah hasilnya... "terima kasih cikgu" ucapan istimewa untuk semua cikgu yang mengajar disekolah...

ok bye....
sampai ketemu lagi...

i luv kekdihatiku
wassalam..


30 Mei 2010

pagi yang indah tiba2 blurrrrr....


 assalamualaikum dan salam ceria....

sememangnya bangun pagi ni rasa bersemangat dan indah rasanya.... plan harini nak pergi berkelah di hulu langat.... segala persiapan telah diatur dan yang penting sekali nak berbbq... bestnya,.. suka sangat kalau berkelah memang cintaku akan bakar ikan, udang, ayam dan harini liza buat sate emmm sedapnya..

tengah nak bersiap2, cintaku keluar rumah nak kemas dan susun barang dalam kereta... tiba2 pagi yang indah menjadi blur..... huhuhuhu... kasut kat depan rumah sudah dikebas orang... habis semua dirembat sang penyangak.... yang tak cukup kasut... seminggu sebelum ni jiranku sebelah rumah dah dimasuki penyangak yang tak cukup kasut... dirembatnya lima pasang kasut... dan pada hari ni juga lima pasang kasut juga dirembatnya... adoiiiii... abis kasut kerja cintaku 2pasang (kerajaan nyer), kasut kulit dan kasut sport, dan papa liza baru jer datang kl, pun dirembatnya kasut bundle... 

cintaku pergi buat laporan polis dulu... bukannya apa, takut mula2 ambik kasut kat depan laman, kot nanti masuk rumah pula... dan yang penting kita kena buat report sebab dah banyak kes kat area umah liza ni dimasuki sang penyangak... nak jumpa kasut tu balik mungkin keberangkaliannya susah nakjumpa... 
eeeeeeeeeeeee geram betoi..... dahler dirembatnya kasut,... kat tepi pagar tu liza letak 2pasu pokok bunga, yang tinggal satu jer, satu pasu hilang, ishhh takkan pokok bunga tu pun berkenan juga, nak dirembatnya...

jadi pagi yang indah dengan cuaca yang elok menjadi kurang indah..... 
huhuhuhu pergi berkelah kat sungai dah tengahari.... 
nasib baiklah tak ramai orang, mungkin ramai yang balik kampung...
cari tempat yang sesuai, dan cintaku mula berbbq... 
kita layan gambar pula yer... 


ni papa liza.... hehhehheh... berapa bulan...?

bye
: )
wassalam..... 



i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE