Memaparkan catatan dengan label HOLIDAY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HOLIDAY. Papar semua catatan

14 Oktober 2014

AIR TERJUN LATA KINJANG, TAPAH

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



suka sangat g mandi manda kat kawasan sungai... tambah2 lagi ada air terjun... selalu nampak dari tepi lebuhraya utara selatan time nak balik kampung ke utara.... perasan tak....? kalau tak perasan balik ke utara lepas ni bleh la tengok blah kiri tu...
yelah kalau naik keretapi memang tak perasan punyer... 
LATA KINJANG YER.... bukan lata kijang...

 memang best tengok air ni yang berani menerjunkan dirinya..... rasa mcm nak naik je atas sekali... nak tengok kat mana airnya keluar... penat ler kalau nak bawa hero2 ni naik atas... 
ibu nak naik tangga pun dah mengah... huhuhhuh....
tapi semua tahu kan... kuasa Allah swt yang menciptakannya...
Allah Yang Maha Besar...

 time ni ler ramai kaum kerabat lain pun ramai... nak nyempit ambik gambar pun susah....
diorang je yang kongker tempat kat batu tu..... hahahhhhhaaa...


Air Lata Kijang ketinggiannya yang mencecah 80 meter, 
lebih kurang 18 kilometer dari Tapah, Perak. 
lalu kot Pekan Cenderiang dekat dengan kawasan air terjun tu.
Rasanya aktiviti lasak pun ada kat area sini... 
ramai la anak muda yg camping campang campung...

semuanya tak dirancang pun nak g kelah.. tiba2 jadi jer...kebetulan cuaca pun ok... balik dari kampung terus lalu jalan lama ke Tapah.. memang tak da bawa bekalan pun semasa nak g berkelah... nampak gerai kat situ beli jelah apa yang patut...
kalau rancang kurang menjadi aktiviti ni.... hahahhahaa
hero2 ni memang syiokla 


kalau nak tau cerita zaman dulu-dulu, banyak sangat kijang kat kawasan tu. orang inggeris yang datang memburu tersalah sebut dan akhirnya nama lata kinjang diberi. hahahahahha macam pelik je cerita sejarah nak bgtau kat orang. Air terjun ni terletak berdekatan dengan sebuah pekan chenderiang. kalau pergi sana adalah signboard cerita asal usul nyer... ada ambik gambar guna hp, tp tak jumpa pula gambar tu simpan kat mana...


balik KL anak2 semuanya pakat lena... dah letih bermain n mandi manda... ayahnya yang bersengkang mata bawa kereta... alhamdulillah... seronok bawa anak2 beriadah mandi manda.. 

28 September 2013

MAKANAN HALAL DI GUANGZHOU - PART 2


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Kali ni... ini kali.... nak cerita bab makan2 kat sana... liza memang selera makan kat sana... takdalah susah sangat nak cari kedai makanan islam... ada tanda halal lagi... rasanya setiap kawasan berderet kedai mesti ada kedai makanan halal...

 hari pertama awal pagi g cari barang, tengahari chintaku bawa g makan kat kedai ni...
macam mana tak senang nak cari... chintaku dah ronda2 Guangzhou masa mula2 dia dtg haritu... memangla senang n mudah bagiku... hehheheh... makan saja... dok sini rasa selera membuak2...

tak ingat apa nama makanan yang di order... tapi yang liza order ni makanan dia mcm masam2... macam makan nasi putih ngan kerabu mangga la lebih kurang...
chintaku order nasi putih sayur hijau tu ada lah daging sikit2... bukan kacang panjang, sayur dia rapuh n sedaplah juga...

nama tempat n nama jalan memang tak ingat... nanti kena tanya chintaku...insyaalah kalau dia ingat, liza update sekali lagi...

hahahhha.... lapau bebenor... habis sudah..... sedap tu...

 chintaku order sayur2 an... ada telur saja...
liza order nasi putih cendawan daging...
dagingnya sikitla... tapi memang feberet nasi lauk ni...
ni kalau letak daun limau purut ni macam makan nasi parpriklah...

 kat sana memang ramai yang jual macam ni, air, buah2an...
 amoi mai beli... mai beli...
 hari2 dok pi mai pi mai beli barang, tengok buah2 terliur juga nak makan...

 buah apa ntah... rasa rapuh n sedap... buah labu kecik kot... ye ke... hehehhe

dalam dia macam ni...

lai...lai...lai...
buah laici je tak sempat nak beli... besar2 n segar2 laici kat sana....

jagung rebus... jagung pulut kah ini?.... cepat kenyang makan jagung ni...
tak berapa minat sangat... tapi oklah...

kat tepi sungai berdekatan ngan hotel ni memang meriah orang berjualan...


kat sana memang ramai yang jual sate n kebab kambing ni...
liza tak minat... chintaku suka ler...


 kebab satu...

kat sana semuanya air botol sahaja... takda yang order pakai gelas yg ada ais...
memang kempunan betoi nak minum air yang ada ais...
semua air botol dok dalam chiller, bleh ambik sendiri....

mee ni memang sedap... taktau nak order apa n nak bgtau kat dia... jadi kami minta mee sup...
mangkuk dia besar... semangkuk kongsi 2 orang... abang suap yang... yang suap abang...
hahahhahaha... last2 suap sendiri... cepat sikit makan...
 
 ni kedai dia... dekat bahagian pintu masuk depa buat mee... orang order baru buat...
fresh2 mee dia...

maunyer tak sedap... tudiaaaaaa orang yang buat mee tu...
tp nasib baik kat sana cuaca sejuk, taklah nampak berpeluh2 nitik2...

macam2 lagi makanan yang di order...
 nasi putih n mushroom daging lagi...

 mee n kentang daging

 
hari last nak balik... tak berapa syiok kedai ni... dah le mahal rasanya berbanding dengan kedai2 lain yg kami g makan... order nasi goreng telur n nasi goreng daging...

makan2 sudah... nanti cerita shopping pula kat sana... shopping rimau...
wassalam...
tq...


26 September 2013

INILAH BARISAN KITA...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

salam penghargaan buat wira - wira kita sempena hari ATM ke 80..


baru2 ni bawa anak2 g tengok pameran kat Dataran Merdeka.... hari perarakan tak pergi, sebab chintaku kena kerja, nak bawa budak2 ni bukan senang nak kawal ramai2 orang... lari sana lari sini... perrrgghhhh.... kejap nak tengok sana... kejap nak tengok sini.... bukan main syiok lagi diorang, kalau boleh semua benda nak bergambar...
bersemangat tengok diorang ni...

hero 2 orang ni memang bersemangat...

layan gambar hari kedua... tengok pameran...
 semuanya nak testing... yang penting kena ada orang dewassa yer bila nak pegang senjata api ni...
bahaya tau... ini bukan main2... ni betoi2...


 kakak kata bleh nampak menara KL kat atas sekali...

 meriam yang digunakan semasa di Lahad Datu...

ramai yang nak bergambar ngan model ATM ni...

jika sesiapa berminat nak masuk ATM berkhidmat untuk negara tercinta...
boleh rujuk jadual di sini yang ada TUDM... yg lain2 bleh try cari kat google... hehhehehe... T_T


wassalam....

24 September 2012

RAJA KITA - ISTANA NEGARA LAMA

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 bawa anak2 masuk istana, bukan main syiok lagi diorang... maaf lah yer tak dpt nak bawa jumpa RAJA kita.... kita tengok kat gambar je lah...korang dah pergi ke? 
best datang tengok sendiri, bila lagi peluang yang ada nak masuk istana.... time buat pameran lah kan....

Istana Negara Lama ini terletak di Jln Syed Putra... masuk PERCUMA... tapi kalau ada bawa camera RM3.00, kalau ada camera video RM5.00/RM10.  
nak share gambar yang sempat dicandid oleh chintaku...

comfirmlah kat pameran istana ni akan tunjukkan alat2 kebesaran diraja, pakaian dan perhiasan diraja, gambar2 agong yang yg sekarang ni, berasal dari Kedah...
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

selain tu ada juga salasilah keturunan Baginda, kat pameran ni semua berpeluang mengenali Raja kita dengan lebih dekat lagi melalui pameran, sebab setiap yang dipamerkan ada cerita... kalau nak tau bleh pi baca kat sana...

tulis nama kehadiran disini....

Watikah Pertabalan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 5, 1970 
dan yang terbaru
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14, 2011


suka jer budak2 ni... bawa masa kecik2 ni tau main je lah... 
Koleksi kamera yang diperbuat di England
Koleksi jam mewah baginda 

Singgahsana tempat Baginda Tuanku gunakan di Majlis-majlis DiRaja


 MyKad Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung


Kalung dan Gendik Di Raja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung diperbuat dari emas Putih bertatah penuh dengan permata berlian...


datang tengok sendiri baru puas hati... bleh baca info semua bagai...

dah keluar baru ambik gambar kat pintu pagar besau ni...
adik n angah dah penat...

banyak lagi gambar, tapi rasanya nak update kat FB jelah... :)

kebetulan ada yang jual aiskrim naik motor... beli ler sorang satu... dok makan dulu sebelum balik...





i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE