SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
suka sangat g mandi manda kat kawasan sungai... tambah2 lagi ada air terjun... selalu nampak dari tepi lebuhraya utara selatan time nak balik kampung ke utara.... perasan tak....? kalau tak perasan balik ke utara lepas ni bleh la tengok blah kiri tu...
yelah kalau naik keretapi memang tak perasan punyer...
LATA KINJANG YER.... bukan lata kijang...
memang best tengok air ni yang berani menerjunkan dirinya..... rasa mcm nak naik je atas sekali... nak tengok kat mana airnya keluar... penat ler kalau nak bawa hero2 ni naik atas...
ibu nak naik tangga pun dah mengah... huhuhhuh....
tapi semua tahu kan... kuasa Allah swt yang menciptakannya...
Allah Yang Maha Besar...
time ni ler ramai kaum kerabat lain pun ramai... nak nyempit ambik gambar pun susah....
diorang je yang kongker tempat kat batu tu..... hahahhhhhaaa...
Air Lata Kijang ketinggiannya yang mencecah 80 meter,
lebih kurang 18 kilometer dari Tapah, Perak.
lalu kot Pekan Cenderiang dekat dengan kawasan air terjun tu.
Rasanya aktiviti lasak pun ada kat area sini...
ramai la anak muda yg camping campang campung...
semuanya tak dirancang pun nak g kelah.. tiba2 jadi jer...kebetulan cuaca pun ok... balik dari kampung terus lalu jalan lama ke Tapah.. memang tak da bawa bekalan pun semasa nak g berkelah... nampak gerai kat situ beli jelah apa yang patut...
kalau rancang kurang menjadi aktiviti ni.... hahahhahaa
hero2 ni memang syiokla
kalau nak tau cerita zaman dulu-dulu, banyak sangat kijang kat kawasan tu. orang inggeris yang datang memburu tersalah sebut dan akhirnya nama lata kinjang diberi. hahahahahha macam pelik je cerita sejarah nak bgtau kat orang. Air terjun ni terletak berdekatan dengan sebuah pekan chenderiang. kalau pergi sana adalah signboard cerita asal usul nyer... ada ambik gambar guna hp, tp tak jumpa pula gambar tu simpan kat mana...
balik KL anak2 semuanya pakat lena... dah letih bermain n mandi manda... ayahnya yang bersengkang mata bawa kereta... alhamdulillah... seronok bawa anak2 beriadah mandi manda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan