09 Oktober 2012

ULTRAMAN CAKE

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
HAPPY BIRTHDAY TO AHMAD FIRDAUS ZHAFRAN
TEMPAHAN DARI PUJ,
CAKE COKLAT MOIST BUTTERCREAM N PIPING JELLY

TAMBAH BAGI NAMPAK LINE MERAH
 
TERIMA KASIH...
:)

KEK KELAB SERUMPUN BULUH

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
TEMPAHAN KALI KEDUA DARI KAK ZU...
UNTUK KELAB SERUMPUN BULUH
SETAHUN SEKALI CELEBRATE - 2 IN 1
JANUARI 2012 HIBGGA DISEMBER 2012
KAK ZU NI BERNIAGA DI PASAR MALAM JUAL JAGUNG...
KALAU TAK SILAP LIZA ADA 3 KE 4 TRIP
KAT PASAR PAGI DAN PASAR MALAM UTK SEHARI...
SUPPLIER JAGUNG JUGA...
TOKEY JAGUNG...
RAMAI YG DATANG AMBIK BORONG KAT KAK ZU..
NAK BELI SIKIT PUN BOLEH...
SETAHUN SEKALI RASANYA DIORANG ADA BUAT PERKHEMAHAN.
YELAH NIAGA HARI2, ADA MASA UNTUK BERCUTI... 
LEBIH SUKA BERKHEMAH, BERKUMPUL RAMAI2...
ITU YANG KALAU ORDER KEK PUN MESTI NAK ADA BULUH N KHEMAH... 
THANX YER KAK ZU.... :)


KEK COKLAT MOIST

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
Tempahan dari Fiza... Alkisah ceritanya, order kot telefon time tengah buat kerja... lepastu minta dia mesejkan sebab tak bleh nak ingat 2 order yang date pick up nak ambik hari lain2... tapi tak mesej pun, awal pagi Jumaat tu dia mesej 
"kak jgn lupa kek yg saya order"
liza pun balas lah balik... "nak ambik ptg ni kan?" 
tak balas2 pun mesej tu... silap harilah tu kot...
itulah org suruh mesej tak mesej2.... kan dah silap date...
ingatkan hari Selasa, rupanya ptg Jumaat tu juga Fiza dtg nak ambik kek coklat moist, mana lah buat pun... nasib baiklah jiran kat Blok B... bgtau kat dia esok awal pagi ambik... kek biasa jer coklat moist, siram coklat n  tabur coklat rice jer... malam tu bakarlah kek, konon2nya esok pagi nak siram coklat jer, mlm tu dok sembang gebang ngan chintaku sampai lewat pagi, almaklumlah, baru balik ngemas umah sana, mcm2 kena repair..nak juga tahu crita... 
pagi tu pun terbabaslah pula, ngan anak2 pun terlewat g sekolah, fiza dah call nak dtg ambik... nak bawa ke tadika anak nya... apa lagi fast 2 furiost ler... chintaku tolong siapkan anak2 g sekolah....
tak sempat nak ambik gambar kek tu.... :(

hari Selasa nyer pula order 200pcs apam dino ngan kek coklat moist, nak ambik lewat ptg dalam pukul 6 lebih... liza siapkan awal jam 3ptg dah g hantar kat blok B... terus hantar kakak g KAFA... 
alhamdulillah dapat siapkan awal 3 jam... hehheheh...
lepastu mlm tu Fiza telefon lagi nak order apam dino lagi, esok pagi nak ambik... adooooiiiilah Fiza oooooiiii... tak sempat nak buat... akk nak packing brg2 ni... esok pagi org dtg nak angkat barang2 yang kat umah sewa lagi satu tu... order yg ambik sebelum ni pun kalau tidak memang taknak buat... nak kemas2 barang lagi... nak buat kek lagi... penat n letih... mcm kelam kabut jer... nasib baiklah kek simple mimple jer... kek yg sebelum ni pun lebih kurang mcm gambar dibawah ni...
HAPPY BIRTHDAY NUR NABIHAH 5 TAHUN
apam dino
200pcs fiza
100pcs kwn sekerja

harap jgnlah order last2 minit..
kalau korang order TELEPON hp, liza harap mesej balik apa yg diorder...
ingatanku ini kadang2 ingat, kadang2 terlebih ingat...
mesej tu lagi bagus...
tak pun korang order jer ngan EN NAZROL .... lagi senang...
019-5720120

tq semua...

pada yang datang membantu angkat mengangkat barang..
terima kasih yer...
jgn lupa lagi satu trip nak angkat barang awal bulan 3 ni insyaallah...
hidangan yang disediakan untuk depa yg tolong angkat barang2 dan bihun goreng bawa pi umah sana, lps dah abih bawa turun barang, makan lagi...
cucuq jagung ikan bilis, muffin, apam dino, kek coklat dan bihun goreng
terima kasih semua....

CAKE - PRINCESS ANGGUN

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ  
 salam ceria buat semua...
 Tempahan kali kedua dari Amy... nak design yang sama macam yang liza pernah buat sebelum ni kat PRINCESS BUNGA
PRINCESS QISYA ANGGUN
KEK PRINCESS : COKLAT MOIST
KEK BAWAH 10 inci : BUTTERCAKE STRAWBERRY

thanx amy....
 

04 Oktober 2012

SIAP RM JE BLEH TEMPAH YG LAWA2

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

APA YANG LAWANYA...?
NAK TEMPAH PAGAR GRILL LAH PULA....
servey2 harga dan design yang menjadi pilihan dimata ni... kat pintu depan ruang tamu dah ada grill, cuma yang pagar tuan umah tu dah bagi rosak, dah crita pasal anak dia langgar ngan kereta... so orang yg datang nak buat baru tu kami dah tanya harga kat dia...
ribu raban juga nak buat sekali ngan grill yang kat depan bilik tambahan tu...
akhirnya kata sepakat membawa berkat... buat sekali lah kat sliding door tu... buat pagar je lah...
pilihan hati nak design macam ni...
servey kat intenet pattern yang berkenan dimata hati..

 liza berkenan pattern yg macam ada kayu kat belah bawah tu..
taknak bunga design berselerak mcm dlm gmbar ni...

wrought iron wood gate

lebih kurang macam dlm gambar ni juga...
bunga dia kat tengah2... tapi taknak bunga ni...

 lebih kurang macam ni lah terletaknya bunga tu...
antara besi2 tu... tapi taknak bunga ni....
 

terjumpa bunga rose... mcm nilah liza nak.... tapi bila sampai kat umah tu, sampai sana baru perasan, jiran sebelah dah buat design mcm ni bunga rose kuncup, takmo lah sama... alahai nak kena cari bunga rose mekar lah pula... server lagi, lpstu tanya kat org yg nak buat ni, dia kata ada... yeayyyy!!!! 

nak macam ni..... tp bunga mekar lah yer....

 macam ni lah... bunga mekar.... nak yang ni... tp chintaku dah bgtau nak warna gold...
kalau warna merah utk bunga n warna hijau daun, ok juga... sama mcm jiran lah.. tak kisahlah warna apa pun... yg liza tau nak bunga mekar juga... 
bunga rose mekar yang tak kuncup2... dan tak layu :)
gambar kat atas tu adalah utk pelamin

chintaku tempah kat Klang... nanti liza tanya alamat, sebab semua urusan ni chintaku yg buatkan..
liza pilih jer...
harga pun berpatutan, mungkin sebab tolak sekali dgn duit kakak tu yg kena buat lain.. sbb tu jadi murah kot.... :) alang2 nak buat lain pattern biasa jer, baik tambah sikit RM untuk dpt yg ok n cantik mata ku memandang...
kebanyakan gambar ni liza ambik kat blog ni
minta maaf yer tuan umah, tak habaq ambik gambar... tapi saya promosi untuk awaklah yer...
terima kasih yer...
sesiapa yang dok area PAHANG yang berminat nak tempah kat org melayu kita,
bleh tengok blog dia...
atau telefon terus 
cth gambar pun banyak, dah kebanyakan gambar dah siap ngan harga
BENGKEL ABASSA ENTERPRISE
Hp : 012-9812449 / 017-9735306
Office : 09-4221434

En Mohd Sakimi @ Pn Zarida
@ email us at zarida@shahputra.edu.my
 
172 KAMPUNG KETAPANG TENGAH
PEKAN , PAHANG DARUL MAKMUR
 
tak sabar nak tunggu siap...
kalau dah siap nanti liza update, insyaallah... 
Terima kasih

03 Oktober 2012

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Untuk Anak2KU

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
 kad kakak dah sampai...
angah n adik tak kunjung tiba lagi...

ALHAMDULILLAH, hari tu pergi BANK ISLAM berkesempatan  untuk membuka Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk PERMATA HATI KAMI.... 
Sebenarnya dah lama nak buka masa duduk kat Butterworth dulu, tapi kakak yang jaga kat kaunter tu, bila kami minta borang, dia kata anak kecik lagi, tak buka akaun lagi pun takpa... macam tu pun ada... siap bagi nasihat takyah buat lagi... yelah kami ni pun samdolllll terbagus juga, ikut je apa yang orang kata... kalau masih kecik pun apa salahnya buka akaun ni.... masa tu mana ada promosi simpanan bonanza tu..

Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN)  adalah merupakan satu skim atau simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tujuan pendidikan tinggi. Bukannya apa lebih baik kita menabung duit pelajaran untuk masa depan anak-anak kan? manalah tahu apa yang boleh berlaku pada masa hadapan, dengan adanya juga SSPN ini, layak untuk memohon pembiayaan PTPTN...

Simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa dan YANG PENTING dijamin oleh Kerajaan...
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan 
daripada cukai pendapatan.

Butiran
SSPN-i
Bank (Produk Simpanan Pendidikan)
Kadar dividen/keuntungan
2011 - 3.75%
2010 – 3.25%
2010
  0.60% - 2.00%

Geran Sepadan
Maksimum sehingga RM10,000/keluarga
Tiada
Pelepasan Cukai Atas Simpanan
Maksima sehingga RM3,000
Tiada
Pengecualian cukai atas dividen/keuntungan
Dikecualikan Cukai
Tiada
Risiko
Tiada risiko - Jaminan Kerajaan
Risiko rendah - Bergantung kestabilan bank
Insurans
Tiada Had Maksimum

RM100,000.00 (Insurans Amanah-Akaun dibuka oleh pengetua/wakil pengurusan rumah anak yatim)


Khairat kematian/pampasan kepada pendeposit sebanyak RM2,000

Tiada

Anggaran Simpanan Selama 17 Tahun Bagi Pelbagai Amaun Deposit Bulanan

TAHUN
DEPOSIT BULANAN
RM20.00
RM30.00
RM40.00
RM50.00
RM100.00
1
245.20
367.80
490.40
613.00
1,226.00
2
500.21
750.31
1,000.42
1,250.52
2,501.04
3
765.42
1,148.12
1,530.83
1,913.54
3,827.08
4
1,041.23
1,561.85
2,082.47
2,603.08
5,206.16
5
1,328.08
1,992.12
2,656.16
3,320.21
6,640.41
6
1,626.41
2,439.61
3,252.81
4,066.01
8,132.03
7
1,936.66
2,904.99
3,873.32
4,841.65
9,683.31
8
2,259.33
3,388.99
4,518.66
5,648.32
11,296.64
9
2,594.90
3,892.35
5,189.80
6,487.25
12,974.51
10
2,943.90
4,415.85
5,887.79
7,359.74
14,719.49
11
3,306.85
4,960.28
6,613.71
8,267.13
16,534.27
12
3,684.33
5,526.49
7,368.65
9,210.82
18,421.64
13
4,076.90
6,115.35
8,153.80
10,192.25
20,384.50
14
4,485.18
6,727.76
8,970.35
11,212.94
22,425.88
15
4,909.78
7,364.68
9,819.57
12,274.46
24,548.92
16
5,175.76
8,027.06
10,702.75
13,378.44
26,756.88
17
5,627.99
8,715.95
11,621.26
14,526.58
29,053.15
banyak tu... simpan sikit2 lama2 jadi gunung....
Nota:
Andaian pemberian dividen sebanyak 4% sepanjang tempoh simpanan

Insuran
Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

duit yang disimpan boleh dikeluarkan.... tapi setahun hanya sekali... minima RM500... tapi kalau boleh takyah ler... nama pun dah simpan untuk masa depan anak2... biarkan je ianya menggunung kat dalam akaun tu...
boleh check online... maybank n cimb boleh terus bank in guna nline kerja mudah kan... nak buat potongan gaji pun boleyyy...

simpan RM100 sorang dapat 1 cabutan bertuah
kami simpan untuk 3 orang..
kalau ada rezeki, adalah... kalau tak dapat pun, insyaallah kami simpan untuk anak2... semuanya untuk anak2...
dalam tabung haji pun dah ada simpanan kat diorang...
tapi tiap2 tahun duit raya diorang lah masuk dlm tabung haji... tambah sikit duit tabung yang diorang kumpul dan RM dari ibu dan ayah...

maklumat lanjut

kami dah buat untuk anak2..
korang dah?
^_^

DULU TEMPAH BUNGA TELUR

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
TEMPAHAN DARI FAIZAL CUSTOMER LAMA KAMI MASA DI BUTTERWORTH

2 biji KEK SPONGE COKLAT DAN STRAWBERRY


ni kek untuk si abang bawa ke prasekolah
ANIQ AQWA


Untuk 2 orang anak lelaki yang sambut hari lahir pada bulan yang sama...
ANIQ DAN AQRY


TERIMA KASIH KAT FAIZAL... SEJAK DARI DULU KENAL FAIZAL MASA KAMI DI BUTTERWORTH LAGI.... DAH 2-3 KALI FAIZAL BUAT TEMPAHAN DENGAN KAMI... TAPI MASA KAT BUTTERWORTH DULU LIZA BUAT BUNGA TELUR, HIASAN UTK PERKAHWINAN, DOORGIFT SABUN DAN BEKAS HANTARAN... 
FAIZAL TEMPAH BUNGA TELUR YANG LIZA BUATKAN DENGAN MENGGUNAKAN KAIN SATIN... LIZA BUAT BUNGA ROSE... MASA TU TAK TERPIKIR PUN NAK UPLOAD KAT BLOG ATAU INTENET... MASA BERCHINTA JE KAT INTERNET NGAN CHINTAKU DULU, LPS KAWIN DAH TAK DA, MEMANG TAKDA GUNA INTERNET PUN.... MUNGKIN MASA TU TAK TERPIKIR NAK BUAT BISNES ONLINE.. KAMI NIAGA BURGER LAH, NASI AYAM, NASI TOMATO, AIR, SOTO DLL...
RINDU KENANGAN DULU... NIAGA ROJAK KAT TEPI PANTAI..
SAMPAI KL TAHUN 2009 BARU MULA BERCHINTA DENGAN KEK, TU PUN KENA PAKSA NGAN CHINTAKU G BLAJA BUAT BISKUT...
MASA BERNIAGA DOORGIFT SABUN, LIZA BUAT JUAL KAT PASAR PAGI SETIAP HARI AHAD DI PENAGA, BUTTERWORTH... LETAK MEJA KAT SITU, LEPASTU ADA ORANG LALU LALANG... BERKENAN BELILAH... ADA CUSTOMER YANG TEMPAH BANYAK SABUN BENTUK LOVE UNTUK MAJLIS KENDURI... 
SERONOK SANGAT BUAT, SELALU CHINTAKU AKAN TOLONG BUAT MANIK2, LETAK GAM KAT DAWAI N MANIK... NANTI NAK CARI BALIK GAMBAR, SEMUA GAMBAR DAH SIMPAN DALAM KOTAK DAH LETAK KAT UMAH BARU...


DELIVERY HAMPER KE BANGI

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

TEMPAHAN HAMPER MAKANAN DARI PN AZIMAH
DELIVERY KE BANGI




ALHAMDULILLAH... TERIMA KASIH...

UNTUK TEMPAHAN HAMPER MAKANAN 

TELEFON
EN. NAZROL 019-5720120 
ATAU EMAIL PADA KAMI 
nazroliza@yahoo.com

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE