17 Januari 2010

iluvmyfamily...

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...
ini cerita kami sekeluarga...


untuk pengetahuan blogger semua, liza ada buat blog lagi satu tentang family... ingat malaslah nak campuradukkan tentang cake ni ngan lain2... tapi bila dipikirkan balik korang semua dah selalu buka blog liza, kekdihatiku... lepastu nak kena bagitahu kat korang semua nama blog family pula...jadi dengan tekad dan penuh keyakinannya liza satukan je... senangkan... takyahlah geng blogger semua nak tekan nama blog lain pula... apa2pun liza harap kengkawan semua yang selalu singgah blog ni bagilah apa2 komen yang dapat membina agar keyakinan liza untuk terus berblog ni semakin mantap...

nilah permata hati kami berdua...
NUR ARDINI BATRISYA(kakak)
AHMAD DANIAL ADHAM(angah)
AHMAD SYAFI AHZA(adik)


dan apa yang nak diceritakan lagi...
inilah keluarga liza... one happy family...at home...

ni gambar terbaru family liza... baru tak barulah masa penghujung cuti sekolah... cintaku bawa  gi zoo.. mahal juga tiket nak masuk, tapi bila fikir balik sebab munasababnya, oklah ngan harganya... yelah nak bagi makan lagi kat animal tu... gaji pekerjanya lagi... takkan diorang kerja free pula... nak jaga kebersihannya lagi... orang kita ni pandai nak komplen je kalau kotor...dan yang paling penting, boleh bawa anak-anak tengok animal secara life... yang bestnya bila sampai je... semuanya happy sangat... dan bermacam-macam soalan anak2 tanya... itu apa, ini apa, dia buat apa, kenapa macam tu... poning kepalo makbapak nak jawab... tapi ayah dia layan semua karenah anak2 dengan hati yang penuh kesabaran dan kasih sayang...
bila dah nak balik...yang membuat cintaku dan liza happy sangat bila anak2 ucap terima kasih ayah sebab bawa kakak jalan pegi zoo... angah pun macam tu juga.... ikut je apa yang kakak dia cakap... ibubapa manalah yang tak sayangkan anak2... animal pun sayangkan anak2... tapi bak kata pepatah sayangkan anak, tangan-tangankan... sayangkan isteri,... lu pikirlah sendiri...hehehehe
salam semua... wassalam...

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE