04 Februari 2010

happy birthday ASMAWATI...

assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua...  

di order istimewa untuk ASMAWATI.... last minute order juga... nak letak edible image tapi liza cakap tak sempat lah, kalau nak ada gambar sendiri kena bagitahu awal, dalam seminggu... ramai betul permintaan edible image ni, tambahan lagi boleh letak gambar sendiri... tu yang best tu nak tunjuk muka kita yang hensem dan cun melecun kat atas kek,... dan lepas tu terpenyek ler jawabnya muka kita kat atas kek bila kena potong...

 ni zoom dari dekat,... hehhehehe liza lukis mulut nya tertebal lah pula...
wah!!! besday pink bear ke...? birthday ASMAWATI.. dikelilingi hadiah tu.. banyak dapat hadiah..

pandangan dari atas,... bear tu pegang sekuntum bunga rose dari gumpaste,...(jangan makan tau... keras) kalau yang bear and gift box tu dari fondant... bolehlah di makan... tapi fondant tu manis sangat, kalau budak-budak memang sukalah... keliling kek tu liza buat simple bunga rose dari buttercream... diorang nak deko kek tu warna pink, liza sapu buttercream warna putihlah.... nanti kalau semua pink tak nampak lah deko dan namanya...

pandangan dari tepi... ada pula butterfly yang datang hinggap kat tepi tu... hehhehehhe.... yang tu liza beli siap je kat kedai... acuan butterfly tak ada lagi... nanti nak kena beli juga ni... barulah best, semua kita buat sendiri. kek kat dalam tu liza buat kek marble perasa coklat dan juga perasa strawberry....liza nak bagi ada nampak pink juga... kek saiz 8"... nyum..nyum...nyum... sedap tau...

apa-apa pun terima kasih pada adik ipaq liza yang mengorder kek untuk kawannya... promosi juga.... dan untuk sesiapa yang berminat nak buat loan dari bank CIMB bolehlah bagitahu kat Liza... adik liza ni kerja kat bank CIMB,... senangje nak loan, seminggu dah boleh lulus... lepastu bayarlah pula... hehhehehe.. apa-apa thanks untuk semua...

salam mesra dari liza....


Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE