02 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY YONG...!

assalamualaikum semua... n salam satu MALAYSIA...

liza balik KEDAH 29.01.2010. lama tak balik sana... boleh jumpa mama dan papa liza, rindu sangat kat family...masa balik kedah tu sepupu order cake untuk birthdaynya pada 31 JANUARI 2010...
kebetulan kenduri akad nikahnya pada hari yang sama... liza pun buatlah kek birthday untuknya... kek kahwin nanti dulu... yong dah order untuk kenduri besar-besaran bulan 3 ni... nantikan kemunculannya... hehhehehe...
apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY untuk YONG... wah!!! yong dapat hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya... dapat SUAMI TERCINTA...

sesi suap menyuap... emm.. sedapnya,... control ayu ler tu, sayang betul cik abang kat isterinya... suap dengan penuh kasih sayang tau!...
pandangan dari atas kek... liza buat simple bunga rose dan letak rama-rama kat atas tu...  kek dalamnya kek pelangi... ada tiga warna je... merah, kuning dan hijau... kalau banyak sangat warna-warni takut nanti tak elok pula jadinya...
pandangan kek dari tepi, mula-mula ingat pagar tu nak letak warna coklat, pewarna coklat tak bawalah pula... jadilah pagar tu warna biru... okey juga warna biru... letak bunga kecil dari fondant... merah dan kuning nampaklah berseri-seri...kemudian buat rumput kat bawah pagar tu untuk menaikkan lagi seri tamannya... cewah... puji sendirilah pula... dah buat kat rumah orang kenduri sebelah malam... ramailah yang jadi penonton setia tengok cara-cara buatnya... ada yang bagi idea... ada yang tanya belajar mana...ada yang puji melambung tinggi (perasanlah sikit) dan ada yang tanya resepi kek dan buttercream... boleh saja... sama-samalah kita berkongsi dan tukar-tukar resepi...
apa-apa pun terima kasih pada yang memberi komen dan idea untuk mendekonya kek ni...
jumpa lagi... 

Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE