15 Mac 2010

ROZANA.....dari bangi...

 salam ceria dan assalamualaikum...

semoga dihari yang indah ini semuanya dalam keadaan ceria dan sihat bahagia dalam menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran.... bagi liza cabaran demi cabaran insyaallah liza akan cuba tempuhi... dan perkataan TIDAK ingin liza jauhkan dari kotak fikiran.... cuma bermain difikiran.... boleh kah akuni...? bolehkah liza buatni...? bolehkah liza buat tu...? alhamdullilah dengan sokongan dan kata-kata semangat dari cintaku.... liza semakin yakin dan berani.... berani untuk menerima tempahan...

pada hari Selasa 09.03.10 cintaku terima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali... namanya Rozana... dia nak order cake wedding... cintaku terus cakap boleh saja... lepas tu baru liza telefon balik dan tanya dengan lebih detail jenis order yang dia nak... mula-mula Rozana nak wedding cake yang ada pakej siap dengan muffin sekali... liza kata okey... dan terus tanya nak tema macam mana.....warna apa untuk kek buttercream... dan bentuk macam mana yang dia inginkan... dalam pakej tu keknya hanya 2 stacked tapi dia nak tambah untuk kek yang tiga tingkat pula... so okey jelah... rasa bersemangat nak buat... tapi bukan boleh buat sekarang... wedding Rozanna hari Sabtu...13.03.10.... esok baru nak gi beli barang kat kedai kek...
boleh klik kat sini kalau nak tengok pakej wedding

tiba-tiba liza dapat sms 10.03.10 Rozana nak kek fondant... nak kek macam yang baru liza buat minggu lepas... sempatke nak buat ? order last-last minit ni...? liza okey lagi.... boleh saja.... takpa, dugaan ni.... mungkin dia pun berbelah bagi kot.... taktahu nak buat pilihan macam mana....? rozanna telefon pula suruh tengok satu blog tu dan nak kek macam tu,... sebijik macam tu.... lain pula... tapi okey saja... dan liza kata boleh buat kek macam tu tapi lain orang,... lain tangan dan seninya... dia kata tak pa dan liza buka harga untuknya dan dia kata okey... confirm..... muktamad....
liza kena aturkan stategi baru....stategi untuk WEDDING CAKE dari FONDANT dan TIGA TINGKAT... malam tu liza start bancuh fondant.... fondant untuk balut kek dan fondant untuk buat bunga-bunganya...

mula nak kena sediakan keknya dulu.... liza bancuh kek... untuk kek yang tiga tingkat liza buat 4 adunan.... kak tingkat pertama dan kedua liza bancuh 3adunan... liza buat kek pelangi... dah ada mixer ni... kita bancuh teruslah 3 adunan.... liza buat warnanya pun tiga...warna kuning liza letak perasa oren... merah liza letak perasa strawberry dan hijau vanilla je...kek yang kecil kat atas sekali liza buat kek coklat....

ni bunga kecil yang liza buat dari fondant... ada 6 warna... satu warna ada 50 pcs dan semua sekali liza buat 300pcs.. buat lebih takpa.... janji nanti cukup bila nak hias nanti...hiasan bunga yang besar liza lupa nak ambik gambar... liza ada buat 3 bunga ros besar warna pink dan bunga lily dan ada bunga purple... bunga tu dari fondant yang di buat sendiri... bukan beli yang siap tau.... jadi hasilnya semua made in liza.... baru puas hati...
nak juga bergambar masa buat deko ni... cintaku ler yang ambil gambarni.... sambil tu dia ler yang menjadi pengasuh kat anak-anak... dan jadi benteng kuat kalau adik datang dekat meja.... cepat je tangan adik kalau dia datang nak mengacau... risau juga kalau sekali dia tarik dengan kek tu.. perrrr!!!... berpeluh juga lah bila nak buat balik nanti... mungkin mengamuk dulu kot.... hehehhe.... sabar...sabar.....sabar..... tapi alhamdullilah tak jadi macam tu pun.... benteng petahanan dari cintaku sangat kuat....

punyalah bersemangat kalau dah siap kek ni... ambil gambar dari pelbagai sudut... punyalah happy, walaupun rasa sakit kat bahu dan tangan dek kerana dok menguli fondant taknak bagi dia keras nanti susah pula nak bentukkannya... jadi inilah hasilnya....
sesiapa yang berminat untuk tempahan kek fondant ni bolehlah telefon liza atau email....
dah siap letak dalam kotak ni...
dah boleh hantar pada Rozana yang duduk di Bangi...
siap sekali dengan pisau khas untuk potong kek... lupa pula nak ambik gambar pisau tu.. sudi-sudilah order lagi.. terima kasih...
 SELAMAT PENGANTIN BARU
bila sebut nama ROZANNA je teringat lagu ni... dan istimewa lirik lagu untuk rozana....

Gadis idamanku
Hanya engkau yang satu
Hadir lah dalam mimpi mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau lah Ratu

Sejak mula bertemu
Kau buat siangku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cintamu...
Kasihku

Rozana
Kau Gadis idamanku
Dua hati menjadi satu
Bila kita bertemu oh Rozana

Rozana
Gadis idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
Rozana

THANKS UNTUK SEMUA YANG SENTIASA BUKA BLOG LIZA...
wassalam...

Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE