01 Mac 2010

HAPPY BIRTHDAY TO KAKAK.... masuk baris...!!!

assalamualaikum dan salam ceria buat semua...

harini birthday kakak..... 28 februari 2010... dah genap 8 tahun anak liza ni...
 ni gambar birthday tahun lepas... nanti ibu buat cupcake untuk kakak bawa gi sekolah... boleh bagi kat kawan2.. sambil tu kakak bolehler tolong ibu promosi cupcake pula ye...
liza tak dapat nak letakkan gambar kakak yang terbaru dalam blog ni... taktahu napelah camera pun buat hal, memory card tak dapat nak disave dalam computer... begitu juga dengan hp yang ada camera.... aduh!!! pening dan berair mata jugalah memikirkannya macam mana nak buat....

first time pengalaman menjadi ibu...

waktu mengandung takda masalah... liza cuma teringin nak makan daging kijang.... alhamdulliah cintaku dapat carikan, cuma lama jugalah nak dapatkan daging kijang tu... lepastu liza teringin nak minum susu kambing... hehheehehe suka sangat tengok susu kambing yang dimasak terlebih dahulu sampai menggelegak dalam periuk lepastu perlahankan api... dan kuatkan balik api tu... banyak kali juga liza buat.... sampai puas hati...
teringat sewaktu kelahiran kakak... kakak lahir di hospital Taiping, Perak... lewat 15hari dari due datenya... kena tahan dihospital... tak sakitpun masa tu. 3hari dah dihospital tapi masih tak sakit lagi, doktor syorkan liza dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran, subuh liza dimasukkan ubat. dah mula rasa sakit... sampai bercakap pun tak boleh... cintaku lah yang paling risau sekali... tunggu dan terus menunggu di hadapan wad bersalin... walaupun liza dah dimasukkan ke wad bersalin pada jam 11 malam kerana tak tahan menanggung kesakitan, tapi keesokannya jam 8.35pagi baru liza melahirkan seorang puteri yang diberi nama...
NUR ARDINI BATRISYA...


  hilang segala kesakitan yang liza tempuhi sehari suntuk bila melihat permata hati liza dan cintaku... bila keluar dari wad bersalin liza melihat cintaku betapa gembiranya dia... dan tak dapat nak digambarkan perasaan tu dengan kata-kata... hanya air mata kegembiraan yang mengalir...
pantang jangan tak pantang... cintaku lah menjaga liza selama tempoh berpantang, sediakan makan minum, dari memasak masakan utk org berpantang, sediakan tungku utk liza bertungku, air mandian dan ubat-ubatan... dah 6 kali liza berpantang (3kali gugur) cintakulah yang jaga sendiri....
dan hingga kehari ini, esok, lusa dan sampai bila-bila ibu dan ayah amat menyayangi anakanda semua...
semoga kakak menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah swt dan hormat kepada semua orang, bijak pandai dalam pelajaran, jangan nakal2...
i love u so much!!! 

MASUK BARIS
dan...
seawal pagi kakak dah bangun.... KAFA TAMAN RAKAN ada buat  ada perbarisan SAMBUTAN MAULIDUL RASUL... liza sekeluarga turut serta dalam perbarisan... berpeluh-peluh juga berjalan keliling taman, mana tidaknya berjalan sambil dukung anak... namun hati yang berkobar-kobar dan mengenangkan sejarah NABI MUHAMMAD S.A.W yang berjuang  dan menyebarkan ajaran islam kepada umatnya... terasa hati dengan penuh semangat untuk meneruskan langkah demi langkah kami sambil berselawat keatas nabi, hilang segala penat lelah ketika dukung adik...

kakak dengan kawan-kawannya berbaris masuk barisan... nak mula dah...



angah pun happy sangat... ni pertama kali dia ikut sambut maulidur rasul... mula-mula angah ikut jalan.. ayah dukung adik.. dah letih berjalan angah nak minta dukung... fuh... berpeluh-peluhlah ayah dukung...
lepastu adik, ibu dukung pula... agak-agak berat badan boleh turun 2-3 kilo kot... nak pengsan juga dibuatnya.... tapi semangat kena lah ada.. liza teruskan perjuangan berjalan sampailah ke masjid... apa lagi terus cari air ler nak minum...

sampai sini coretan untuk kali ini..
wassalam...


Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE