22 November 2010

AKADEMI LATIHAN PENGENDALI MAKANAN...

salam ceria dan assalamualaikum.....


nak cerita tentang kursus yang pernah liza hadiri ketika nak ambil lesen berniaga untuk pasar ramadhan... dan serba sedikit kursus yang liza belajar.....
Kursus ini adalah penting untuk liza memenuhi syarat bagi mendapatkan lesen perniagaan dari
pihak berkuasa tempatan... lesen berniaga di pasar ramadhan



Ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai panduan kepada kita untuk menjaga kebersihan... dan beberapa tips atau panduan untuk menjaga kebersihan....


Penceramah Akademi Latikan Pengendali Makanan adalah yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. kursus ini akan menjelaskan tentang keracunan makanan, pengendali makanan, cara penyediaan makanan, perlatan dan perkakas yang digunakan dan kawalan serangga perosak ... 


terdapat juga sepintas lalu tentang bakteria, penyebab keracunan makanan... tanda2 utama terkena keracunan... dan cara2 kawalannya... jadi apa tunggu lagi.... jika ingin menimba ilmu dan ingin mengetahuinya lagi, bolehlah pergi kursus ni.... tak mahal pun ... sekali jer pergi... promosi lah pula.... 


serba sedikit nota tentang kursus....


DIFINASI KERACUNAN MAKANAN...
Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman atau bahan kimia. terdapat benyak kes keracunan makanan berlaku dan ianya boleh mengakibatkan maut...

TANDA2 KERACUNAN MAKANAN...
~ memulas dan sakit perut
~ cirit- birit
~ loya dan muntah
~ demam dan kesejukan
~ Maut


PENCEMARAN KERACUNAN MAKANAN
1. pencemaran Biologi
2. pencemaran kimia
3.pencemaran fizikal




PENGENDALI MAKANAN..
pengendali makanan di restoran atau dikedai makan atau mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makanan, hendaklah diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar, mempunyai sijil atau kad kesihatan yang disahkan...
siap kena cucuk lagi..  suntikan PELALIAN ANTI TIFOID...


macam2 lagi... dan yang paling liza ingat adalah kisah telur.....
korang nak masak apa pun yang menggunakan telur, basuhlah terlebih dahulu.. bukan susah pun... secara zahirnya kita akan nampak sedikit najis (tahi ayam) kat telur tu... kulit ayam sebenarnya juga dicemari dengan bakteria SALMONELLA...


Sebenarnya salmonella adalah sejenis bakteria parasit yg biasa terdapat pada ayam, telur, daging, susu mentah yg tidak diproses.


jadi kita yang dirumah pula....amalkan langkah2 berikut...

  • Masak daging ayam / lembu, daging cincang dan air semasak-masaknya.
  • Jangan pecahkan telur dalam bekas yg mengandungi bahan makanan lain. Sebaliknya gunakan pisau, sudu utk pecahkan telur ke dalam bekas yg berasingan krn bakteria ini  banyak terdapat pada kulit2 telur.
  • kalau nak lebih praktikal, telur direndam dalam air didih terlebih dahulu selama 5 saat sblm digunakan utk penyediaan makanan lain, atau pun basuh dengan bersih kulit telur sebelum digunakan.
  • Elak meletakkan kembali makanan yg telah dimasak ke dalam bekas yg sama sblm bahan tersebut dimasak.
    telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. 
    Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi AWAS, jangan makan terlalu banyak, kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang ingin merendahkan tahap kolesterol.

    sijil ALPM di Kajang


     liza harap info ni berguna untuk semua... 
    thanks pada yang sudi membacanya...
    wassalam....
    i luv kekdihatiku...



Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE