09 April 2012

KONGSI RESEPI - MARBLE CHEESE BROWNIES

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM CERIA...

kali ni liza nak kongsi resepi BROWNIES... ingatkan macam susah, ruponyer senang sangat2... hehehhehe... malam tu liza telefon kawan kat JB, ... disebabkan dia hanya tau masak kek saja tapi tak tau nak mendeko dengan fondant, dia order kek fondant kat sorang ni, dalam tu kek brownies tapi hampa tak sedap dan terbuang mcm tu jer katanya... kata kawan liza ni brownies yang dia buat lagi sedap...hehhehe
disebabkan kawan liza kata nak buat senang jer, so liza google dan jumpa resepi ni dan try... alhamdulillah sedap... cuma nak menjual tu belum lagilah... nak kena try lagi sampai puas hati, insyaallah akan buka untuk jualan....



sesiapa yang berminat nak mencuba, boleh tengok resepi ni...


MARBLE CHEESE BROWNIES.  (resepi maklang azie)

Bahan coklat kek

250gm Butter
1 cwn serbuk koko (110g)
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kastor (300g)
½ cwn susu cair (125ml)
1½ cwn tepung gandum (220g)
1 st Baking powder
1 st Soda bikabonat
1 st esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor (100g)
1 biji telur - gred B liza try guna 2 biji

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) sampai sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter tadi...kacau sampai sebati.
4- Masukkan susu cair dan kacau lagi...
5- Masukkan tepung, baking powder dan soda (kalau rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan kertas terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang, tekan sikit bagi padat adunan dengan sudu...tinggalkan 2-3suud besar & masukkan kedlm piping beg..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tunggu bahan coklat masak sedikit, sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masukkan gula > pukul lagi hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...
**Siap... dihiang dan makan...

harap dapat membantu.... 
terima kasih....

Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE