27 Jun 2012

Duit Baru Malaysia Mula Diedar Julai 2012

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada JULAI 2012, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan..Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.

Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi. Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.

Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya

BARU DAN LAMA

   Duit Baru Malaysia RM1 – Gambar Wau Bulan
Duit Baru Malaysia RM5 – Gambar Burung Enggang Badak


Duit Baru Malaysia RM10 – Gambar Bunga Rafflesia
 

Duit Baru Malaysia RM20 – Gambar Penyu Karah Dan Penyu Belimbing
Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini. 
Kalau ada duit RM20 nie senang sikit...

 Duit Baru Malaysia RM50 – Gambar Pokok Kelapa Sawit Dan Bioteknologi
Duit Baru Malaysia RM100 – Gambar Permandangan Lembah Gunung Api Dan Gunung Kinabalu
 

Video Dari Bank Negara Malaysia Mengenai Duit Baru Malaysia

ciri-ciri keselamatan, tema serta pengenalan duit baru Malaysia ini anda boleh tonton video dibawah. Duit syiling baru 2012 merangkumi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
.

info dari blog macam2 cekadak, kamalmustafa.com dan antarapos.com




Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE