لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
Segala kejadian yang berlaku di muka bumi dan kepada setiap diri manusia, semuanya mengandungi hikmah tersendiri dan Allah سبحانه وتعالى. Maha Mengetahui setiap sesuatu yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.
surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"
hati terasa sedih...
ingatilah Allah...
kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu...
hanya Dialah sumber ketenangan apabila hati tidak tenang....
kerana Dialah yang Maha Mengetahui semua yang terjadi di dunia ini..
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita...
persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah سبحانه وتعالى
1. Kenapa Aku Diuji?
Allah سبحانه وتعالى menjawab :أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّـهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿٣
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka; Maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(Surah al-Ankabut ; Ayat 2-3).
2. Kenapa Aku Tidak Diuji Dengan Hal2 Yang Baik?
Allah سبحانه وتعالى menjawab :وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah ; Ayat 216)
3. Kenapa Ujian Seberat Ini?
Allah سبحانه وتعالى menjawab :لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah ; Ayat 286)
4. Kenapa Kita Rasa Kecewa?
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu berdukacita (bersedih hati terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali Imran ; Ayat 139)
5. Sampai Bila Aku Akan Merana Begini?
.
Allah سبحانه وتعالى menjawab :فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦
“Maka
(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disudahi dengan kemudahan.”
(Surah al-Insyirah ; Ayat 5-6)
6. Bagaimana Harus Aku Menghadapi Kesusahan Ini?
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
“Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat; Dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang
yang khusyuk.”
(Surah al-Baqarah ; Ayat 45)
7. Kepada Siapa Aku Berharap?
حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
“Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan ial ah yang mempunyai Arasy yang besar.” (Surah at-Taubah ; Ayat 129)
8. Sanggupkah Aku Hadapi Ujian Ini!
.
Allah سبحانه وتعالى menjawab :
وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّـهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf ; Ayat 87)
9. Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?
.
Allah سبحانه وتعالى menjawab :إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada golongan Mukmin (orang-orang yang beriman) akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.” (Surah at-Taubah ; Ayat 111)
Benarlah apa yang di jelaskan oleh Al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan ..
insyaallah... pasti kebahagian akan datang jua...
Allah سبحانه وتعالى.
Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai
juga masanya.
Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan.
Ingatlah bahawa pertolongan Allah سبحانه وتعالى cukup hampir bila kita baik sangka dengan-Nya.
insyaallah...
pesan mama
"janganlah kau bersedih wahai anak2 ku...
mama selalu bangga dengan hasil usaha anak2 mama,
semuanya harta mama diakhirat kelak "
Aku ingin menjadi seperti mama...
seorang yang sabar dan tabah...
dugaan demi dugaan yang dihadapinya...
hanya Allah swt yang tahu betapa sukarnya dia menghadapi kesusahan seorang diri...
Adakah mereka mereka tahu apa kesusahan yang melanda pada dirimu mama...
seperti juga diriku, tidak tahu apa kesusahan yang amat berat kau hadapi,
namun,... betapa redhanya dirimu menghadapinya..
Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada para hamba2-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah سبحانه وتعالى akan menghapuskan segala dosa-dosa mu mama
dan memberi ganjaran pahala yang besar.
Di hari akhirat nanti tidak ada
balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga...
insyaallah...
Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberikannya kepada kita,
oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
bersabarlah wahai mama...
kau selalu menganggap sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif, semoga beban yang ditanggung oleh mu akan
menjadi lebih ringan.
Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan...
hanya kepada Allah سبحانه وتعالى yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan...
Ya Allah kau permudahkanlah segalanya...
permudahkanlah segala urusan mama..
Aku tidak kuat seperti mu mama... tapi aku ingin menjadi seorang yg tabah sepertimu..
aku hanya tahu dengan limpahan air mata...
berat mataku melihat, berat telingaku mendengar..
ku tahu betapa berat lagi bahu yang dipikul oleh mu...
insyaallah, anak2mu sentiasa berdoa dan akan berusaha...
insyaallah pasti ada jalan cahaya buat mu...
sabarlah wahai mama ku..
pasti ada jalan nya...
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan