13 Mac 2013

RESEPI : PUDING ROTI PELANGI

 
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
tetiba je teringin nak makan puding, antara rajin dan malas,... nasib baik rajin tengah menguasai diri.... cuaca pun nampak semacam nak ujan... mendung kejap, cerah kejap... 
sambil2 dok berfb n cari2 kat pak google akhirnya ada juga resepi, siap baca komen2 dulu... ada yg dah buat mcm2 pesyen, siap ada yg buat guna loyang bear lagi...
tengok orang buat macam best jer.... haritu ada student datang kelas drawing, siap bawa puding roti rasanya... memang sedap... tima kasih along.... anak2 pun dok tanya bila ibu nak buat... dengan kerajinan yang menguasai diri, maka jadilah juga hari ni puding yg simple mimple... 
kakak siap nak bawa bekal g sekolah... 
rajin betoi anak daraku ni nak tayang menayang masakan ibunya kat sekolah...
baru je bawa keluar dari peti ais, dah katanya sedap... makan belum lagi... ermmmm... alhamdulillah, kakak ni kalau masak apa pun, ambik bau je cukup puas dgn kata2 manis yg selalu dia ucapkn..
"waaahhhh sedapnya bau, ni mesti ibu masak sambal tumis..."
"waaahhhhh sedapnya laksa ni.. kakak suka makan kalau ibu masak...."
bab makan memang no 1... bab tengok tv pun no 1...
harap2 belajar pun no 1 jugalah....
mentang2 lah dia pun anak no 1...
cucu no 1...
cicit pun no 1...
 alhamdulillah... semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat...

ni dah berpaling pada cerita lain ni...
continue cerita ceriti bab puding...

makan time sejuk2 ni memang sedap...

resepi yg liza cuba... nasib baik ada bahan2 yang diperlukan...
 PUDING ROTI PELANGI

7gm agar-agar serbuk (1 paket)
300 ml air
2 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick... tapi takdo... liza letak perasa MANGGA
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu

- Masak serbuk agar2 dengan air hingga mendidih.
- Roti, susu cair, susu pekat manis, telur, gula, mangga dan esen vanila di blender hingga hancur.
- Masukkan ke dalam agar-agar tadi dan biarkan mendidih.
- Angkat dan bahagikan adunan tadi, lebih kurang 150-180g.... utk setiap warna...
- Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 atau 9 inci...
- sejukkan dulu kemudian bekukan atau simpan je dlm peti ais sebelah bawah dan
sedia untuk dipotong.


 rujukan resepi asal....
PUDING ROTI PELANGI
Rujukan : My Resepi

1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila 
Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
Dengan menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi. Masak dgn api perlahan.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
Tuang adunan berwarna tadi di dalam loyang.
Sejukkan.

 makan time sejuk2 ni memang best...


Tiada ulasan:

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE