20 Januari 2013

RESEPI - RED VELVET DALAM BOTOL

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA...

KEK RED VELVET DALAM BOTOL

RESEPINYA :

Sebelum tu sediakan BUTTERMILK
120g susu cair
2 sudu pewarna merah
1/2 sudu besar cuka makan
cara : campurkan susu cair dan cuka, kacau dan masukkan pewarna makanan dan kacau.

Bahan2 
125g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk koko
kekacang seperti walnut, badam cincang @ buah-an2 kering
 cara : ayak kesemua bahan dan gaulkan kekacang seperti walnut kedalam tepung tadi...

 60g mentega
75g gula halus
1 biji telur
sedikit perasa vailla
cara : 1. mixer semua bahan kemudian baru masukkan telur. mixer/pukul hingga kembang.
2. masukkan bahan tepung yg diayak berselang seli dengan buttermilk sehingga habis kedalam bancuhan mentega tadi.
 3. dalam bekas kecil yg lain masukkan 1/2 sudu teh baking powder dan campurkan dengan 1/2 sudu teh cuka. kacau sehingga buihnya habis dan masukkan kedalam adunan tadi.

masukkan adunan dlm loyang kecil, bakar pada suhu 170c mengikut suhu oven masing2 selama 20 minit sehingga masak.

CREAM CHEESE
125g keju
50g mentega
40g gula ising
cara : mixer/pukul sampai kembang

setelah kek siap dimasak, tunggu sejuk dan boleh deko dan masukkan kek ke dalam botol berselang seli dengan krim keju/cream cheese...

gambar dari regular customer along n syam
suami isteri yg memang suka red velvet...

 




SELAMAT MENCUBA....

KEKDIHATIKU LIVE ON RTM


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 PADA 10.01.13 KEKDIHATIKU telah dijemput oleh RTM dalam segmen SELAMAT PAGI MALAYSIA untuk demo cara menghias kek dalam botol... Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan walaupun saya tak berapa sihat dengan batuk dan sakit tekak.... tapi pagi tu alhamdulillah, Allah swt memberi kesihatan yg baik...
time ni lah nak batuk2... :) malam tu juga minum air asam jawa bercawan2... mengharapkan kesihatan tekak yg baik... pagi tu kalau saya masih juga batuk2 rasanya chintaku lah yg take over live jam 9 pagi tu.... :)


Alhamdulillah, chintaku sentiasa memberi sokongan, semangat dan dorongan....
tq laling... :)

VIDEO DIAMBIL DARI FATIMAH KAWAN LIZA...
THANX KAKNGAH...





 ramai yg SMS minta resepi RED VELVET....
nanti saya akan update dalam masa terdekat insyaallah...
terima kasih diatas sokongan anda semua....

untuk tempahan  
RED VELVET CAKE IN JAR
RM8.00 /JAR
MINIMUM ORDER 4 BOTOL

TELEFON UTK PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN
019-5720120 
TERIMA KASIH 
wassalam...  

16 Januari 2013

TEMPAHAN KEK DARI KAKAK UTK ADIK

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
TEMPAHAN DARI SU
untuk majlis pertunangan adik lelaki...
BERTEMAKAN MERAH PUTIH
SI BURUNG MERAH TENGAH MENCARI SIBURUNG PUTIH... :)


 SU pesan nak bunga banyak2.... :)

 CUPCAKE BOUQUET MERAH DAN PUTIH
 
 3 SET TAT BUAH PELBAGAI BENTUK
TERIMA KASIH SU....

DOORGIFT MUFFIN DAN CUPCAKE ROSES

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
 tempahan dari maziah....
bertemakan pink purple...
tq maziah...
 
 ROSES DARI BUTTERCREAM...
daunnya dari gumpaste
 
 
 700pcs muffin coklat


 terima kasih maziah.... :)
 

CUPCAKE HANTARAN-PURPLE

 لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

TEMPAHAN KALI KETIGA SHIDA..
alhamdulillah, dapat juga gambar ehsan dari shida... alkisah hard disk yg rosak, tak sempat nak upload kat FB... terima kasih yer shida dapat emailkan gmbar cupcake ni...

  CUPCAKE HANTARAN FONDANT....
SEPASANG BURUNG PUN DARI FONDANT....

 TERIMA KASIH SHIDA....

ISTIMEWA BUAT CUCU TERSAYANG

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
 TEMPAHAN DARI KAK SALMAH UNTUK CUCUNYA...
ingatkan tak jumpa patung princess, KAK SALMAH BAGITAHU DIA DAH BELI PATUNG, kami try g cari lagi, baru jumpa... tapi letak jugalah.... terima kasih pada kak salmah sudi tempah kek castle ni... :)
mengikut bajet customer, harap dapat memuaskan hati akk sekeluarga... 

 menggunakan teknik steambuttercream dan hiaskan dengan fondant ....
cake : coklat moist


 
 cupcake fondant...
 
 
terima kasih pada kak salmah...
 
 

11 Januari 2013

RED VELVET DALAM BOTOL

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM CERIA.....


SAH SEHINGGA 31 JANUARI 2013

SAMBUTAN YANG HANGAT... TERIMA KASIH SEMUA...
ISTIMEWA UNTUK SEMUA CUSTOMER KEKDIHATIKU YG MENONTON  

RED VELVET DLM BOTOL RM8.00

KINI HANYA RM6.50 SEBOTOL SAHAJA... 
SAH SEHINGGA 31 JANUARI 2013
MINIMUM ORDER 10 BOTOL UTK HARI2 LAIN...

UNTUK AHAD 12 JAN NI BOLEH BELI SEBOTOL TP SELF PICKUP DI MERU KLANG... 
SEBAB SAYA NAK BUAT BANYAK....
019-5720120 
NAZROL





TERIMA KASIH....

14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

 panduan, ingatan untuk saya dan keluarga....

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam. Sempena kedatangan tahun Hijrah ini. 
Kami sekeluarga KEKDIHATIKU mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434, semoga pada tahun ini kita mendapat kurniaan rahmat dan nikmat yang berpanjangan daripada Allah SWT dari dunia hingga ke akhirat. Moga kita semua kekal di dalam petunjuk dan hidayahNya, sentiasa di dalam keredhaanNya, dimantapkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, diwaraskan akal fikiran dan kekal dalam peliharaan Allah SWT.... insyaallah.... 
amin....
 
Doa Akhir Tahun dibaca pada akhir waktu Asar,
 atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
 Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.


Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.


Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H
malam ni yer... :)
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.


Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

 Tema Sambutan Ma’al Hijrah 1434H/2012M 

 ‘WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH’

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.
terasa macam nak bernasyid pula....
jom hayati lirik nya.... :)

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

1. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.
4.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
5.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.
6.         Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
7.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  adalah mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap kesederhanaan inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah.  Kebijaksanaan inilah yang amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang akan menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.

 wassalam...
 sumber dari 
http://www.islam.gov.my
http://sitik.wordpress.com
http://liriksemualagu.blogspot.com

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE