03 Oktober 2012

KEK BIRTHDAY UNTUK ANAK SAUDARA

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
TEMPAHAN DARI MUSLIHAH UNTUK ANAK ADIKNYA.
DELIVERY KE PUTRAJAYA..
deco : buttercream n toys car
cake no 2 : coklat moist cake
cake bawah saiz 12 inci : Buttercake

 harap rayyan suka hadiah dari makciknya...
tempahan bentuk nombor ni saya tidak menggunakan acuan... kek tu saya cut n paste...
untuk kawan2 bakers boleh cuba juga... saya terjumpa caranya bila saya cari google internet... 
mau pengsanlah kalau semua loyang nombor nak kena beli... hehehhhhe... kalau RM1 blehlah beli sampai 10 loyang.... :)

semoga dapat mebantu...

02 Oktober 2012

JOM SHOPPING LAMPU MURAH

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA 

Sebenarnya awal2 lagi dah shopping lampu, mengikut calendar di facebook, liza ambik gambar masatu 6 April 2012, esoknya anniversarry kami... belum lagi tengok umah tu dah shopping lampu dulu, rumah pun belum tukar nama lagi... liza suka lampu yang biasa2 jer untuk letak diruang tamu... tak delah lampu yang terjuntai2 ada kaca2.. berkilau2 batu berlian tu....

sebelum tu servey kat google, intenet kan ada, cari kedai lampu... harga yang murah2... ada terbaca kat blog sapalah... tak ingat pula. dia bgtau kat area puchong (Bandar Puchong Utama – Jln BPU 6) dah jumpa kedai tu.. so liza dah ambik gambar kedai tu... tp kat dalam kedai tu takdelah sangat nak ambik gambar.... bila masuk jer.... memang lampu gantung harganya murah2 belaka.... ikut bajet liza nak cari yang bawah Rm100... kalau yang berkenan tu ada lagi murah, memang liza akan ambik.... lampu hiasan kat sini, harga tak termasuk sekali dengan mentol....

nak cari tapi taktau kat mana kedai ni... tu dlm gambar ada nombor telefon....
No. 33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, Puchong
Selangor, 47100
hari ahad sampai pukul 5ptg
isnin cuti....

macam2 lampu ada kat kedai ni... nak cari lampu gantung, kepala pun mendongak jer, sampai lenguh leher ni... dengan bawa hero 2 orang ni tak reti2 nak dok diam2.... risau pula nanti abih jatuh berderai... bayar yang pecah... lampu apa pun tak bleh beli..... 
bila masuk kedai lampu ni, mesti lah rambang mata dengan lampu2 yang ada... nak yang, nak macam ni... lpstu tak jadi pula,  nak pesyen lain pula, mana satu yang nak ni... lama juga dok pilih memilih ni

ni pun gambar ambik kat fb liza, gambar yg save kat hard disk computer dah rosak... nasib baiklah ada juga.... save baliklah...
yang gambar kat atas tu angah tengah possing, kat situ ler counter bayaran, nak bayar pun ikut nombor giliran tau.... pekerja pun ramai, yg datang beli lagi lah ramai... customer dtg jer, mesti ada sorang yg akan layan karenah kita.. mau lampu apa... mau mcm mana.....
semua ada...pilih saja yang mana berkenan...

korang tengoklah harganya...
tapi lampu mcm ni liza tak minat... jenis yang ada kaca2 ni...terjuntai2..

yang dapat lampu gantung untuk ruang tamu, dapur dan bilik hero2 ku ini....

lampu bilik angah n adik

siapa yang pilih lampu2 ni?.... of coz ler citarasa ku... hehehheheh
ruang tamu
lampu dekat laluan bilik ke dapur

lampu dapur pilihan liza dan chintaku..
sehati sejiwa..

24 SEPTEMBER 2012
 lepas dah confirm dapat rumah, kami cari lampu lagi.... mula2 pergi kedai Houses Lighting tu, tapi tutuplah pula... rasanya hari isnin kot dia tutup kedai... lepastu terus g dekat Tesco Puchong... kat situ ada satu kedai harga pun murah juga... tapi lampu yang jenis downlight, lampu dinding n lampu kat tembok2 tu... harga memang dah sekali dengan mentol... kalau kat Houses tu harga tak termasuk ngan mentol, tapi jenis lampu downlight yang bla2 tu mahal sikit jer.... kami dapat cari yang casing yang ada penutup kaca tu dengan harga yang murah siap sekali ada 2 lampu RM15.90... jadi beli case kosong RM6.50... setiap casing letak 1 lampu jer, boleh adjust letak mentol kat tengah...ada 4 lampu downlight kat ruang tamu.....downlight yang jenis kosong takde cermin pun beli juga RM8.90...
lupa nak ambik gambar kedai tu... lampu study kat bilik kaka satu yg murah2 jer beli RM29. warna merah kalau tak silap....
kipas pun beli kat situ juga, beli kipas biasa saja untuk ruang tamu tapi yang warna hitam...
tak minatlah lkipas yang ada lampu2 tu... korang minat blehlah beli... ada juga gerenti motor kipas yang sampai 10 tahun....
Top Ten Lightings Sdn Bhd
No 1-G, Jln Bdr 3,
Pusat Bandar Puchong,
47100 Puchong
03-58824606

selang beberapa hari pi lagi kat Houses Lighting... nak beli lampu gantung lagi satu... lepas buat siling kapur tu, lampu gantung tu seeloknya letak 2, kat tengah2 tu kipas .... shopping lagi sekali lampu, kali ni pilihan chintaku... bagilah peluang nak pilih.. hehhehhe... nanti merajuk pula... opssss... sapa yang merajuk sebenarnya... :)
chintaku berkenan yang ni.. RM99

liza berkenan yang ni... tapi takpalah.. yg lepas2, semuanya liza yang pilih... :) harga pun sama juga

rasa2nya ada lagi ke lampu yang nak dibeli.... :)
tunggulah kot, alhamdulillah lampu kat ruang tamu dah siap dipasang... sekarang tengah tukar siling baru untuk bilik2 yang dimamah anai2...

tunggu lepas ni pula... nak shopping apa yer... Rm oh RM... banyak nyer keluar RM, laju jer mengalir macam air terjun....


KEK SAMPAI KE JB

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA 

TEMPAHAN DARI KAK ZEF
TAKTAULAH PULA SAMPAI KE JB... CHINTAKU G DELIVERY KE PUJ BARU TANYA, MAJLIS KAT MANA... HATI TU RISAU JUGA, SEBAB KEK BUTTERCREAM DAN ADA HIASAN ATASNYA... 

 ALHAMDULILLAH TIBA DENGAN SELAMATNYA....
RISAU KUDA TU TERBANG TINGGI... :)
GAMBAR BWH DARI FB KAK ZEF
TERIMA KASIH KAK ZEF....

ALHAMDULILLAH, DAH TUKAR NAMA

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Alhamdulillah, rumah yang kami beli dah pun ditukar hak milik ke atas nama kami berdua... jadi kakak yang jual tu dah tak ada kena mengena dgn kami, sejak berurusan rumah tu, kami memang tak kenal dengan tuan umah ni, segala urusan jual beli diuruskan oleh

PEGUAM
MB HARYADI & COMPANY
... urusan jual beli ni sebenarnya mudah, jika semua urusan kerja dilakukan dengan beretika...yang menjadi lambat dan bermasalah adalah dari pihak insuran yang famous tu, insuran tu ok, agen dialah yang lambat buat kerja, dah report pun masih lagi tak tukar2 orang...  terima kasih pada pihak bank MUAMALAT yang sudi memberi pinjaman pada kami, itupun kakak chintaku yang sudi menjadi gerento baru lah loan boleh lepas, tima kasih nyah, sebelum ni memang susah nak dapat pinjaman dari bank2 lain, almaklumlah komitmen kami ni tinggi juga... 
chintaku sorang jer yang berkerja dan mempunyai slip gaji... kereta pun 2 biji atas nama chintaku, walaupun kereta waja tiap2 bulan ayah liza yang bayar, tapi bank tak ambik tahu hal tu... dan sebiji rumah lagi chintaku dah beli dikampung dan mak ayahnya yang tinggal disitu, jadi bila raya kami akan berkumpul disana...

satu hal pula nak kena bereskan dengan KAK K (singkatan nama utk kakak yg jual umah ni)... sebelum dapat duit hari2 dok mesej n telefon tanya soalan yang sama... bila akak nak dapat duit ni.. hello kak oiiiii,.... assalammualaikum... kami ni bukan beli cash, beli pun guna loan bank, guna lawyer... dah ler 80% je loan tu... nak kena keluar modal lagi... masa jumpa lawyer tu dah bagitahu, dlm tempoh 3-4 bulan baru selesai.. tak paham bahasa rupanya dia ni...
chintaku pula yang kena uruskan, ligan pula insurans, tanya bank, tanya lawyer...

al kisahnya, 12 SEPTEMBER 2012 payment dah keluar, jumpa lawyer... dan ingatan kami pada dia awal seminggu suruh KAK K pindah dan tinggalkan kunci kat lawyer...
bersemangat keesokan harinya g ambik kunci terus nak g tengok umah.. siap beli goreng pisang, kuih muih, air botol, air kotak utk anak2... nak tengok keadaan umah apa yang perlu diperbaiki.. ye lah, bkn umah baru, tapi umah yg dah ada penghuninya...
sampai je depan umah, tengok penuh barang2 lagi, kata ada brg sikit je lagi... sikit ke apa....
sesi luahan perassaan lah... diorang senang je minta maaf, sejak dari bulan 2 kak ooooooiiiiiii..... saya dok sabaq ni... kami bagi tempoh sampai minggu depan Jumaat ni kami nak akk keluar,
siap berjanji dengan akk tu, nanti nak pi potong nama api air, kita pi sekali, takyahlah nanti kami nak buat wirering tergendala pula, nak basuh2 umah lagi..
tapi Jumaat tu pun dia tak pindah lagi, sms minta tempoh sehari, telefon taknak angkat...
masalh betoi ngan akk ni....
sia2 je kena maki ngan chintaku, tak pernah2 dia nak marahkan org tak tentu pasal...
dia sms bagitahu dah g potong nama api dan air...
hampeh betoi.. haritu juga chintaku pi bawa smp masuk balik api air... dah ler tengah dok buat keja nak guna air nak guna api....

segala janji yang dia ckpkan langsung tak berguna....
pintu belakang dah pecah, nasib baik dia dah gantikan...
bab pagar pula, anak dia dah langgar ngan keta, janji nak buat baru... sampai je orang yg dia upah tu kata kak tu suruh repair jer, sorry ye kak... kami nak baru juga... janji tak ditepati langsung.. mcm biasa telefon tak nak angkat.
suruh hantar kunci pendua pun lambat, tu pun dia suruh orang lain yg hantarkan...
nampak mcm takut je nak dtg jumpa kami...
sebelum ni bila tanya umah ni ada masalah tak?... dia kata ok cuma tangki bocor...
ye lah kak ooooiiiii

kami dah masuk umah baru tau....
nak mengecat rumah, baru perasan rupa2 nya rumah ku penuh dengan kaum kerabat anai2...
habis satu siling umah dijamah anai2... kayu gambir tu bila kita ketuk bunyi pun dah kosong... siap boleh ketuk pecah dan habuk kayu jer... nak cari modal utk buat siling pula....

sabar je lah...

tapi alhamdulillah... seronok sangat bila nak masuk rumah ni... semoga segala dugaan dapat kami atasi... semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami... jauhkanlah kami dari hasad dengki, sesungguhnya kami berserah padamu Ya Allah...
RUMAHKU SYURGAKU...



CUPCAKE ROSE BUKAN UNTUK HANTARAN

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

TEMPAHAN DARI NOR, 
KATANYA UNTUK JAMUAN MAKAN2, 
BUKAN UNTUK HANTARAN...

Jika berminat untuk tempahan cupcakes seperti diatas atau mini cupcakes boleh hubungi kami atau emailkan
nazroliza@yahoo.com
019-5720120 


TERIMA KASIH

3 SET SLICE CAKE

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
TEMPAHAN DARI LYDIA
3 SET SLICE CAKE
 
 
 
COKLAT

BLUEBERRY

STRAWBERRY

sesuai untuk buat jamuan makan2,
jika berminat ada perasa yg lain juga.... kek saiz 10inci, maximum saiz yang sesuai adalah 6x6 = 36 potongan comel2 belaka... maaf lah yer kadang2 saya potong tak sama.... ada yg terkecik n terbesar... tapi kek ni tetap 10 inci... :)

Topping : Buttercream RM35
* Strawbery slice Cakes
* Kiwi slice Cakes
* Orange slice Cakes
* Bluebery slice Cakes


Chocolate Buttercream RM40
* Chocolate slice Cakes


Fresh Cream Topping RM45
* Fresh Fruit Slice Cakes


Slice cake ni diisi dlm box bersaiz 12inci, Minimum saiz yg sesuai dipotong adalah mcm gambar kat atas ni 6x6=36pcs potongan yg comel2 jer...


sesuai untuk mkn ramai2 mkn, takyah berebut2 nak potong... slice cake hiasannya sangat simple n buttercreamnya hanya diatas dan di tengah kek nyer dilapisi buttercream+ filling perasa kek yg dipilih....

 

01 Oktober 2012

TEMPAHAN DIBUKA UNTUK JAMUAN MAKAN2

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


Tempahan dari Huda untuk majlis jamuan makan di tempat kerja...
apam dino, slice cake, creampuff, muffin
3 set creampuff, tempahan dari Maziah dan kawan sekerja

MUFFIN OH MUFFIN



alhamdulillah... terima kasih semua....

WARKAH BUAT ISTERI-BLOG ABIL

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
Baru berkesempatan nak bercerita kisah suami isteri di blog liza...
3 September 2012 awal pagi buka MHI  TV3... kisah pengorbanan seorang suami yang sudi menjaga isteri yg kena penyakit asma lalu menyebabkan kerosakan pada saraf otak... apalagi bergenang airmata ni bila lihat betapa kasih dan sayang nya seorang suami terhadap isteri tercinta... 
setiap hari menjaga isterinya dengan penuh perhatian dan sabar, siap bagi mandi, berbedak, makan minum tak pernah dilupa... dan selalu En. Abil baca Al-quran untuk diperdengarkan pada isterinya
semoga Puan Fauziah cepat sembuh, 
dan semoga En. Abil tabah mengharungi segala dugaan dari Allah swt... 

yang terbaru di you tube....
 

Bagi mereka yang ingin menyumbang bagi mengurangkan beban dan kos yang ditanggung oleh pasangan ini, boleh menyalurkan sumbangan 
ke akaun CIMB- Abil Fikri Ahmad 0506 0040 577 521
dan Abil boleh dihubungi di talian 016-2634258
 
korang bacalah kat sini... kisah kehidupan En Abil suami isteri....
diari untuk tatapan isterinya bila dah sihat...
insyaallah...

 
 
 

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE