03 Disember 2010

APAM HIJO...

salam ceria....
apam untuk makan2 kat majlis kenduri..... jiran kat umah....
apam ni untuk bagi makan2 kat bentara lelaki bahagian khemah yang jaga lauk pauk n basuh membasuh.... heheheh.. mengikut tema pengantin warna hijau.... maka apam ni pun berwarna hijau lah juga.....
apam ni tak letak filling pun nak yang biasa sahaja....

terima kasih daun keladi.... nanti nak orderlah lagi....

tq... wassalam..

01 Disember 2010

KEK STRAWBERRY COKLAT

salam ceria dan assalamualaikum....

salam perpisahan dari KAK DAHLIA untuk kawan2 seperjuangannya.... Kak Dahlia memang dah banyak kali order kek dari liza, dah pindah ni pun masih sudi mengorder... pesannya... buat sedap2 tau... nak kek strawberry dan coklat.... dah 3-4 biji kek liza buat untuk kak dahlia.. memang perasa ni jelah... taknak yang lain.... Sebenarnya kak dahlia ni mak kepada ustazah yang ajar kakak di KAFA....

Kak Dahlia ni, dah nak bersara.... kawan2 sepejabatnya buatkan jamuan istimewa tanda perpisahan.... perpisahan ditempat kerja je... tapi diluar insyaallah berjumpa lagi... jadi dah kawan2 nak buat makan2, Kak Dahlia bawalah kek.... nak design simple2 tapi nak bunga banyak2... hehhehehe.... liza pun taktaulah simple ke tak... g hantar kat umahnya, dia buka terus dan alhamdulillah kak Dahlia kata cantik....

apa2 pun terima kasih ye kak.... ada lagi satu order minggu depan untuk hantaran pertunangan.... insyaallah... dan perasanya tetap strawberry coklat....


SELAMAT BERPISAH...

simple tapi nak bunga banyak2... hehehhe
harap2 macam ni boleh ye kak...

terima kasih daun keladi
nanti orderlah lagi..
i luv kekdihatiku

25 November 2010

new product... APAM DINOSOUR

salam ceria dan assalamualaikum...

tengok gambar ni dulu yer... gambar2 cartoon dinosour... ambik kat en. google....


yang kat tengah2 tu ler APAM DINOSOUR...
warna-warni colour nyer kan....


size apam ni sama macam size mini muffin
size papercup mcm almond london
sesuai sangat untuk minum2 petang bersama keluarga... atau pun untuk jamuan makan....
boleh buat doorgift untuk sebarang majlis istimewa untuk tetamu yang hadir....

HARGA untuk APAM DINO....

100 pcs
APAM DINOSOUR PLAIN
RM30

APAM DINOSOUR FILLING
(blueberry, strawberry, oren)
RM 35

24 November 2010

SPM.....STPM

assalamualaikum..... dan salam ceria buat semua....

SPM dan STPM sudah bermula.... 
good luck pd semua yang menduduki peperiksaan AKHIR TAHUN.... 

23 November 2010

muffin...

SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM...

muffin utk makan2 jer....

muffin coklat chip n almond...

muffin strawberry, coklat chip n almond...

22 November 2010

AKADEMI LATIHAN PENGENDALI MAKANAN...

salam ceria dan assalamualaikum.....


nak cerita tentang kursus yang pernah liza hadiri ketika nak ambil lesen berniaga untuk pasar ramadhan... dan serba sedikit kursus yang liza belajar.....
Kursus ini adalah penting untuk liza memenuhi syarat bagi mendapatkan lesen perniagaan dari
pihak berkuasa tempatan... lesen berniaga di pasar ramadhan



Ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai panduan kepada kita untuk menjaga kebersihan... dan beberapa tips atau panduan untuk menjaga kebersihan....


Penceramah Akademi Latikan Pengendali Makanan adalah yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. kursus ini akan menjelaskan tentang keracunan makanan, pengendali makanan, cara penyediaan makanan, perlatan dan perkakas yang digunakan dan kawalan serangga perosak ... 


terdapat juga sepintas lalu tentang bakteria, penyebab keracunan makanan... tanda2 utama terkena keracunan... dan cara2 kawalannya... jadi apa tunggu lagi.... jika ingin menimba ilmu dan ingin mengetahuinya lagi, bolehlah pergi kursus ni.... tak mahal pun ... sekali jer pergi... promosi lah pula.... 


serba sedikit nota tentang kursus....


DIFINASI KERACUNAN MAKANAN...
Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman atau bahan kimia. terdapat benyak kes keracunan makanan berlaku dan ianya boleh mengakibatkan maut...

TANDA2 KERACUNAN MAKANAN...
~ memulas dan sakit perut
~ cirit- birit
~ loya dan muntah
~ demam dan kesejukan
~ Maut


PENCEMARAN KERACUNAN MAKANAN
1. pencemaran Biologi
2. pencemaran kimia
3.pencemaran fizikal




PENGENDALI MAKANAN..
pengendali makanan di restoran atau dikedai makan atau mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makanan, hendaklah diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar, mempunyai sijil atau kad kesihatan yang disahkan...
siap kena cucuk lagi..  suntikan PELALIAN ANTI TIFOID...


macam2 lagi... dan yang paling liza ingat adalah kisah telur.....
korang nak masak apa pun yang menggunakan telur, basuhlah terlebih dahulu.. bukan susah pun... secara zahirnya kita akan nampak sedikit najis (tahi ayam) kat telur tu... kulit ayam sebenarnya juga dicemari dengan bakteria SALMONELLA...


Sebenarnya salmonella adalah sejenis bakteria parasit yg biasa terdapat pada ayam, telur, daging, susu mentah yg tidak diproses.


jadi kita yang dirumah pula....amalkan langkah2 berikut...

  • Masak daging ayam / lembu, daging cincang dan air semasak-masaknya.
  • Jangan pecahkan telur dalam bekas yg mengandungi bahan makanan lain. Sebaliknya gunakan pisau, sudu utk pecahkan telur ke dalam bekas yg berasingan krn bakteria ini  banyak terdapat pada kulit2 telur.
  • kalau nak lebih praktikal, telur direndam dalam air didih terlebih dahulu selama 5 saat sblm digunakan utk penyediaan makanan lain, atau pun basuh dengan bersih kulit telur sebelum digunakan.
  • Elak meletakkan kembali makanan yg telah dimasak ke dalam bekas yg sama sblm bahan tersebut dimasak.
    telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. 
    Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi AWAS, jangan makan terlalu banyak, kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang ingin merendahkan tahap kolesterol.

    sijil ALPM di Kajang


     liza harap info ni berguna untuk semua... 
    thanks pada yang sudi membacanya...
    wassalam....
    i luv kekdihatiku...



21 November 2010

wedding cake dari SAL...

salam ceria dan assalamualaikum....

istimewa diorder dari SAL, hadiah wedding cake untuk sepupunya... yang berlangsung pada hari Ahad 21 nov 2010...

SAL datang ke rumah untuk berbincang tentang wedding cake ni... setelah ditanya dan disoal selidik... macam yang SAL inginkan... wedding tu bertemakan warna ungu....

2 biji cake bulat, bersaiz 10'... nak bunga ros keliling cake.... dan ada cupcake diatas sekali letak nama pengantin sahaja... mula2 nak 2 tingkat jer.... tapi dah jadi 3 tingkat bila letak cupcake.....

cake tingkat bawah
marble cake strawberry n coklat
filling strawberry

cake yang kedua
coklat moist

NAILA & ASWAD
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


dah siap.... tqvm.....
nanti sal nak kawin pun blehla order kat akk yer....
apa2 pun terima kasih sekali lagi, SAL kenalkan kawan sorang lagi untuk majlis pertunangan nya pada JANUARY 2011...
 nak cupcake untuk doorgift...

wassalam....
i luv kekdihatiku....

19 November 2010

BLUE cupcake

salam satu MALAYSIA....

cupcake bertemakan biru.....

danish mesti suka... hehheheheh
nyum...nyum.... cupcake coklat moist....

tqvm.....

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE