TEMPAHAN CAKE COKLAT MOIST, COKLAT DAN TAT BUAH TEMA : PINK BIRU KEK SAIZ 8 INCI
35pcs COKLAT PERASA MINT YG WARNA BIRU DAN FILLING STRAWBERY
maaf lah yer tak ingat sapa yg ordernya... Nak dibawa balik ke Terengganu... TEMPAHAN CAKE COKLAT MOIST, COKLAT DAN TAT BUAH TEMA : BIRU 35pcs TAT NENAS BUAH PELBAGAI BENTUK 35pcs COKLAT PERASA MINT YG WARNA BIRU DAN FILLING STRAWBERY
baru sempat nak bercerita ceriti di blog tentang tersiarnya kek balang di media cetak... :)
alhamdullillah, semenjak 2 menjak ni, memang rezeki utk kek balang memang amatlah menggalakkan....ramai yg bertanya dan telefon utk tempahan dan tak kurang juga yang hanya nak bertanya utk servey2 sahaja...
terima kasih pada media cetak KOSMO yg sudi membuat rencana n liputan tentang kek balang selepas tersiarnya di RTM....
GAMBAR : ZAKARIA IDRIS DAN FAKHARUDDIN ( PELATIH PERETAK ) / PEMBERITA : SUHANA VELU ( RENCANA KOSMO ) Utusan Melayu (M) Berhad —
menunjukan proses masukan krim dalam
balang semasa proses membuat kek balang di rumahnya di Taman Seri
Puteri, Meru baru-baru ini.Gambar; Ghazali Basri/Pemberita;Suhana Kosmo
KEK BALANG
GAMBAR : ZAKARIA IDRIS DAN FAKHARUDDIN ( PELATIH PERETAK ) / PEMBERITA :
SUHANA VELU ( RENCANA KOSMO ) Utusan Melayu (M) Berhad
SESI TEMURAMAH KALI PERTAMA pada 24 Jan 2013
JURUFOTO YG DATANG ambik gambar UTK INTEBIU...
SUHANA VELU ( RENCANA KOSMO )
YANG MEMBUAT LIPUTAN TENTANG KEK BALANG
TERIMA KASIH SU...
Sebenarnya ni kali kedua pd 5 Feb 2013 sesi bergambar utk kek balang...
bukan senang nak ambik gambar produk yang berkualiti... pakar fotografi pun berjam2 juga ambik gambar kek balang ni.... :)
alhamdulillah, akhirnya tersiar juga dalam KOSMO... Jumaat 15 FEB 2013
lepas tersiarnya dalam KOSMO, chintaku terima panggilan tak henti2 dari pagi hingga ke malam... alhadulillah.... mencurah2 rezeki kek balang ni...
tetiba je teringin nak makan puding, antara rajin dan malas,... nasib baik rajin tengah menguasai diri.... cuaca pun nampak semacam nak ujan... mendung kejap, cerah kejap...
sambil2 dok berfb n cari2 kat pak google akhirnya ada juga resepi, siap baca komen2 dulu... ada yg dah buat mcm2 pesyen, siap ada yg buat guna loyang bear lagi...
tengok orang buat macam best jer.... haritu ada student datang kelas drawing, siap bawa puding roti rasanya... memang sedap... tima kasih along.... anak2 pun dok tanya bila ibu nak buat... dengan kerajinan yang menguasai diri, maka jadilah juga hari ni puding yg simple mimple...
kakak siap nak bawa bekal g sekolah...
rajin betoi anak daraku ni nak tayang menayang masakan ibunya kat sekolah...
baru je bawa keluar dari peti ais, dah katanya sedap... makan belum lagi... ermmmm... alhamdulillah, kakak ni kalau masak apa pun, ambik bau je cukup puas dgn kata2 manis yg selalu dia ucapkn..
"waaahhhh sedapnya bau, ni mesti ibu masak sambal tumis..."
"waaahhhhh sedapnya laksa ni.. kakak suka makan kalau ibu masak...."
bab makan memang no 1... bab tengok tv pun no 1...
harap2 belajar pun no 1 jugalah....
mentang2 lah dia pun anak no 1...
cucu no 1...
cicit pun no 1...
alhamdulillah... semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat...
ni dah berpaling pada cerita lain ni...
continue cerita ceriti bab puding...
makan time sejuk2 ni memang sedap...
resepi yg liza cuba... nasib baik ada bahan2 yang diperlukan...
PUDING ROTI PELANGI
7gm agar-agar
serbuk (1 paket)
300 ml air
2 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick... tapi takdo... liza letak perasa MANGGA
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu
- Masak serbuk agar2 dengan air hingga mendidih.
- Roti, susu cair, susu pekat manis, telur, gula, mangga dan esen vanila di blender hingga hancur.
- Masukkan ke dalam agar-agar tadi dan biarkan mendidih.
- Angkat dan bahagikan adunan tadi, lebih kurang 150-180g.... utk setiap warna...
- Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 atau 9 inci...
- sejukkan dulu kemudian bekukan atau simpan je dlm peti ais sebelah bawah dan
sedia untuk dipotong.
1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila
Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
Dengan menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi. Masak dgn api perlahan.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
Tuang adunan berwarna tadi di dalam loyang.
Sejukkan.
Segala kejadian yang berlaku di muka bumi dan kepada setiap diri manusia, semuanya mengandungi hikmah tersendiri dan Allah سبحانه وتعالى. Maha Mengetahui setiap sesuatu yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.
surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): "
wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana yang
telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami
tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum kafir"
hati terasa sedih...
ingatilah Allah...
kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu...
hanya Dialah sumber ketenangan apabila hati tidak tenang....
kerana Dialah yang Maha Mengetahui semua yang terjadi di dunia ini..
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita...
Al-Matsurat : Do'a & Dzikir Pagi Hari
persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah سبحانه وتعالى
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka; Maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
“Dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah ; Ayat 216)
3. Kenapa Ujian Seberat Ini?
Allah سبحانه وتعالى menjawab :
لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu berdukacita(bersedih hati terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali Imran ; Ayat 139)
“Maka
(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disudahi dengan kemudahan.”
“Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat; Dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang
yang khusyuk.”
“Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan ial ah yang mempunyai Arasy yang besar.” (Surah at-Taubah ; Ayat 129)
“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.”
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada golongan Mukmin (orang-orang yang beriman) akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.” (Surah at-Taubah ; Ayat 111)
Benarlah apa yang di jelaskan oleh Al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan ..
insyaallah... pasti kebahagian akan datang jua...
Allah سبحانه وتعالى.
Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai
juga masanya.
Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan.
Ingatlah bahawa pertolongan Allah سبحانه وتعالى cukup hampir bila kita baik sangka dengan-Nya.
insyaallah...
pesan mama
"janganlah kau bersedih wahai anak2 ku...
mama selalu bangga dengan hasil usaha anak2 mama,
semuanya harta mama diakhirat kelak "
Aku ingin menjadi seperti mama...
seorang yang sabar dan tabah...
dugaan demi dugaan yang dihadapinya...
hanya Allah swt yang tahu betapa sukarnya dia menghadapi kesusahan seorang diri...
Adakah mereka mereka tahu apa kesusahan yang melanda pada dirimu mama...
seperti juga diriku, tidak tahu apa kesusahan yang amat berat kau hadapi,
namun,... betapa redhanya dirimu menghadapinya..
Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada para hamba2-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah سبحانه وتعالى akan menghapuskan segala dosa-dosa mu mama
dan memberi ganjaran pahala yang besar.
Di hari akhirat nanti tidak ada
balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga...
insyaallah...
Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberikannya kepada kita,
oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
bersabarlah wahai mama...
kau selalu menganggap sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif, semoga beban yang ditanggung oleh mu akan
menjadi lebih ringan.
Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan...
hanya kepada Allah سبحانه وتعالى yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan...
Ya Allah kau permudahkanlah segalanya...
permudahkanlah segala urusan mama..
Aku tidak kuat seperti mu mama... tapi aku ingin menjadi seorang yg tabah sepertimu..
aku hanya tahu dengan limpahan air mata...
berat mataku melihat, berat telingaku mendengar..
ku tahu betapa berat lagi bahu yang dipikul oleh mu...
insyaallah, anak2mu sentiasa berdoa dan akan berusaha...
assalammualaikum dan salam ceria.... Kini KEKDIHATIKU juga sedia menerima tempahan untuk gubahan hantaran bagi majlis pertunangan dan perk...
LinkWithin
RN IDEAL ENT
"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...